Selasa, 19 Januari 2010

BERITA: PENCACAI PR CARI PUBLISITI MURAHAN!



Blogger PR yang sengaja mencari publisiti, mereka-reka cerita dengan memburuk-burukan nama PDRM. Blogger yang tidak bertanggungjawab ini sengaja mengaitkan isu-isu panas dengan PDRM hanya untuk mencari publisiti murahan.

Kita sedia maklum mengenai Isu Kalimah Allah dan isu pembakaran gereja, semuanya dipolitikkan oleh puak Pakatan Haram ini. Sampai Polis pun mereka hentam. Punyala buruk perangai puak-puak Pakatan Haram ni. Tak percaya baca berita kat bawah.

PULAU PINANG: Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusop tidak menolak kemungkinan terdapat penulis laman blog menulis artikel bagi memburuk-burukkan imej anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk publisiti murahan.

"Ada kemungkinan blogger yang buat cerita-cerita spekulasi itu semata-mata untuk publisiti," katanya kepada pemberita selepas melawat pasar Chowrasta di sini hari ini.

Tetapi tindakan seperti itu hanya akan mencetuskan suasana tidak aman dan menimbulkan rasa tidak selamat di kalangan masyarakat, katanya ketika mengulas kenyataan sesetengah pihak kononnya PDRM gagal mengawal situasi hingga berlaku pelbagai insiden tidak diingini.

"Selain itu inisiatif operasi payung yang menempatkan dua anggota polis di lokasi-lokasi tumpuan jenayah dilihat berhasil mengurangkan kadar jenayah, ia memudahkan orang ramai membuat aduan," katanya.

Bagi menerangkan jenayah jalanan, Katanya terdapat tiga kategori jenayah jalanan iaitu samun bersenjata, samun tidak bersenjata dan ragut.
- sumber BERNAMA

MctHeory:
Dikatakan indeks kadar jenayah jalanan dah makin menurun. Mc sentiasa menyokong penuh PDRM. Syabas PDRM!

4 ulasan:

YEOP PARIT berkata...

BRO..BIASALE DIA ORANG MEMANG NAK CARI PASAL. KALAU KENA TANGKAP MULALAH SALAHKAN UMNO. ITULAH KERJANYA ORANG YANG KUFUR NIKMAT. HAPRAK.PUILLUIH

McTheory berkata...

Betul tu Yeop. . diorang dah takde keje lain dah.

Tanpa Nama berkata...

ERR APE NAME MAMAT TU ALAA..ISHH..YG BUNYIK MCM TULANG BELULANG TU ALA APE KE NAMENYEE TUU..PATUT MAMAT TU PUN KENE SEKEL SKALI HEHEH. TP KITA NI X NAK LA BUAT MCM TU KANN..NTI DIORANG CKP KITA NI X DEMOKRASI LA PLAKKK KEHKEHKEH

Tanpa Nama berkata...

sampai skrg aku musykil la? atas tujuan ape polis dr Unit Tindakan Khas Tu ( Sirul & Azilah ) bunuh pempuan Mongolia Altantuya tu eh?

1) atas arahan siapa?
2) atas alasan ape die(altantuya) dibunuh?
3) mane sirul & Azilah tu dapat Bom C4 tu?
4) ape hubungan Sirul&Azilah dgn Altantuya tu? mereka bersaudara ke?

Kalau sekarang aku p rumah ko org aku bunuh ko org guna Bom C4 tanpa sebab, ko org x kenal aku, aku pulak x kenal ko org. LOGIK TAK?