Isnin, 4 Mei 2015

Bertuahnya Jadi Generasi Baru Belia Felda - Datuk Ehsan #PRKRompin


Dah nama pembangkang, benda yang baik pun cuba diburukkan. Perumahan Generasi Baru Felda yang sememangnya bagus pun, cuba diracuni oleh mereka ini dengan pelbagai fitnah!

Cubaan jahat mereka disangkal oleh Datuk Ehsanuddin Harun Narrashid, yang juga Ahli Lembaga Pengarah FELDA.

Beliau ketika dalam satu taklimat Rumah PGBF dewan Semai Bakti. Menjawab kembali segala hasutan yang dilemparkan oleh puak pembangkang.

Hasutan mereka tidak lain tidak, hanyalah semata-mata berniat, ingin meraih undi hingga sanggup meracuni pemikiran generasi Felda pada hari ini.

Menurut beliau lagi, rumah untuk belia Felda sudah siap di Felda Selendang 1 sebanyak 300 unit dan konsepnya ialah 'Sewa dan Beli' selepas 5 tahun yang mana ia merujuk kepada syarat dan kemampuan yang akan Felda pertimbangkan kelak.

"PAS perlu bandingkan projek PGBF ini dengan perumahan yang dibina oleh pemaju-pemaju perumahan barulah adil.. Bukan hanya tahu racun fikiran tanpa memberi kaedah penyelesaian yang lebih baik." kata Dato Ehsan.

Sebenarnya cerita yang PAS tidak tahu ialah pembinaan PGBF ini Felda buat bukan bermatlamatkan keuntungan dan bukan untuk dijual semata-mata tetapi hanya untuk belia Felda memiliki rumah..

"Saiz rumah yang ditawarkan ialah 1000 kaki perseki dan ia memadai untuk belia Felda dan selesa. Tujuan 1000 kaki persegi ini dibuat adalah untuk memudahkan belia Felda agar tidak keluarkan duit dalam masa beberapa tahun untuk besarkan rumah" sambung beliau dalam ucapannya.

Belia Felda seharusnya bersyukur, dahulu rumah Felda tidaklah sebesar umpama dalam perancangan PGFB. Kini jika nak dibandingkan, ianya lebih besar dan selesa, Tak seperti rumah dulu-dulu. Sekarang kalau nak sapu satu rumah pun, penat agaknya.

Contoh gambar rumah dibawah,




Perancangan PGBF ini menetapkan 4 syarat untuk membeli rumah iaitu :

1) Penyewa/bakal pembeli wajib duduk rumah itu.
2) Penyewa perlu disiplin bayar sewa setiap bulan (sbb bayaran bulanan ini akan dilihat oleh Bank dan Felda sbg slip gaji).
3) Selenggara rumah dgn baik.
4) Penyewa perlu sistematik bayar selama 5 tahun akan dikira sebagai layak membeli umah & mohon loan bank.

Berkenaan sistem sewa beli,

"Carilah kat luar sana, mana ada system 'Sewa dan Beli' yang dibuat seperti Felda. Kalau ditanya kat luar sana pasti ramai yang rasa rugi tidak dilahirkan sebagai generasi Felda, Pas apa tahu, hanya tahu cipta keburukan sahaja." ujar beliau lagi.

Pembangkang turut mempertikaikan tentang kenaikan harga rumah yang dahulunya dijanjikan dengan nilai harga RM 70,000 dan kenapa kini dinaikkan.

Datuk Ehsanuddin menjelaskan bahawa projek ini bukan Rumah Sentuhan Kasih kerana prasarana PGBF lebih lengkap dengan kelengkapan pencawang elektrik, jalan tar, paip air dan sebagainya.

Pinjaman perumahan

"Para belia tidak perlu risau tentang loan. Mereka hanya perlu membuat bayaran bulan secara sistematik dan tidak pernah tertinggal bayaran maka pihak bank akan kira sebagai approve loan sebagai bukti pay slip" jelasnya.

Pada masa yang sama, belia Felda dikatakan lebih beruntung kerana dalam tempoh sewaan 5 tahun, harga tidak akan dinaikkan dan yang lebih istimewa rumah akan dijual dengan harga kos dan bayaran bulanan yang mereka bayar selama 5 tahun itu dikira sebagai pembayaran untuk memiliki rumah sedia ada.

Maksudnya secara mudahnya selepas 5 tahun, Belia ini hanya membayar baki harga rumah mereka selepas mereka membayar selama 5 tahun. Betapa bertuahnya belia Felda kerana diberi kemudahan yang sebegitu.

Patut belia Felda bersyukur dan terus menyokong Kerajaan. Kerana peluang sebegitu di idamkan oleh orang luar. Susahlah jika orang Felda tidak pandai menghargai orang yang banyak membantu mereka selama ini.

Tiada ulasan: