Selasa, 3 Januari 2017

Tubuh Saja Suruhanjaya Khas Untuk Siasat Kes SRC Jika Tak Percaya SPRM!


Bekas Pengarah Bahagian Operasi Khas (BOK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Datuk Bahri Mohamad Zain, 58, mengesahkan bahawa beliau telah bersara daripada jawatan itu berkuatkuasa 30 Disember 2016.

Memaklumkan perkara itu kepada Sinar Online, Bahri berkata persaraan awal dilakukannya itu kerana kecewa dengan kes siasatan SRC International (SRC) yang tidak boleh dibawa ke mahkamah, selain tidak mahu bersekongkol dengan perkara yang tidak baik.

"Sepatutnya saya bersara pada 2018, ada lagi dua tahun tempoh perkhidmatan, tindakan ini diambil kerana saya rasa kecewa dan berdosa sangat dengan 30 juta rakyat Malaysia.

"Saya tidak mahu berbohong dengan diri sendiri, rasa amat berdosa kalau saya masih berkidmat kerana agama kita secara jelas melarang kita untuk cenderong kepada kezaliman dan ketidakadilan...cenderong pon tidak boleh apatah lagi terus berkhidmat," katanya.

BOK ditubuhkan pada 2010 untuk membolehkan SPRM menjalankan siasatan kes berprofil tinggi, terutama membabitkan rasuah bernilai lebih RM1 juta.

Bahri memainkan peranan penting menyiasat kes SRC International (SRC) yang melibatkan perihal dana RM42 juta.

Dalam pada itu, Bahri turut mengesahkan bahawa enam pegawai BOK yang terlibat secara langsung dalam siasatan terhadap SRC International, telah dipindahkan.

"Ya betul, mengenai isu perpindahan itu," katanya ringkas.

Untuk pengetahuan pembaca, kes SRC International ni bermula apabila pemindahan wang dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) ke SRC RM4 bilion, Kemudian, SRC transfer duit ke Gandingan Mentari RM50 juta, kemudian transfer ke Ihsan Perdana RM46 juta, Ihsan Perdana transfer duit lebihan tu ke akaun peribadi Najib, RM42 juta. RM42 juta tu digunakan untuk membayar 2 kad kredit peribadi.

Walaupun ada pihak yang mempertikaikan integriti si pegawai SPRM. Tapi rakyat Malaysia perlu tahu cerita sebenar disebalik kes SRC ni.

Wajib untuk tubuhkan sebuah Suruhanjaya KHAS untuk menyiasat kes ini. Malah ada wakil pembangkang dan Kerajaan bersama. Paling penting kertas siasatan tak perlu di OSA kan. Segalanya perlu telus.

1 ulasan:

Ted Manoff berkata...

SPRM=BAHARI=SPRM. Ketua Pengarah SPRM buboh dalam longkang?