Sabtu, 2 Mei 2015

Tipu dan Fitnah Jalan Kempen Terdesak Pas #PRKRompin



Bila manusia sudah terdesak, mereka mula melakukan apa saja untuk menang pilihanraya. Jika dulu Pas selalu fitnah yang mengatakan Felda akan lingkup dibawah pengendalian Kerajaan BN. Bila fitnah tersebut tak berkesan, kini Pas mengunakan taktik menipu, kononnya bekas CEO Felda bersama mereka dan berkempen bersama calon Pas Rompin.

Diusunglah si Datuk Sarchu kesana kemari dipentas ceramah Pas dan diperkenalkan beliau sebagai CEO Felda.


Sedangkan beliau hanyalah Ketua Pegawai Eksekutif KPFQ Foods Sdn Bhd, Memang ada kaitan dengan Felda tetapi beliau hanya CEO dianak syarikat milik Felda, bukannya di Felda induk. Paling menyedihkan bekas CEO anak syarikat Felda tu masih lagi dalam tuduhan. Beliau dikatakan menyalahguna wang syarikat terbabit sebanyak RM16.9 juta

Orang macam ni kita boleh percayakah? Walaupun ia baru tuduhan, tetapi integriti beliau sudah tercemar. Bagaimana orang seperti ini mampu membawa calon Pas, Sedangkan diri sendiri pun tak terurus.

Berbalik soal jawatan si Datuk Sarchu ini, akhbar rasmi Pas, Harakah menggunakan tajuk "Bekas CEO Koperasi Felda" sebagai modus operandi mereka untuk menghasut orang Felda.




Ternyata Harakah terpaksa menipu untuk memancing undi. Inikah cara sebuah parti Islam berkempen?

Atau Islam hanya digunakan untuk memancing undi, sedangkan dalam perjuangan untuk menang pilihanraya (hal dunia) mereka sanggup menipu.

1 ulasan:

Awanama berkata...

Tak serik2 PAS dengan sifat munafik mereka. Dalam teruk dibuli dihina DAP dan PKR, mereka masih keras hati tak berubah, berdabik dada angkuh sombong dan terus cari pasal dengan UMNO..