User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Sabtu, 23 Januari 2010

INFO: ADAKAH ANDA AHLI UMNO?



Mc cuma nak bagi info pada semua saudara seperjuangan, bahawa senarai baru ahli UMNO akan keluar disetiap cawangan pada 15 Mac 2010. Senarai ini adalah yang terbaru dan telah dikemas kini.

Pada ahli yang berpindah atau telah lama tidak aktif, boleh menghubungi cawangan semula untuk mengaktifkan keahlian anda. Kemaskini ini bertujuan membuang nama ahli yang telah berpindah ke parti lain, yang telah meninggal dunia atau yang telah lama tidak dapat dihubungi oleh cawangan.

Bagi yang tak pasti sama ada anda ahli UMNO atau tidak, pun boleh menghubungi cawangan berdekatan atau terus hubungi UMNO Pusat bagi mengetahui status keahlian anda.

Pada ahli UMNO yang telah berhijrah ke parti lain, Mc mengucapkan selamat pada anda semua. Pada bekas-bekas ahli UMNO yang rindu mahu kembali kepada pangkuan UMNO. Mc mengalu-alukan kedatangan anda semua. Kecik tapak tangan, stadium bukit Jalil Mc tadahkan.

Pada ahli parti Pas, Pkr, Dap dan parti pembangkang yang lain. Mc menyeru anda berfikir menggunakan akal, jangan gunakan hati. Nilaikan yang mana intan, yang mana kaca. Jika terbuka hati nak masuk UMNO (melayu sahaja), sila dapatkan borang cawangan UMNO berhampiran anda atau terus hubungi UMNO pusat.

Info:
UMNO Pusat PWTC:
Tel: 0340429511 - 1Malaysia boleh hubungi.

UMNO Petaling Jaya Selatan:
Tel: 0377877001 - Hanya untuk penduduk disekitar PJS sahaja.

MctHeory:
Hanya untuk info kepada semua rakan seperjuangan demi Agama, Bangsa dan Tanah Air.

3 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

tidak...saya lalang...mana2 pon boleh . .. asal duit in come....hahahaahh

Tanpa Nama berkata...

oh tidak....saya tak nak jadi lalang....saya tak nak membolehkan kepada benda perkara yg tak boleh....saya juga mencari duit in come yg halal bukan pakai bedal je....saya adalah ahli tetap umno sepanjang hayat...kerana saya amat terhutang budi kpd pejuang2 umno dulu sehinggalah kehari ini...tanpa perjuangan umno,orang2 melayu mungkin menjadi kuli...tidak punyai kereta mewah, tidak punyai rumah banglo mewah, jalan maseh kaki ayam, motong getah,tanam padi,mandi air sungai,minum air telaga,pakai baju guni gandum,jalan dlm denai semak,maseh jelaga hidung guna api pelita,kulit penuh kudis, kepala penuh kutu,pergi sekolah bawak papan batu kapur sebatang,makan tiada zat pacat sedut darah,badan macam rangka,mak bapak pakai kain berkongsi,anak2 jahit baju dari perce kain dan berbagai2 lagi kesengsaraan yg dilalui oleh org melayu diwatu dulu...jangan lupa akan sejarah datok moyang kita dulu yg hidup serba dlm kedhifan!!!! kejayaan bukan datang mengolek, kalau tidak dengan kebijakan melayu umno kita tida merasa aa yg kita nikmati sekarang....saya akan pastikan jenarasi saya supaya menyokong umno buat selama2 nya.....ummi merdeka said

Tanpa Nama berkata...

saya pernah menjadi ahli UMNO, tapi disebabkan saya banyak menegur perkara yang tak patut dalam mesyuarat cawangan dan perwakilan bahagian, maka cawangan telah menyisihkan saya 2 tahun lepas. kepimpinan cawangan bukan saja menyisih malah menfitnah menyatakan saya penyokong pembangkang dan tidak setia kepada parti. padahal bukan saja tenaga malah wang ringgit saya habis pun tak kesah..hanya berniat untuk menyelamatkan moral parti. Makan dengan kawan yang dikenali pengikut PAS jadi kesalahan, hadir majlis kenduri dirumah pemimpin pembangkang jadi kesalahan, mendengar ceramah penceramah PAS untuk mendapatkan maklumat bagi menangkis pun kadi kesalahan. maaflah wahai pemimpin UMNO terutama Kota Bharu..nama je SETPOL PM yg juga Presiden UMNO. Tapi aktiviti bersama rangkaian pengurusan parti bahagian merosakkan pengaruh dan membiarkan parti tersisih dari sokongan rakyat yang ada 1 undi.
JIKA UMNO TAK NAK KAT KITA
JANGAN TERHEGEH NAK KAN UMNO...
moral dari kawan yang tak main mana-mana parti.
terima kasih kawan
UMNO bukan lagi fokus kehidupanku.
BERSATU- BETUL KE
BERSETIA-HANYA PADA PEMIMPIN
BERKHIDMAT-PADA YANG SOKONG DAN PATUH ARAHAN JE.
MAAFLA DATUK FATMI
MAAFLA DATUK WAN GHANI
MAAF LA DATUK SAHRIN
MAAFLA DATIN NIK AZIZAH
MAAFLA ROSMADI
MAAFLA MAZNAH
MAAFLA ABE DIN DS10
UMNO KOTA BHARU BUKAN LAGI
PILIHANKU.
-bekas ajk bahagian

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review