Sabtu, 2 Mei 2015

Suhaimi Calon Untuk Semua Kaum.. #PRKPermatangPauh


Dalam sibuk berkempen, Suhaimi calon BN tidak melepaskan peluang mendekati pengundi dari kaum cina. Walaupun ada pelbagai persepsi yang menular, tetapi ia tidak mematahkan semangat 'Mie' panggilan mesra beliau mendekati mereka.

Beliau bersama Timbalan Presiden MCA Dr. Wee Ka Siong, yang mengeringi Mie untuk bertemu dengan pengundi cina, untuk berbual, bermesra dan menyelami cara hidup mereka.


Walaupun beliau seorang professional, Suhaimi Sabudin pandai menyesuaikan diri dalam pergaulannya dengan masyarakat cina. Sifat rendah diri yang ditonjolkan menarik perhatian mereka.

“Saya rasa Calon BN adalah menepati citrasa orang cina, orang melayu di sini,” kata Dr Wee.

Hal ini dapat dilihat apabila Mie bertemu dengan mereka, menziarahi dan bertegur sapa dengan para 'bakal' pengundi beliau disepanjang jalan, ketika bersama Dr Wee.

“Saya yakin banyak masalah rakyat akan dapat diselesaikan kelak di Permatang Pauh,” katanya lagi.

Saya juga bersetuju dengan Dr. Wee. Kerana selama ini Permatang Pauh tidak mempunyai wakil rakyat yang mengambil berat tentang hal kebajikan mereka. Jika rakyat Permatang Pauh memilih Suhaimi, sudah pasti beliau akan rajin turun padang dan banyak masalah tempatan dapat diselesaikan.


Rakyat Permatang Pauh kena fikir secara menyeluruh, bukan hanya untuk diri sendiri. Apakah mereka pernah terfikir jika ada diantara saudara mereka yang susah, dan mengharapkan bantuan. Tapi bantuan yang diharapkan tidak kunjung tiba. Kerana apa? Kerana wakil rakyat yang dipilih tidak prihatin.

Rasanya tak rugi pun mereka memilih Mie ni. Bahkan sebagai orang muda, sudah tentu beliau akan lebih aktif dan rajin berbakti pada rakyat.

Tiada ulasan: