Khamis, 21 Januari 2010
TOLONG HENTIKAN PEMBAKARAN RUMAH IBADAT!
Apa nak jadi dengan masyarakat kita sekarang. Kemana hilangnya hormat menghormati. Budi bahasa dan perpaduan yang sekian lama kita pupuk. Mc tengok semakin hari makin menjadi-jadi pula pembakaran rumah ibadat. Tak kira la gereja, surau, masjid, tokong atau yang lain-lain. Tolonglah jangan dok buat kerja bodoh ni.
Selepas kita dikejutkan dengan pembakaran gereja. Kini bagai tak sudah bila ada pihak yang buat kerja bodoh tahap dewa dengan membakar surau di Muar pula. Adakah semua ini dirancang? Adakah semua ini dibuat oleh agensi-agensi yang diupah? Adakah rakyat Malaysia yang sanggup membakar rumah ibadat kaum lain? Mc baru je baca berita ni tadi. Panas betul hati Mc baca berita di bawah
MUAR, 21 Jan (Bernama) -- Dua buah surau, satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di sini mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi Khamis.
Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata kebakaran di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer berlaku pada waktu lebih kurang sama iaitu kira-kira 2.30 pagi.
"Kebakaran di Surau Silaturahim disedari oleh tiga lelaki yang sedang menaiki sebuah kereta (yang melalui kawasan itu) pada kira-kira pukul 2.30 pagi, dan lalu memadamkan kebakaran tersebut sebelum membuat laporan polis," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini.
Jalaluddin berkata kebakaran di surau itu melibatkan sebahagian tingkap dan langsir yang terletak di ruang legar surau berkenaan dan polis menemui kesan "cetusan api dari simbahan minyak tanah di kawasan tingkap tersebut."
Sementara kebakaran yang melibatkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada pukul 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada pukul 1.30 tengah hari tadi, katanya.
Jalaluddin berkata polis percaya kebakaran di Surau Parit Beting, yang terletak kira-kira dua kilometer dari Surau Silaturahim, dipercayai berlaku lebih kurang pada waktu yang sama.
"Punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300," katanya. - BERNAMA
Tolonglah hormati agama kaum lain. Masyarakat Malaysia tidak perlukan kejadian sebegini. Kami semua mahu hidup aman damai. Selesaikanlah isu kalimah Allah dengan cara baik dan berhemah. Kalimah Allah hak kami dan kami patut tuntutkannya. Selesaikan semua masalah dengan cara aman dan baik. Hormati semua kaum. Jangan timbulkan provokasi. Semua ini cuma untungkan musuh negara.
Mc merayu pada semua, tidak kira agama atau bangsa, jika kita ternampak atau berhadapan dengan individu yang membuat perkara terkutuk ni. Tolong lapor pada pihak polis. Tolong la! Perkara ni serius. Bakar rumah ibadat adalah serius! Tolong hentikan!
MctHeory:
Jangan buka ruang pada musuh negara untuk mengkucar-kacirkan negara!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
4 ulasan:
hairan ni bro..
tk mngkin org biasa2 buat bnde kutuk nih..
mcm ade rncgn jer..
kalo tak, mcmne org yg buat ni masih selamat lg tk kne apa2...mcm hiding behind someone yg brpngaruh
Betul tue jane. Mc pun rasa macam tu juga. Jane.. blog dah ok ke?
tu la pasalnye..pelik bin aneh
mmm..blog dah ok..bukak semalam..hehe
Sapa lah yang seronok buat kerja gila tu.... kalau dapat tangkap, baik pancung aje kepala penjenayah tu
Catat Ulasan