Video diatas adalah rakaman daripada demo bantah GST yang berlaku di ibu negara baru-baru ini. Ada sekumpulan anak muda yang mengelarkan diri mereka 'Anarki' secara jelas, menunjukkan mereka anti-raja.
Malah ada dikalangan ahli kumpulan tersebut yang turut meludah apabila lirik ‘Raja Kita Selamat Bertahta’ dinyanyikan kononnya bagi menzahirkan rasa tidak puas hati. Perarakan yang pada mulanya aman dan terkawal itu, mula bertukar kecoh apabila beberapa ahli dari kumpulan tersebut mula membuat bising dengan menyanyikan beberapa lagu provokasi yang diiringgi dengan alunan muzik.
Keadaan menjadi semakin bingit, apabila ada dikalangan mereka mula menjerit-jerit sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada para pemimpin negara. Paling memeranjatkan, sejurus selepas menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku kata-kata cemuhan telah dilemparkan kepada Yang Dipertuan Agong dan Raja Melayu.
Teringat akan kisah AL-MAUNAH pada tahu 2000 yang menggemparkan negara :
Tiga telah dihukum mati dan selebihnya dipenjara seumur hidup kerana didapati bersalah menentang YDP Agong. Hari ini kita lihat ada pula sekelompok manusia yang sudah berani menunjukkan sifat anti-raja mereka di jalanan.
Takkan mahu tunggu mereka serang atau buat huru-hara baru nak tangkap? Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat?
McTheory:
Sekarang ni kelompok mereka sikit.. baik cegah dulu, sebelum jadi besar!


