Jumaat, 10 April 2015

Menarik! Kenali Felda dan Pelancongan..


Felda dari sudut hotel dan pelancongan

Tak ramai yang tahu, bahawa Felda mempunyai perniagaan dari segi perhotelan dan pelancongan. Ianya bermula sejak dari tahun 1981 lagi dan diuruskan oleh Felda Travel Sdn Bhd.

Felda Travel adalah sebuah agensi pelancongan korporat terkemuka di Malaysia dan mempunyai lebih 20 tahun pengalaman dalam perniagaan pelancongan ini. Felda Travel adalah ahli Felda Holdings Bhd, yang menyediakan sokongan komersial kepada Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda).

Mungkin bila kita dengar nama Felda, ada yang bayangkan hotel Felda ni, agaknya 'low class' ternyata tanggapan tersebut adalah salah. Saya sendiri pun agak terkejut melihat kemajuan Felda dalam bidang pelancongan ini.

Hotel milik Felda tidak hanya didalam negara, bahkan sudah mencapai ke luar negara yang mempunyai taraf yang eksklusif.

Disini saya memberi senarai hotel milik Felda Travel untuk tatapan pembaca.

Contoh hotel kepunyaan Felda Travel,





Felda Residence Kuala Terengganu


Tapi diantara hotel diatas, ada satu yang begitu menarik perhatian saya, Felda Residence Hot Springs, di Sungkai, Perak.

Fuhh.. memang sesuai untuk berehat seisi keluarga. Boleh tengok video preview di bawah,





Sebagai anak Malaysia, terasa bangga dengan syarikat milik negara kita yang bijak mengurusniaga dengan melabur dalam bidang yang betul.

Untuk rujukan lebih lanjut tentang Felda Travel, pembaca boleh klik SINI untuk keterangan lanjut.

Rasa macam esok nak pi mandi ayaq hangat kat Felda Residence Hot Springs!!

Tiada ulasan: