Sabtu, 24 Oktober 2015

#Bajet2016 SPAD Tekad Perbaiki Lagi Sistem Pengangkutan Darat di Malaysia!



Didalam pembentangan Bajet 2016 semalam. YAB Perdana Menteri DS Najib Razak tidak lupa untuk memperuntukan kepada pembangunan sistem pengangkutan awam. Selain mengkemaskinikan sistem yang ada, bajet tersebut juga membolehkan belanjawan menyeluruh yang akan memacu pertumbuhan negara menuju ke arah wawasan 2020

Disebabkan itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) amatlah berbesar hati dengan komitmen berterusan Kerajaan bagi mentransformasikan sistem pengangkutan awam darat di Kuala Lumpur/ Lembah Klang dan seluruh negara.

Terutamanya peruntukan sebanyak RM67 juta bagi operasi bas di kawasan luar bandar dan RM1 billion bagi Bas Rapid Transit (BRT) di Kota Kinabalu, serta peruntukan RM1.5 billion bagi BRT laluan KL-Klang. Membolehkan SPAD merangka sistem pengangkutan dengan lebih baik lagi.

Sementara itu tidak dilupakan juga untuk, MRT 1 & 2, LRT3 dan juga Rel Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura akan meningkatkan saling hubungan jaringan rel Malaysia.

Dengan peruntukan yang signifikan bagi pembangunan sistem pengangkutan awam, terutamanya rel dan rangkaian bas, SPAD mampu meneruskan usaha di dalam membangunkan inisiatif-inisiatif utama sepertimana digariskan di dalam Rangka Kerja Nasional Pengangkutan Awam Darat (NLPTMP).

Walaupun sistem pengangkutan darat kita masih tidak setanding dengan negara maju. Namun kepimpinan negara tidak pernah lupa untuk sentiasa mencari jalan bagi mengemaskan lagi sistem tersebut.

Oleh yang demikian, sesungguhnya SPAD dilaman rasmi mereka, begitu teruja dengan peruntukan yang diberi dan amatlah berterima kasih kepada YAB PM.


Bajet 2016 begitu jelas membuktikan bahawa pengangkutan awam tetap menjadi agenda utama bagi pembangunan negara untuk merungkai produktiviti sosio ekonomi masyarakat.

Semoga segala yang dirancangkan berjaya demi kebaikan kita bersama.

Tiada ulasan: