Selasa, 12 Januari 2010
BERITA: Editor Herald MENAFIKAN Tarik Balik Penggunaan Kalimah 'Allah'!
Kusut bila aku membaca cerita ini. Penafian yang dibuat si editor ni boleh mnyemarakkan lagi api kemarahan umat islam, dan menjadi modal besar pada para-para provokasi geng Anuwar Berahi untuk memainkan isu ini dan seterusnya isu membakar gereja untuk menghuru-harakan negara.
PETALING JAYA: Isu pengunaan kalimah Allah menjadi semakin rumit apabila Editor Herald-The Catholic Weekly, Reverend Lawrence Andrew hari ini menyangkal laporan sebuah akhbar bahawa pihaknya bersetuju untuk tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitan mereka.
Andrew berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seumpama itu dan menafikan sekeras-kerasnya kesahihan laporan tersebut.
Malah beliau menyalahkan editorial akhbar berkenaan kerana memanipulasikan kenyataannya berhubung isu kontroversi itu.
"Mana ada saya cakap seperti itu, saya tak pernah katakan yang kami setuju untuk tidak guna perkataan Allah dalam penerbitan kami.
"Itu bukan kata-kata saya... itu saya fikir kata-kata sub editor atau editor mereka," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.
Laporan akhbar itu menyebut, Andrew berkata Herald-The Catholic Weekly tidak lagi menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya mulai Ahad lalu bagi meredakan perasaan marah umat Islam.
Andrew juga dilaporkan berkata keputusan itu dibuat pada 4 Januari lalu, didorong atas rasa tanggungjawab untuk menjamin keamanan negara dan kesejahteraan serta keharmonian rakyat berbilang bangsa.
Dalam pada itu, Andrew berkata, tidak timbul soal yang mengatakan akhbar mingguan Katolik terbabit tidak lagi menggunakan kalimah Allah mulai Ahad lalu kerana menurutnya mereka sudah tidak menggunakan kalimah berkenaan sejak tahun 2009.
"Macam mana pula mereka kata kami tidak lagi gunakannya sejak Ahad lalu sedangkan sebenarnya sejak dihalang pada 2009 lagi kami memang sudah tidak gunakan.
"Fakta laporan itu memang salah... sudah lama kami patuhi arahan supaya tidak gunakan perkataan Allah dalam penerbitan kami sehinggalah mahkamah memberi keizinan pada Disember lalu," katanya.
Jelas Andrew, pihaknya mematuhi keputusan penangguhan berkenaan demi menghormati sensitiviti masyarakat di Malaysia.
"Kami sangat menghormati keputusan mahkamah pada tahap ini, kita perlu tunggu perkembangannya nanti," katanya lagi
Ditanya sama ada beliau akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar berkenaan, beliau berkata: "Tak perlulah nak ambil apa-apa tindakan, lebih baik jangan diperbesarkan perkara ini lagi.
Walaupun saya ada menerima banyak SMS (khidmat pesanan ringkas) dan panggilan telefon mengenai perkara ini, tapi tak mengapa... ia hanya perkara kecil," katanya.
Isu penggunaan kalimah Allah telah mengundang reaksi pelbagai pihak termasuk kemarahan umat Islam apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan - MStar
MctHeory:
Andrew! cukup-cukuplah, jangan membuat kenyataan yang mengelirukan. Jangan simbah minyak ke api. Apala motif kamu untuk membuat kenyataan sebegitu. Baik gugurkan saja permohonan mahkamah mengenai penggunaan 'Kalimah Allah' jangan cuba tegakkan benang yang basah. Kerana mulut badan binasa!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
salam bro,
puak gereja ni perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang mereka sendiri cipta....sendiri mau ingat!
Bro, bila dah ada orang yang sokong dan mempertahankan, maka Herald ni pun keras kepala lah..... dia nak jadikan Malaysia macam negara Indonesia...... mudah untuk mendakyah umat Islam terutama bagi keluarga yang susah, miskin dan daif....
Yups. . betul tu yanggambi dan putra merdeka. . mereka cuba bermain api. .kelak akan binasa diri sendiri.
Ayuh!!..kita ajar melayu munafik dulu!!!...tak sedar punya melayu/islam...dah lupa ke perang salib dan tragedi ambon...hapuskan pengkhianat agama dan bangsa!!!
Catat Ulasan