Memaparkan catatan dengan label PAS vs DAP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PAS vs DAP. Papar semua catatan
Rabu, 27 Mei 2015
PAS Keluar Pakatan Selepas Muktamar?
KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Pas akan terus bersama pakatan pembangkang atau sebaliknya yang dibayangkan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, bakal terjawab selepas Muktamar Tahunan yang bakal berlangsung pada 4 hingga 6 Jun ini.
Abdul Hadi berkata, beliau ketika ini mengambil pendekatan tunggu dan lihat dalam konflik hubungan antara DAP dengan parti itu.
Katanya, fokus utama beliau kini adalah terhadap pemilihan parti kerana apa juga keputusan akan ditentukan selepas tamat muktamar nanti.
Berhubung kedudukan Pas sekiranya parti itu meninggalkan pakatan tersebut, Abdul Hadi berkata, itu adalah perkara biasa kerana Pas pernah bergerak secara sendirian dan pernah juga bersama kerajaan.
“Saya tumpu kepada pemilihan Pas, saya seronok jika ada parti lain yang tolong kempen untuk saya. Saya tunggu keputusan muktamar nanti. Cara terbaik menyelesaikan kemelut terbabit tunggu dan lihat.
“Kita semuanya pernah, pernah bersendirian, pernah bersama kerajaan dan pernah duduk di luar kerajaan. Cuma biasanya perkara lama tidak akan berulang,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Krisis antara Pas dengan DAP timbul apabila wujud pertikaian membabitkan keputusan Abdul Hadi untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian bagi membolehkan pelaksanaan hukum hudud di Kelantan.
Kelmarin di Parlimen, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terus mengkritik Presiden Pas itu apabila mendakwa hanya jasad Abdul Hadi bersama pakatan, sebaliknya hati bersama UMNO.
Guan Eng turut mengkritik Abdul Hadi bukan saja tidak turun berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh, malah turut tidak menyatakan sokongan secara terbuka kepada Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Menjawab kritikan itu, Abdul Hadi menjelaskan, beliau masih lagi bersama pakatan pembangkang dan Guan Eng tidak mengetahui apa yang terbuku di hatinya serta tidak berhak untuk mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah pula berkata, Pas setakat ini masih mengambil pendekatan menegur atau memberi nasihat kepada DAP dengan lembut kerana mahu menjaga hubungan yang terjalin dengan parti-parti sekutu.
“Apabila nasihat tidak jadi, itu yang kita rasa dukacita. Sepatutnya dia (DAP) ambil kira (sebelum membuat kenyataan) sebab kita pun ada perasaan.
“Kalau kita mula menyerang apa akan jadi kepada Pakatan Rakyat? Kita pun pandai juga mengata pada orang ni dan kalau saya sendiri kata, mungkin lebih berat daripada kata-kata Lim Guan Eng lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri mesyuarat Badan Perhubungan Pas Kelantan di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (Putik) di Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Selasa, 26 Mei 2015
Guan Eng Cabar Hadi Tunjuk Al-Quran?
Ini dah semakin menarik, apabila Guan Eng, menyuruh Hadi Awang Presiden Pas menunjukkan dalil dalam Al-Quran yang menyuruh memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan hukum hudud.
Apa macam ahli Pas? (bukan PasMa) Presiden Pas dimalukan sampai begitu sekali. Presiden Parti Islam SeMalaysia dicabar oleh Setiausaha Agung Dap suruh buka Quran dan tunjuk dalil? Apakah selama ini Presiden Pas tak reti nas dan dalil dalam Quran?
Malu betui laa..
Takkan ahli Pas nak tengok saja kot?
Sabtu, 23 Mei 2015
Pas Semakin Menikus Dengan Dap?
DAP menganggap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai berbahaya dan akan melemahkan proses pembinaan negara bagi membentuk masyarakat harmoni berbilang agama dan budaya.
Penasihatnya, Lim Kit Siang berkata, beliau tidak menyangka Presiden Pas itu sanggup menggunakan alasan menyatakan kemarahan terhadap parti itu kerana membantah pelaksanaan hudud.
“Dia (Abdul Hadi) tidak jujur dan ikhlas apabila terus menerus melanggar Dasar Bersama Pakatan Rakyat serta prinsip konsensus PR yang menjadi sebab kenapa Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat berada dalam krisis dan tidak bermesyuarat lebih tiga bulan.
“Abdul Hadi secara unilateral dan sewenang-wenangnya mengabaikan keputusan majlis pimpinan, atau membatalkan pandangan pemimpin Pas yang mewakili beliau,” katanya.
Menurutnya, perbuatan tidak jujur Abdul Hadi berlaku sewaktu PRU12 apabila beliau memberi kuasa kepada calon-calon Pas untuk bertanding di enam kerusi Dun yang diperuntukkan kepada PKR, mengakibatkan pertembungan tiga penjuru serta kekalahan bagi PR di kerusi berkenaan.
“Kedua Abdul Hadi membatalkan keputusan Majlis Pimpinan pada 17 Ogos 2014, yang dihadiri pimpinan utama DAP, PKR dan Pas (walaupun Abdul Hadi tidak hadir) tentang cadangan melantik Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Kit Siang berkata, Abdul Hadi memungkiri komitmen beliau sendiri kepada majlis pimpinan dalam mesyuarat pada 8 Februari 2015, bahawa sebarang pindaan kepada Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 1995 dan sebarang rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan pelaksanaan hudud mestilah terlebih dahulu dibentangkan kepada majlis pimpinan.
“Enakmen Jenayah Syariah Kelantan 2015 dibentang dan diluluskan Dun Kelantan pada 19 Mac, tanpa merujuk kepada Majlis Pimpinan selain Abdul Hadi sendiri mengemukakan usul rang undang-undang persendirian di Parlimen berkenaan hudud dalam sidang Mac/April, tanpa merujuk majlis pimpinan, ” katanya – Sinar Harian
Langgan:
Catatan (Atom)

