Sabtu, 11 Mac 2017

Bila Konvoi Sukarelawan PPBM Jerlun Bertembung konvoi Penerangan Umno



1. Pada 10 Mac 2017, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jerlun meneruskan program Srikandi Prihatin kali ke 11 dan kali ini di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Padang Sera.

Kebetulan Konvoi bermotosikal PPBM Jerlun berselisih jalan dengan Konvoi UMNO di hadapan rumah Cikgu Bidin di Kg Kubang Menerong.

Mungkin kerana berselisih jalan ini maka UMNO Jerlun menganggap Konvoi PPBM Jerlun sedang mengawasi pergerakan Tan Sri Annuar Musa dan konvoi mereka.

Untuk makluman, program "Srikandi Prihatin" ialah program Khidmat Masyarakat dimana PPBM Jerlun telah menziarahi 35 orang warga emas yang uzur dan terlantar sakit di PDM Padang Sera.

PPBM Jerlun juga turut menziarahi seorang warga emas yang telah meninggal dunia pada hari tersebut.

PPBM Jerlun memilih konvoi menggunakan motosikal dari rumah ke rumah di 3 buah kampung iaitu Pekan Padang Sera, Kg Tanjung dan Kg Kubang Menerong.

PPBM Jerlun telah menyerahkan sumbangan hamper berupa barangan dapur kepada 35 orang warga emas bagi meringankan bebanan kos sara hidup yang semakin tinggi. Malah turut menyumbangkan Kerusi Roda kepada beberapa orang warga emas yang terlantar sakit.






2. Berkenaan sticker PPBM yang dilekatkan pada pintu belakang Van Skuad Sayang UMNO Jerlun, itu adalah sebagai cenderahati.

Pada 9 Mac 2017, Van Skuad Sayang UMNO telah menziarahi Pejabat PPBM Jerlun di Pekan Padang Sera.

Walaupun mereka masih ahli UMNO di Jerlun, mereka menyatakan sokongan penuh kepada PPBM namun secara diam kerana tidak mahu diambil tindakan oleh pihak atasan UMNO.

Tambahan pula dikalangan ahli akar umbi UMNO dan ahli PPBM Jerlun saling mengenali serta mempunyai hubungan yang rapat.

Van Skuad Sayang UMNO yang ditugaskan membawa kotak hamper BARAKAH telah berhenti rehat di Pejabat PPBM Jerlun, Pekan Padang Sera dan mengambil peluang bermesra bersama kawan-kawan di pejabat PPBM setelah lama tidak berjumpa.

Sticker PPBM dilekatkan pada pintu belakang Van Skuad Sayang UMNO bukanlah tindakan nakal memandangkan ahli UMNO di peringkat akar umbi memang menyokong penuh PPBM Jerlun.

3. Namun yang lebih penting, UMNO Jerlun perlu mendapatkan kembali feedback daripada penerima-penerima sumbangan Kotak BARAKAH yang disampaikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Kerana katanya mereka telah mendapat brochure pengenalan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Bahagian Jerlun, disebalik sumbangan tersebut, benarkah?



sumber MMFC News

Tiada ulasan: