Rabu, 28 Disember 2016

Siapa Kata DOJ Tarik Kes 1MDB di Amerika?



Pelik bila ada yang kata DOJ Department Of Justice kononnya menarik balik kes 1MDB di Amerika. Siapa kata? Atau yang berkata demikian sebenarnya kena tipu dengan media arus perdana di Malaysia ni.




Update terkini kes 1MDB di Amerika. Tobat Lahom tak masuk media di Malaysia.



Kenyataan dan butiran bahawa usahawan terkenal di seluruh dunia yang dikaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho memang ada harta di luar negara benar belaka.

Laporan Reuters mengesahkan bahawa melalui usul di Mahkamah Persekutuan di Los Angeles, selepas keluarga beliau menuntut supaya harta itu ditukar kepada pemegang amanah baru.

Kini sah sudah ahli perniagaan, yang lebih dikenali sebagai Jho Low adalah antara individu yang dinamakan dalam tindakan undang-undang sivil difailkan pada Julai oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ), memiliki harta berkenaan hasil penipuan liciknya mendapatkan dana dan harta 1MDB.

Dia didakwa menyalahgunakan lebih AS$3.5 bilion daripada dana 1MDB.

Tindakan undang-undang berusaha merampas AS$1 bilion aset didakwa disalurkan dari 1MDB dan dialihkan ke dalam estet hartanah mewah di New York, Beverly Hills dan London, lukisan berharga, dan jet peribadi sedang diusahakan oleh DOJ.



Hotel Park Lane di New York yang dimiliki Jho Low.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menubuhkan dana itu 2009 dan mempengerusikan lembaga penasihatnya sehingga baru-baru ini.

Najib menafikan sebarang kaitan dengan Jho Low dan salah laku selain menegaskan Malaysia akan bekerjasama dalam siasatan antarabangsa.

Kenapa semuanya benar bahawa Jho Low memiliki harta berkenaan?

Ini kerana tindakan keluarga Jh Low yang bercadang mengambil tindakan mahkamah baharu dalam usaha menghalang kerajaan Amerika Syarikat (AS) merampas aset berkaitan 1MDB yang sedang disiasat, menyerlahkan segala-gakanya.

Laporan Reuters yang dipetik hingga ke Kanada, Indonesia, Singapura dan beberapa negara lain menyebut, kini empat keluarga terdekat Jho Low akan memfailkan tindakan mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman minggu ini agar hartanah dan aset lain dipindahkan kepada pemegang amanah baru.



Pendedahan itu berdasarkan usul pada Isnin lalu di Mahkamah Persekutuan Los Angeles.

Ia bertujuan menangguh pendengaran, dan memberikan masa kepada ahli keluarga membawa kes ke mahkamah di New Zealand dan Kepulauan Cayman, yang dipersoalkan kerajaan tentang lokasi sesuai bagi permintaan itu. Kerajaan menentang tindakan melambatkan perbicaraan dari 12 Disember hingga 23 Januari.

Pada 31 Oktober lalu, Bloomberg menyebut, keluarga Jho Low melakukan tindakan untuk menyekat DOJ merampas aset yang dibeli oleh usahawan Pulau Pinang itu melalui dana yang didapati secara ‘haram; dari 1MDB.

Pada ketika Jho Low sendiri nampaknya ‘menyembunyikan diri; namun keluarga – bapa, adik beradik dan dua lagi ahli keluarganya – berada di AS untuk memindahkan aset itu kepada mereka.

Menurut Bloomberg: “Relatives of the financier accused by U.S. prosecutors of playing a central role in siphoning more than $3.5 billion from Malaysia’s state investment fund are fighting attempts to seize assets acquired with misappropriated funds.

Four family members of Low Taek Jho, also known as Jho Low, have initiated claims for properties the U.S. said he bought with money from the 1MDB fund, including a $100-million interest in EMI Music Publishing Group, a $35 million Bombardier jet, and a $200-million stake in the Park Lane Hotel in New York.

The family members, including Low’s brother and father, say they are beneficiaries of the family-owned trust that controls the assets and were forced to file claims themselves because the Swiss trustees have refused to take any action in the forfeiture lawsuits, according to filings Monday in Los Angeles federal court.”


Laporan dalam akhbar Metro Amerika Syarikat

Straits Times Singapura memetik laporan Bloomberg pula menyebut: “The Low family members, who reside in Malaysia, disclosed their intent to try to replace the trustees while seeking to postpone a hearing set for Dec. 12 in Los Angeles on whether they have the right to intervene in the U.S. cases. The family members say they are the beneficiaries of the trusts that hold the assets, and if they or a replacement trustee aren't allowed to bring a claim, their possessions will go to the U.S. by default.

Tindakan keluarga Low untuk mencuba mahkamah lain datang selepas kerajaan AS menentang percubaan sebelumnya bagi menggantikan pemegang amanah semasa, yang dikatakan tidak dapat memfailkan tuntutan bagi memindahkan kawalan aset.

Selain Jho Low, Jabatan Kehakiman juga menamakan Riza Aziz dalam tindakan undang-undang itu. Aziz adalah anak tiri Najib dan pengasas Red Granite Pictures, yang menerbitkan filem blockbuster Hollywood blockbuster “The Wolf of Wall Street” pada 2013.

Tindakan undang-undang tidak menamakan Najib tetapi berkata lebih AS$700 juta dana disalahgunakan mengalir ke dalam akaun “Pegawai Malaysia Nombor 1”, yang AS dan pegawai Malaysia kenal pasti sebagai Najib.

4 ulasan:

Awanama berkata...

ini semua adalah keluarga lanun moden..
di akhirat tak akan terlepas jg..

Awanama berkata...

Game licik kaum cina di malaysia.... klu jho lo tu nama amat bin labu.... semua cina di malaysia terutama Cina DAP... mca..gerakan akan bongkar srbab nama melayu... bila jho lo seorang cina maka srmua cina fi malaysia tidak akan serang cina betnama jho lo... kenapa...? Bagi kaum Cina sesapa yg boleh memburukkan menperlekeh dam memperbodoh pemimpin melayu semua cina di malaysia tak kira pembangkang atau parti yv menyokong kjaan dianggap wira....disini pemimpin melayu kena bijak ibarat menarik rambut dkm tepung rambut x putus tepung x berselerak... kjaan harus tidak bagi muka lagi pada tuntutan orang cina... teruskan agenda memperkasakan kkaum melayu dan kaum lain kecuali kaum cina.... masa bertindak mengajar kaum cina sampai bila bila.... kaim cina jrnis kaum yg licik... penipu..tamak.. manipulasi ...tapi penakut.... masa utk ajar kaum cina.....

Awanama berkata...

Aiks.. sejak bila blog hang dh x mkn dedak?

Awanama berkata...

Dap yang bongkar bab Jho Low ni. UMNO pula yang bela si Jho Low macam adik beradik sendiri.