Selasa, 27 Disember 2016

Khairuddin Tak Harus Campur Hal Dalaman PPBM


Susulan kenyataan Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Dato' Dr. Sharuddin Md. Salleh mengenai kedudukan Anina Saduddin, nampaknya ada pihak kurang berpuas hati dengan keputusan berkenaan termasukla Dato' Khairuddin Abu Hassan.

Lebih menjengkelkan, mereka ini mula menyebarkan kenyataan-kenyataan separuh masak dengan mempertikaikan keputusan yang diambil oleh kepimpinan PPBM.

Ingin saya jelaskan lebih lanjut dan sebagai menafikan reaksi balas Dato Khairuddin terhadap kenyataan Dato' Dr. Shahruddin yang menegaskan bahawa Sayap Wanita PPBM iaitu Srikandi masih belum ditubuhkan secara rasmi.

Saya lihat komen balas Dato' Khairuddin lebih bermotifkan peribadi dan pada masa sama berhasrat mempengaruhi persepsi rakyat khasnya ahli-ahli parti mengenai kewibawaan serta imej pemimpin tertentu dalam PPBM.

Dato' Khairuddin seharusnya memahami bahawa :-

1. Kedudukan Anina bukanlah disebabkan isu peribadi ataupun berpunca daripada tuduhan-tuduhan tertentu ke atasnya. Malah pimpinan PPBM langsung tidak merujuk akan hal tersebut dalam menentukan kedudukan Anina. Justeru, tidak timbul isu Anina dipecat daripada jawatan Ketua Srikandi PPBM.

2. Ini sekaligus menafikan kenyataan Dato Khairuddin kononnya kedudukan Anina diputuskan ekoran isu peribadinya yang sedar berlegar di media sosial ketika ini. Dan juga membuktikan bahawa kenyataan Dato Khairuddin adalah sekadar tuduhan liar.

3. Segala keputusan bersabit jawatan Anina samada beliau masih mengetuai Sayap Wanita PPBM ataupun tidak adalah hasil "collective responsibility" pimpinan parti bukannya diputuskan oleh Presiden PPBM semata-mata.

4. Jadi tindakan Dato' Khairuddin mempertikai dan menyalahkan Tan Sri Muhyiddin sama sekali tidak berasas kerana bukan Tan Sri Muhyiddin sahaja yang terlibat dalam membuat setiap keputusan. Ianya adalah keputusan bersama Majlis Presiden PPBM dipengerusikan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

5. Memandangkan Dato Khairuddin bukan lagi ahli PPBM, apa motif beliau mempersoalkan setiap keputusan diputuskan secara kolektif oleh kepimpinan PPBM? Adakah wajar Dato Khairuddin mencampuri urusan dalaman dan hal ehwal parti diasaskan Tun M ini?

Jadi saya harap elok la Dato' Khairuddin halakan muncung senjatanya ke arah yang tepat. Jika beliau bersungguh-sungguh mahu jatuhkan Najib Razak, tindakan beliau 'menyerang' kepimpinan PPBM bukanlah jalan terbaik. Jika tidak, segala pengorbanannya selama ini adalah sia-sia sahaja.

Tulisan Encik Tanjak

3 ulasan:

Awanama berkata...

Hal dalaman parti orang, buat apa lak khairudin ni nak masuk campor?

Perumpamaan melayu kata apa dah? " Hidung tak anu, pipi ter anu-anu? "

Awanama berkata...

betul ke kes skandal ainina tidak dibincangkan? kalau tiada keperluan kenapa pulak perlu ada perbincangan? maksud saya kalau tiada kes, tak ada pasal isu jawatan ketua srikandi ni nak dibincang. ada yang tersentak kot? alang2 dah ada perbincangan begitu, kenapa tidak dibincnagkan sekali kes skandal presiden yang buktinya adalah sd daripada suami kepada wanita dalam skandal tersebut? nak sorok apa beb? kalau bertindak biarlah sama adil, sama saksama. akar umbi ke, jawatankuasa ke atau presiden sendiri. presiden adalah wajah dan gambaran kepada keseluruhan parti. so, skandal presiden nak sapu bawah tikar aje ke?

Awanama berkata...

Setahu aku Anina kena singkir sebab dia gagal dalam percubaan sebagai Ketua Srikandi. Dah la gagal tarik wanita masuk Srikandi, gagal capai KPI, tak jujur dan tak amanah. Banyak kontraktor yang Anina paw untuk kesenangan diri dan dijanjikan projek kononnya bila dia menteri nanti.

Macam tu nak pilih ka?