Jumaat, 17 Julai 2015

Jadikan raya ini untuk kita terus pupuk perpaduan kaum - MCA

Dalam kita berhari raya, jangan lupa bahawa kita hidup didalam masyarakat yang berbilang bangsa.

Kukuhkan perpaduan untuk kita terus membawa masyarakat Malaysia kesatu tahap yang lebih tinggi dan menjadi contoh kepada negara yang berbilang kaum.

Dua ucapan daripada Presiden dan Timbalan Presiden MCA



Liow: Aidilfitri kukuhkan hubungan, eratkan perpaduan

Saya ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam di Malaysia. Semoga sambutan Aidilfitri bagi umat Islam di Malaysia dan juga di seluruh dunia dilengkapi dengan penuh keberkatan, kesyukuran serta kegembiraan.

Seperti juga musim-musim perayaan yang lain, musim lebaran ini merupakan kesempatan terbaik untuk mengukuhkan hubungan silaturrahim dan persefahaman antara kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah masyarakat majmuk, rakyat Malaysia amat memahami dan sama-sama menanti-nantikan kehadiran Hari Raya sambil merayakannya bersama lebih-lebih lagi dengan amalan kunjung-mengunjung antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang kaum dan agama.

Rakyat Malaysia sesungguhnya amat bertuah kerana dapat hidup bersama dalam sebuah negara secara harmoni yang penuh dengan kepelbagaian kaum serta berpeluang menyambut dan meraikan pelbagai jenis perayaan dengan penuh riang-ria dan menghayati budaya yang berwarna-warni. Ini haruslah dihargai dan dipegang teguh oleh kita semua bukan sahaja untuk perayaan kali ini, tetapi lebih penting lagi, untuk generasi akan datang yang bakal menjadi pemacu kemajuan negara.

Akhir kata, diharapkan bahawa sambutan Syawal pada tahun ini akan terus menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Disamping itu, nikmatilah Hari Raya ini dengan berhati-hati semasa di jalan raya demi insan-insan yang tersayang.

Sekali lagi, saya ucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri” dan “Maaf Zahir Batin” kepada semua.



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua, tulus ikhlas daripada seluruh warga pejabat YB Datuk Dr. Wee Ka Siong

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Menyeru kepada perpaduan.
Ungkapan mudah, tetapi perlaksanaannya bagaimana?
Bukankah perpaduan mesti dipupuk melalui pendidikan?
Satu sistem sekolah, satu bahasa.
Orang politik umno, mca, mic, bn, pkr, pas, dap siapa yang berani menyuarakannya?

Tanpa Nama berkata...

PEMBODEK betul artikel ni!

Aku amat TERKEJUT besaq tengok kat berita hari ni, ada si BETINA-PORNO KAPIRDAJAL pakai "short" -amat-pendek pi Majlis Hari Raya YAB MB Johor!

Apa hal dibiaqkan puak PORNO-amat-BIADAP ni sampai boleh MENCEMARkan Majlis Hari Raya SUCI ni dan di rumah pemimpin Islam/Mealyu kita pula tu?! Takkan berani si puak PORNO-BANGKAI BABI ni pakai pakain LUCAH mcm. ni pi Kuil/Gereja mahupun Majlis Raya Cina mahupun Krismas - itulah asyik umat Islam/Melayu yg. MAJORITI rakyat NEGARA ISLAM, pusaka nenek moyang berzaman kita ni, kena TUNDUK-mcm-KULI pod. BUDAYA-KEPARAT KURANG-AJAQ si puak PENDATANG KAPIRDAJAL RASIS ni!

Lain kali, buatlah KOD ETIKA berpakaian kat majlis -majlis Hari Raya mcm. ni - JANGAN pemimpin Islam/Melayu UMNO kita asyik sendiri TAKUT nak hormati ISLAM sbg. AGAMA NEGARA mengikut undg-undg Perlembagaan!

Nek Tempoyak.