Selasa, 29 Disember 2009
ISU: Kenapa Rakyat Malaysia Kurang Patriotik?
Kali ini aku membuat tinjauan berkisarkan isu semasa dan politik tanahair. Aku mencari tempat tumpuan ramai sekitar kompleks PKNS, disini ramai pelajar-pelajar UiTM, Politeknik dan pekerja kerajaan tidak kurang juga swasta.
Tujuan aku kali ini, cuma hendak mengetahui tahap kesedaran orang ramai mengenai berita dalam negara, politik tanahair dan pengetahuan am pasal negara.
Aku telah memilih 35orang (pelbagai umur, pekerjaan dan bangsa) untuk ditemuramah, soalan ringkas mengenai isu semasa, politik, pentadbiran negara, rukun negara dan juga lagu negaraku.
Sukar untuk aku mempercayai hakikat sebenar bahawa rakyat Malaysia sekarang kurang kefahaman mengenai isu semasa dan ada yang langsung tidak tahu mengenai negara bahkan nama Perdana Menteri sendiri.
Disini aku berikan contoh beberapa temuramah yang amat menyentuh hati, seorang pekerja makanan segera berbangsa cina, berwarganegara Malaysia. Soalannya siapakah perdana menteri kita sekarang dan apa lagu kebangsaan kita? jawapannya.
''err. .wa talak ningat lia punye name, itu apa, Razak-Razak itu maciam la. Wa cuma kinai itu Mahathiaq (Tun Mahathir) saje''. ''Itu ada lagu ke? lulu sekolah ada nyanyi le. sikalang wa talak ningat lagi''
Seorang warganegara Malaysia berumur 25tahun, yang langsung tidak kenal nama Perdana Menteri sendiri, malah lupa akan lagu negaraku (amat menyedihkan).
Temuramah kedua seorang pelajar IPT, berbangsa Melayu asal dari negeri sebelah timur tanahair, soalan mengenai isu terbaru negara dan akhbar yang sering dibaca.
''kawe tokse baco surakaba kerajae nih, kawe sokmo bace harakah jah. hok nih sumo kerajae bohonk nih, tokleh cayo doh.''
Bila di tanya, apa maklumat yang ada dalam Harakah? ada berita pasal isu negara dan dalam negeri ke? ini jawapannya pula.
''kawe ore kuak Pah, tb (TV) kawe tokse nengok, kawe pase estro joh. Utuse gan berito, surakaba kerajae, sokmo menipu soko kerajae semato. Pasa negaro, budjet harituh surakaba nulih, kerajae nak perah duit rakyak lagi. Apa tu cukai GST. Kerajae meme tok guno, Pah ghoyak, kerajae Najib jahak.
Susah untuk diterangkan kepada penyokong dan ahli-ahli Pas yang terlalu taksub pada parti dan pemimpin mereka, tidak dinafikan bahawa ada penyokong-penyokong Pas ini yang mengikut isu semasa, tapi tidak dinafikan juga, masih ramai yang terlalu taksub hingga membodohkan diri sendiri.
Hakikatnya, keputusan temuramah yang dibuat, amatlah mengecewakan, tidak ramai rakyat Malaysia yang tidak tahu akan rukun negara, walau dikalangan pelajar dan pekerja kerajaan. Jangan cakap la dikalangan penyokong-penyokong tegar parti pembangkang, mereka langsung tak tahu mengenai dunia pun.
Paling mengecewakan bangsa cina dan india, ramai yang tidak kenal Perdana Menteri Ds Najib dan langsung tidak tahu apa itu rukun negara, adakah ini yang boleh kita banggakan? adakah semua bangsa menyokong semangat gagasan 1Malaysia? atau masing-masing masih hanyut dengan perjuangan sendiri.
MctHeory: Kepada semua rakyat Malaysia, celik mata, pasang telinga dan bukalah minda. Sayangilah pada negara, jangan sampai kita dijajah semula.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan