Memaparkan catatan dengan label bajet 2015. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bajet 2015. Papar semua catatan
Khamis, 20 November 2014
HOT! Abang Mahfuz Omar Ubahsuai Rumah Rasmi MB Kedah?
Semalam ada cerita yang agak menarik dalam pengulungan bajet 2015.
Semasa dalam ucapan pengulungan bajet 2015 sebentar tadi. Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir menegaskan.
Syarikat yang mendapat tender tambah baik Seri Mentaloon adalah syarikat milik abang kepada YB Mahfuz Omar.
Sambung baca kat SINI
#MMFC #Kedah #BajetKedah2015
Rabu, 19 November 2014
Projek Pembangunan Bola Sepak #Kedah! # BajetKedah2015
Sidang Dun membahaskan Bajet Kedah 2015 masuk hari ketiga.
Adun Kuah mohon kerajaan negeri fokus pada pasukan bola sepak Kedah, kerana ia merupakan sukan utama rakyat negeri Kedah, malah rakyat Kedah sangat prihatin jika apa-apa terjadi pada bola sepak.
Beliau juga menyentuh mengenai, pembangunan bola sepak. Kerajaan perlu merancang untuk mencari bakat dari akar umbi.
Soalan ini dijawab oleh YB Exco Belia Sukan, Adun Jitra.
Beliau berkata, kerajaan negeri telah merancang malah sudah fokus untuk membina pasukan yang kuat pada umur 21 tahun piala presiden merupakan skuad pelapis.
Malah kerajaan juga sudah ada sekolah sukan bagi, mengasah bakat untuk pelajar maju kedepan.
KFA juga sudah mewujudkan program percarian bakat, hampir disetiap daerah seperti di langkawi, Kulim, Sungai Petani dan lain-lain. Malah program ini telah dihebohkan pada orang ramai, dan mereka yang berminat wajib hadir sesi pemilihan.
Dalam program tersebut lebih kurang 300 orang anak muda yang hadir. Program seperti itu lebih terbuka dan memberi peluang pada semua pihak untuk sertai program pemilihan tanpa memgunakan kabel. Pemilihan terbuka dan lebih telus.
#BajetKedah2015 #Bajet #BajetKedah
#BajetKedah2015: Kenapa Nama Lapangan Terbang Antarabangsa #Kulim - @MukhrizMahatir

Adun Bandar Baharu mengulung Bajet Kedah 2015
Menjelaskan bahawa Kerajaan negeri sudah 41 kali membentangkan mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim kepada YAB PM , Menteri serta agensi berkaitan.
Bagi menunjukkan kerajaan negeri komited dalam pembinaan lapangan tsrsebut.
Adun Bandar Baru juga mengulas, kenapa,nama Kulim digunakan pada Lapangan Terbang Antarabangsa kedua di Kedah. ini sedangkan lokasinya di Sidam, beliau memberi contoh seperti KLIA, mengunakan nama Kuala Lumpur sedangkan lokasinya di Sepang. Ianya berkenaan branding.
Kulim Hitech antara kawasan industri yang terkenal didunia dan termaju di Malaysia. Hari ini Paksi Ekonomi bagi koridor utara hanya tertumpu di sekitar kawasan negeri Pulau Pinang sahaja,jadi melalui 6 projek ikonik yg dibentangkan di dalam Bajet Kedah 2015 ini, ianya dapat mengubah titik Paksi Ekonomi ke kawasan seperti Padang Terap,Sik, Kulim Bandar Baharu serta dapat menjana pelbagai kegiatan ekonomi kecil hasil daripada 6 projek ikonik yang dibentangkan.
Kedah adalah negeri pertama yang mempunyai Hospital Teknologi Hijau, bertempat di Laguna Sungai Petani.
YAB PM juga ada mengumumkan peruntukan sebanyak rm124 juta melalui SKMM untuk bangunkan internet di Langkawi, bagi penambahbaikan sistem telekomunikasi disana.
sumber www.mukhrizmahathirfc.com
Isnin, 17 November 2014
#BajetKedah2015 : RM 2.2 juta Baikpulih Dan Naik taraf Masjid Zahir @MukhrizMahathir

Masjid Zahir Alor Setar akan menyambut ulangtahun ke 100 pada tahun 2015. Kerajaan Negeri Kedah telah membuat perancangan bagi membaikpulih dan menaiktaraf kemudahan Masjid.
Sebanyak RM 2.2 juta diperuntukan untuk perancangan Masjid Zahir.

#BajetKedah2015 Penubuhan Majlis Ekonomi Negeri - @MukhrizMahathir
Disebabkan kerajaan peka kepada aduan dan cadangan daripada semua pihak. Samada ianya datang dari seorang petani kecil atau seorang ketua eksekutif syarikat gergasi, Kerajaan Negeri sentiasa mendengar dan mengambil maklum setiap perkara yang dibawa kepengetahuan.
Kerajaan juga mahu tindakan segera diambil, terutama sekali jika ianya melibatkan kebajikan rakyat dan perihal kemajuan ekonomi rakyat.
Maka, dengan itu kerajaan mengumumkan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri (State Economic Council) bagi mempercepatkan sesuatu keputusan atau proses kelulusan. Majlis ini akan dianggotai oleh ahli-ahli tetap yang akan membuat keputusan segera tanpa perlu terikat dengan kerenah birokrasi.
Kerajaan Negeri percaya, dengan penubuhan Majlis Ekonomi Negeri ini, pertumbuhan ekonomi Negeri dapat dirancakkan pada kadar yang maksimum.
Kata-kata Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir semasa pembentangan di #BajetKedah2015.
#Bajet #BajetKedah #HanyaDiKedah #MMFC #PulunKedahPulun #KedahSerataRata
sumber MukhrizMahathirfc.com
Subsidi Sewa Rumah Untuk Rakyat #BajetKedah2015 @MukhrizMahathir
Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir berkata Kerajaan mengumumkan Program Bantuan Subsidi Sewa Rumah.
Program ini dimulakan dengan secepat mungkin setelah menyenaraikan mereka yang berkelayakan. Bantuan ini akan dapat meringankan beban rakyat dengan fokis kepada mereka yang amat memerlukan.
#BajetKedah2015 #BajetKedah #Kedah #KedahSerataRata
sumber MukhrizMahathirfc.com
Ds @MukhrizMahathir Umum Bonus Setengah Bulan #BajetKedah2015 #KedahSerataRata
Dalam #BajetKedah2015 sebentar tadi..
Dato Seri Hj Mukhriz Mahathir mengumumkan #bonus setengah bulan gaji pada semua kakitangan awam bawah kerajaan negeri.
#KedahSerataRata #Kedah
sumber MukhrizMahathirfc.com
Langgan:
Catatan (Atom)




