Khamis, 7 Januari 2010

ISU: PAS LARANG AHLI DEMO 'KALIMAH ALLAH'



KUALA LUMPUR, 7 Jan: PAS mengingatkan seluruh ahlinya agar tidak terlibat dalam mana-mana demonstrasi berhubung penggunaan kalimah Allah yang dianjurkan pihak tertentu di masjid-masjid atau di mana-mana tempat selepas solat Jumaat esok.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberitahu, penganjuran demonstrasi membantah penggunaan kalimah Allah esok, bukan pendirian PAS namun yakin ianya adalah perancangan pihak tertentu khususnya Umno.

"Kita menyeru seluruh ahli PAS agar tidak terheret sama dalam demonstrasi yang didalangi Umno itu," katanya ketika menghubungi.

PAS, jelasnya telah membuat pendirian jelas berhubung perkara itu melalui kenyataan Presidennya, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang selepas menyuarat khas lajnah politik parti itu. - Haprakdaily

MctHeory: Pendirian Pas memang berbeza kali ini. Sekejap setuju, sekejap tidak. Pas merasakan isu 'Kalimah Allah' ini merupakan isu yang sengaja diwujudkan oleh UMNO untuk mendapat perhatian rakyat.

Sebelum ni Pas kata UMNO nak ubah pandangan rakyat pasal kenaikan harga gula. Sekarang Pas kata UMNO yang rancang semua ini sebab nak jadi juara rakyat. Wahai Pas, janganlah flip flop. Mana satu betul ni,atau korang main hentam tuduh UMNO yang bukan je. Kita dengar apa kata Ds Najib dalam perkara ini.


Kerajaan tidak akan menghalang orang ramai yang ingin mengadakan perhimpunan di masjid-masjid selepas solat Jumaat esok bagi membantah mingguan Katholik menggunakan nama 'Allah', kata perdana menteri. Datuk Seri Mohd Najib Razak diminta mengulas sama ada kerajaan mengamalkan sikap berbeza terhadap kumpulan tertentu yang menganjurkan demonstrasi.



MctHeory: PM sendiri tidak menghalang umat Islam nak berdemo cara aman. Kenapa Pas nak berkecuali pula. Ohh. . mungkin Pas taknak curang dengan bini haramnya Dap. Sebab dalam isu 'kalimah Allah' Pas kena berjuang, berdemo bersama UMNO dan pejuang Islam yang lain. Mana boleh perjuangkan Islam lagi, Pas kan liberal. Mana pejuang Islam lagi.

Auuww. . setianya Pas pada Dap. . auuww.. u.
.

Tiada ulasan: