Isnin, 4 Mei 2015

Bos #Felda Selar PR Banyak buat fitnah! #PRKRompin


Pakatan pembangkang terutama Pas sejak dahulu sering melemparkan kritikan terhadap kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) dalam isu berkaitan Felda.

Walaupun kita tahu Felda ini boleh dianggap dan merupakan 'anak emas' Kerajaan Persekutuan.

Sebabkan perkara demikian, Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad menerangkan bahawa, sejak Felda ditubuhkan, Pas acap kali, mencanangkan bahawa peneroka tidak akan mendapat surat hak milik tanah.

“Sedangkan sehingga kini seramai 89,196 daripada 119, 635 peneroka asal di 317 tanah rancangan seluruh negara menerima geran masing-masing.

“Kita sentiasa berusaha memberikan suratan hak milik tersebut tetapi perlu melalui proses-proses yang membabitkan beberapa agensi kerajaan sebelum diluluskan,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Suratan Hak Milik Peneroka Felda Keratong 10, di sini hari ini.

Seramai 308 peneroka menerima geran tanah masing-masing.

Menurut Mohd. Isa lagi, pelbagai fitnah pembangkang tentang isu Felda sehinggakan kebajikan yang dilakukan kerajaan untuk para peneroka juga diputar belit.

“Mereka memberikan alasan kononnya hendak selamatkan Felda seperti membabitkan saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) yang mengalami kejatuhan pada masa kini.

“Semua kena faham bahawa adalah perkara biasa turun naik dalam pasaran saham. Tetapi peneroka tidak rugi kerana tanah mereka tidak langsung terlibat.

“Pas seharusnya pergi selamatkan ladang rakyat di Kelantan sebelum menyebarkan dakyah tidak benar dengan alasan untuk selamatkan Felda,” TS Isa menyambung kata-kata beliau kepada pihak pembangkang.

Biasalah Pas, kalah salah orang, bawah kain pun dia nampak. Bahkan kalau takdak salah pun sengaja dicipta satu, untuk menguatkan lagi kata fitnah itu.

Sebab tu penulis harap orang Felda jangan lupa diri. Dari dulu hingga kini, Kerajaan yang banyak membantu.

Bukan nak mengungkit dan mengenang budi, tapi itulah hakikatnya.


Tiada ulasan: