Ahad, 25 Oktober 2015

PLKN Kembali Semula Dengan Penambahbaikan dan Wajah Baru!


Setelah pelbagai kajian dilakukan oleh Kerajaan, maka kini Program Latihan Khidmat Negara yang ditangguh lebih setahun bakal kembali dengan penambahbaikan dan berwajah baru. Ini adalah dengan penjimatan dan kesesuaian supaya program PLKN ini sentiasa relevan untuk masa akan datang dan berguna untuk para pesertanya.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Noor Ehsanuddin memberitahu kepada kita bahawa mereka akan mengkaji semula sistem pengambilan peserta PLKN dan menambahbaik modul latihan agar bersesuaian dengan kehendak semasa.

Ini kerana program PLKN ini telah dilaksanakan lebih 10 tahun, MLKN mengambil kesempatan ketika kerajaan menangguhkan PLKN untuk menambahbaik program ini.


Penambahbaikan merupakan cadangan yang bagus, kerana ia bakal membuka peluang kepada para belia untuk memantapkan ilmu pengetahuan mereka dalam bidang kemahiran. Inilah pengisian yang kita harapkan.

Antara pembaharuan yang dibuat ialah, tempoh pelaksanaan program ini turut dipendekkan daripada 3 bulan kepada 2 bulan, sejurus peserta menamatkan program, peserta PLKN yang berkelayakan boleh melanjutkan pelajaran mereka di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN).

Bagi peserta lepasan SPM pula, ada platform untuk mereka menentukan masa depan, habis saja program PLKN, mereka boleh terus lanjutkan pelajaran dalam bidang kemahiran, ini adalah pembaharuan yang bagus, kerana PLKN tidak hanya memupuk sifat setia kepada negara, malah boleh menjamin masa depan peserta.

Mengenai kandungan modul pula, PLKN 2.0 bakal menerapkan pengisian Fit4Life, Tech & Talk, I-Upgrade, Malaysiaku, Be Safe Be Alert, dan tiga modul lain turut diberi penekanan ialah Spirituality, My Future dan Service Learning. Pendekatan ini memenuhi keperluan secara holistik, semuanya dipelajari hanya dalam tempoh 2 bulan.

Kini penambahbaikan terhadap PLKN kini tidak hanya menyediakan belia yang beribawa, berdaya saing lengkap dengan keperluan Jasmani, Emosi, Rohani, Intelik dan Spiritual, malah ia juga menawarkan peluang melanjutkan pelajaran demi masa depan mereka.

Tiada ulasan: