Jumaat, 25 September 2015

Ops Serkap Tingkat Keselamatan Penumpang di Hari Raya Aidiladha



Sempena cuti sekolah dan perayaan, sudah tentu pengangkutan awam diantara pilihan utama untuk pulang ke kampung. Kita juga sering kali mendengar kisah kemalangan akibat kecuaian pemandu bas dan bas yang tidak mengikut spesikasi.

Demi mencegah keadaan itu terus berlaku, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) melaksanakan Ops Khas sempena sambutan Hari Raya Aidil Adha. Satu operasi bersepadu yang dinamakan 'Ops SERKAP'. Ops ini telah bermula sejak dari 21/09/2015 dan akan berakhir pada 28/09/2015. Sepanjang Operasi ini dibuat bermula 21hb yang lepas, SPAD telah mengesan sejumlah 54 kesalahan membabitkan bas, lori dan teksi di seluruh Semenanjung Malaysia.

SPAD juga membuat operasi keatas penjualan tiket haram iaitu 'Ulat Tiket', bagi memeriksa penjualan tiket serta perjalanan bas-bas sempena Cuti Hari Raya Aidil Adha. Pemeriksaan diadakan bertujuan bagi memastikan semua bas-bas yang digunakan untuk membawa orang ramai pulang ke kampung adalah selamat dan lancar serta tiada penjualan tiket secara haram oleh 'ulat-ulat tiket'. Operasi berkenaan telah dijalankan di Pudu Sentral sehari sebelum hari raya.

Selain dari operasi keatas Ulat Tiket', Bas dan Lori. SPAD juga melakukan ops keatas teksi tidak guna meter dan kereta sapu yang menggunakan 'Apps Grab' di sekitar Pudu Sentral. Hasil operasi sejumlah 6 kes dikesan melibatkan:

- 2 kes memujuk dan mendesak di bawah Seksyen 205, APAD 2010;
- 2 kes mengendalikan suatu perkhidmatan awam tanpa lesen pengendali (kereta sapu) di bawah Seksyen 16 APAD 2010; dan,
- 2 kes teksi tidak guna meter di bawah Seksyen 22, APAD 2010.

4 kenderaan disita bagi membantu siasatan membabitkan dua buah teksi, sebuah Merzcedes dan sebuah Toyota Camry.




1 ulasan:

daftar unifi online berkata...

ops tengok macam banyak kat bandar je nieh