Ahad, 26 Julai 2015

Siasatan MH17 Siap Oktober Ini



Rakyat Malaysia masih berharap dan terus menunggu laporan penuh siasatan tragedi MH17. Menteri yang bertanggung jawab ialah Menteri Pengangkutan, malah Datuk Seri Liow Tiong Lai telah mengumumkan bahawa Laporan Jawatankuasa Siasatan tragedi MH17 dijangka siap Oktober ini.

Berikutan dakwaan ramai pihak yang menyalahkan Syarikat Penerbangan MAS kerana menggunakan ruang udara bergolak Ukraine, Tiong Lai menjawab "penerbangan tersebut mendapat kelulusan trafik udara dan MAS telah mematuhi prosedur yang ditetapkan".

Bila laluan penerbangan itu dikatakan selamat, jadi tidak mungkin hanya MAS saja yang mengunakan jalan tersebut. Dikatakan pada waktu kejadian, bukan pesawat MH17 sahaja yang berada di udara, dihadapan MH17 ada sebuah pesawat, dan belakang pun ada sebuah lagi pesawat. Mengunakan laluan yang sama.

Tiong Lai mengesa agar orang ramai tidak menyebarkan khabar angin tentang tragedi dan siasatan itu, "Hormatilah keluarga mereka yang terkorban kerana dengan menyebarkan dakwaan yang tidak berasas itu, perasaan mereka akan lebih terluka" ujar Tiong Lai ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidikfitri di Seri Perdana, kediaman Rasmi Perdana Menteri tempohari.

Kerajaan mengetahui apa yang perlu dilakukan ketika ini, semua orang tahu kesemua 298 penumpang dan anak kapal maut yang mana majoriti penumpang rakyat Belanda. Jadi bersabarlah dan tunggu laporan siasatan selesai.

Tiada sebab pun Kerajaan hendek menyembunyikan laporan sebenar, kerana ia jelas bukan salah MAS atau Kerajaan. Siapa jangka penerbangan awam boleh ditembak tanpa sebab dan amaran. Sedangkan laluan tersebut dikatakan selamat untuk membuat penerbangan.

Lebih baik kita tunggu Oktober ini untuk ketahui cerita sebenar, tanpa menyebarkan khabar angin yang belum pasti kebenarannya.

Tiada ulasan: