Ahad, 9 Ogos 2015

Mukhriz Risau Suara Akar Umbi Tidak Didengari Pimpinan Atasan



Dalam ucapan perasmian di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuala Kedah dan Jerai semalam. YAB Dato Seri Hj Mukhriz Tun Mahathir, Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Kedah menegaskan bahawa UMNO kini berada didalam keadaan kritikal dan pimpinan harus tangani isu yang berkaitan, demi untuk memperolehi semula keyakinan ahli dan rakyat pada parti keramat ini.

"Parti Umno satu-satunya parti yang mempunyai ahli cukup ramai dan mesyuarat bahagian pula diadakan setahun sekali. Oleh itu disinilah tempat kita untuk menyuarakan kegelisahan rakyat bagi membincangkan dan disampaikan kepada kepimpinan bahagian seterusnya dibawa ke peringkat pusat. Keputusan yang kita buat mestilah mendengar nadi denyut rakyat dan mengambil kira pandangan mereka".

Kata Dato Seri Hj Mukhriz yang risau jika pimpinan parti tidak ambil kisah tentang suara akar umbi.

"Kalau keputusan yang dibuat tidak menyenangi hati rakyat, maka bila tiba PRU nanti mereka akan menghukum kita. Jika hilang undi 2% pun kita akan hilang kuasa mentadbir negara. Tanya soalan tak salah, kerana pertanyaan kita itu bukan hendak menjatuhkan parti, sebaliknya untuk memperkuatkan parti". Kata beliau lagi.

Beliau menegaskan tiga perkara penting dalam ucapan semalam,

 1. Jangan cuba singkirkan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Timbalan Presiden UMNO. Ini kerana beliau memenangi jawatan tersebut melalui pemilihan parti dan bukannya dilantik.

2. Jangan ada pihak yang cuba mengganggu siasatan yang sedang di lakukan oleh agensi-agensi yang berkaitan termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

3. Tan Sri Zeti merupakan seorang Gabenur Bank Negara yg disegani di peringkat antarabangsa. Jika ada tindakan yg dikenakan ke atas beliau,maka hilanglah terus kredibiliti kerajaan kita.

Kita sudah menghadapi krisis keyakinan terhadap pentadbiran. Jika kita kerap melakukan kesilapan dan perkara yang membelakangkan rakyat nescaya kita (UMNO) akan dihukum dalam PRU yang akan datang.

#UMNOKedah #Kedah #MMFC #BeraniBerubah

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Orang yg fitnah memfitnah Mukhriz x komen ke?

Tanpa Nama berkata...

Sebagai rakyat saya lebih risau dengan budaya fitnah yg disuburkan oleh pembangkang dan TDM kebelakangan ini. Fitnah yg membawa dosa besar dijaja tanpa rasa bersalah, walaupun kebenaran sebenar telah menyerlah.

Tanpa Nama berkata...

jangan lah memperalatkan atau menyorok di belakang 'suara akar umbi'.Kalau dah benar yakin suara akar umbi yg keluar dari dua tiga mulut tu suara mejoriti akar umbi,susun lah langkah supaya suara tersebut di dengarkan secara sekali gus,biar semua orang tahu.Mukhriz kena lah berani menjadi kepalanya.Kalau dah betul begitu apa nak di takutkan jadi kepala,nanati boleh jadi kepala negara pula.Kedah dah maju dan bersatu ke?.