Sabtu, 24 Oktober 2015

#Bajet2016 Kaum Cina Juga Tak Dilupakan



Di dalam bajet 2016 yang dibentang oleh YAB PM Dato Sri Najib Razak semalam. Ianya merangkumi pelbagai perkara dan meliputi hampir keseluruhan infra dan bajet untuk kesejahteraan rakyat. Sudah tentu, ia juga melibatkan bajet kepada kaum cina.

Seharusnya kaum cina patut berterima kasih kepada YAB PM Dato Sri Najib Razak yang telah menyahut permintaan MCA melalui peruntukan sebanyak RM50 juta di bawah KOJADI untuk membantu usahawan PKS di golongan masyarakat Cina. Kalau tidak kerana MCA berterusan membela kaum cina, masakan perkara ini boleh berlaku.

Bajet ini termasuk dalam tambahan RM90 juta sebagai pinjaman mikro kredit kepada peniaga-peniaga kecil kaum Cina. Maknanya, kaum cina yang berpendapatan rendah, juga tidak pernah dilupakan malah dibantu untuk tingkatkan perniagaan mereka, sekaligus ekonomi masyarakat cina di kampung-kampung juga turut meningkat.

Usaha MCA bagi mentransformasikan dan menjenamakan semula Institut Kojadi kepada VTAR Institute juga turut menampakkan hasil apabila di dalam Bajet 2016, Perdana Menteri mengumumkan Kerajaan mensasarkan 60% daripada 1.5 juta pekerjaan baru adalah pekerja berkemahiran Pendidikan Teknikal, Vokasional dan Latihan (TVET) menjelang 2020. Sebanyak RM4.8 billion diperuntukan kepada 545 institusi.

Disebabkan bajet 2016 ini bersesuaian dengan situasi sekarang dan tidak melupakan kaum cina. Presiden MCA, DS Liow Tiong Lai mengucapkan terima kasih kepada YAB PM, sekalu wakil kaum cina didalam kerajaan. Penat dan lelah pemimpin MCA berjuang untuk kaum mereka, akhirnya didengar oleh pimpinan BN sekaligus menterjemahkan didalam bajet 2016.

Penulis harap, dengan peruntukan kerajaan yang tak pernah putus untuk membantu kaum cina ini, tidak dilupakan begitu saja. Siapa lagi agaknya yang boleh diharapkan untuk membantu kaum cina, jika bukan Kerajaan yang sedia ada sekarang.

Kalau nak diharapkan Dap atau parti lain, mereka hanya lebih pandai bercakap dari melaksanakan. Lebih baik menyokong parti yang tak pernah lokek untuk membantu, walaupun disedari sokongan kepada mereka merosot.

Kita harap, MCA akan dapat membuka mata kaum cina, untuk kembali menyokong Kerajaan yang memerintah sekarang.

Tiada ulasan: