Selasa, 19 Januari 2010
UNGKU AZIZ: DAP UNTUK SEMUA! MELAYU MAU MASUK KE?
Topic ni agak pelik sebenarnya bagi Mc. Individu Tunku Aziz ni pun Mc tak berapa kenal la. Cuma Mc agak tertarik dengan berita ni. Petikan dari Sinar Harian. Mc tak tahulah pendapat pembaca yang lain tapi Dap untuk semua ni yang sangat pelik? Baca berita dibawah yang membuatkan Mc jadi pelik.
SHAH ALAM - DAP adalah parti berbilang kaum untuk semua rakyat Malaysia, bukan hanya tertumpu kepada kau:m Cina sebagaimana yang diketahui kebanyakan masyarakat sebelum ini.
Naib Pengerusi Kebangsaan DAP, Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim berkata, walaupun majoriti ahli dan pemimpin parti ini terdiri daripada kaum Cina, namun DAP tidak pernah ‘menganaktirikan’ bahkan memperjuangkan nasib ahlinya dari bangsa lain termasuk Melayu.
Menurutnya, memang diakui ramai orang Melayu menganggap DAP adalah parti untuk kaum Cina kerana melihat pengasas dan pemimpinnya adalah orang Cina.
“Pada asal penubuhan DAP, memang kebanyakan ahli adalah bangsa Cina, namun sehingga kini ramai orang Melayu telah menyertainya dan ada di kalangan mereka juga dipilih menjawat jawatan tertinggi parti.
“Kalau kita sendiri tidak menyertai parti ini, kita tidak tahu. Dalam polisi parti juga tidak mengatakan ia adalah parti berasaskan kaum,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Tunku Abdul Aziz adalah bekas Pengerusi Transparency International (TI) Malaysia dan menyertai DAP pada 2008. Selain m:enganggotai Jawatankuasa Kerja Pusat parti itu, beliau dilantik sebagai Senator Julai tahun lalu.
Beliau berkata, perkara utama menarik minat menyertai DAP kerana parti itu yang bebas dari gejala rasuah dan berintegriti tinggi di samping memperjuangkan nasib masyarakat pelbagai bangsa.
Ditanya mengenai matlamat DAP untuk memperoleh lebih banyak sokongan terutama di kalangan orang Melayu, beliau berkata, perkara tersebut agak sukar memandangkan orang Melayu lebih cenderung menyertai parti lain terutama berasaskan kaum.
“Walau bagaimanapun, kita tidak boleh berputus asa dan perlu berusaha. Saya yakin ianya dapat direalisasikan kerana pemikiran rakyat kini lebih terbuka dan mereka bijak membuat pilihan.
“Melihat pemerintahan DAP di Pulau Pinang, saya yakin kita dapat memperoleh lebih banyak sokongan dari kaum lain,” katanya.
Ahli Jawatankuasa Pusat DAP, Ahmad Ton menyifatkan rakyat Malaysia masih belum cukup nasional walaupun sudah hampir 53 tahun merdeka kerana masih mementingkan parti berasaskan kaum.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan kekurangan promosi adalah punca kurangnya penyertaan ahli dari kaum lain terutama orang Melayu menyertai DAP.
Sewaktu Konvensyen DAP di Ipoh kelmarin, Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng menetapkan matlamat untuk memperoleh lebih banyak ahli di kalangan kaum lain terutama Melayu.- sinar harian
Serba sedikit mengenai Tunku Aziz yang Mc dapat cari la.
- Tunku Abdul Aziz pernah memegang jawatan tinggi di pelbagai organisasi swasta dan awam di Malaysia, Hong Kong dan United Kingdom.
- Dia juga pernah menjadi presiden Persatuan Transparensi dan Integriti Malaysia, Pengarah Kumpulan Sime Darby Bhd dan kini sebagai penulis kolum mingguan untuk akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
- Kononnya dia ni penentang terbesar amalan rasuah dan korupsi dalam pentadbiran.
Cuma yang menghairankan Mc, kenapa dia pilih Dap untuk masuk politik? kalau nak masuk pembangkang pun masuk la PKR ke PAS ke, apa motif dia ni masuk Dap. Ada kepentingan kot. Masuk je dah terus dapat pangkat Senator. Mc cuma tanya bukan Mc tuduh ok.
Cakap pasal topic yang Tunku Aziz ni kata la kan. Dap untuk semua? Ye ker? Dap bukan parti rasis. Ye ke? Takde amalan rasuah dalam Dap. Ye ke? Orang gila tepi jalan pun tau apa tu Dap. Cuba tanya dia parti roket tu apa, dia pun tau jawab tu parti cina punya.
Tunku Aziz ni kat Pulau Pinang tidur ke apa? Punya la banyak salah si Guan Eng Gangster Hong Kong tu, dia boleh kata Dap ni baguih. Mc nak tuduh lebih-lebih kang kata menghasut tapi Tunku Aziz ni memang pelik la. Dia tak rasa dia ni dah jadi pengkhianat ke? Melayu masuk Dap ni, lebih kurang macam masuk komunis zaman dulu la.
Melayu masuk komunis zaman dulu disebabkan ada yang tertipu dan ada yang gila kuasa dan wang. Ramai masuk komunis sebab kuasa la, yang kena tipu tue sikit la sangat. Mc masih lagi pelik dengan Tunku Aziz ni. Tak pelik ke Tunku Aziz cakap macam tu? Tak rasa macam mengkhianat bangsa ke masuk Dap ni. Kenapa la ada juga Melayu bodoh nak masuk Dap?
MctHeory:
Err..ada ke melayu kat sini nak masuk Dap? mana tau kot-kot boleh jadi calon PRUke13 ni. Untung-untung boleh jadi YB atau Senator
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 ulasan:
SLM BRO..SBB TU KETUA KOMUNIS M'SIA KIT SIANG IKUT JEJAK MENTOR DIA SI LEE KA YU. "LU PIJAK KEPALE OLANG MELAYU SAMPAI X BERGERAK.THEN U KEN KONKER THEIR MIND"..HARKKK PTUIHH!!
aku taktau nak gelarkan apa pada orang tua melayu Dap ni. pembelot melayu agaknya
Bro Jeff,
T.Aziz ni banyak makan makanan cina kot. tah haram ka halal aku pun tatau.
Salam saudara.....
Kalau Melayu masuk DAP, bukan sahaja senang jadi YB atau Senator, silap2 boleh jadi MB lagi. Lepas tu boleh jual tanah orang Melayu dengan senang, kononnya atas hak sama rata (mohon ditambah - sama rasa, depan belakang sama sahaja). Hehe....
Walauapapun hasrat aziz ni, tak payahlah ada mana-mana org melayu menjadi ahli DAP ini. Memang janjinya akan di beri jawatan. Tapi jawatan sahaja tau, keputusan wajib datang dari org atasan DAP. Jadi apa gunanya setakat ada jawatan tapi keputusan org lain yg buat. Oleh itu wahai semua org melayu berwaspada lah anda semua dgn putar belit DAP ini. Sayangi lah agama dan bangsamua dari menyanyangi jawatan yg di suap itu.
Ambil contoh Singapor, cuma 1 sahaja jawatan yg ada untuk org melayu tapi apa-apa keputusan pun kena tanya bangsa ini juga. Jelas dan terang contoh yg terdekat kita ambil. Jadi tak payah lah nak join DAP ini. Janji awal nampak cantik tapi ingat bila kuku dan panjang nanti janji ini akan memakan kamu semua. Lupakan utk mengejar jawatan tapi ingat untuk menyelamatkan agama ISLAM dan bangsa sendiri. Apa akan jadi bila DAP berkuasa. Sudah terang lagi bersuluh, dimana umum mengetahui DAP adalah anti ISLAM. Seperti kata Kepala Singahi langkah mayat nya dulu baru Malaysia jadi negara ISLAM. Apakah saudara-saudara seISLAM telah lupa ayat nya itu.
Jesteru itu awasi lah dengan tawaran yg di buat oleh DAP itu. Buat org Melayu yg dah ada dalam DAP berfikirlah ke jalan yg benar. Sesal biarlah dahulu tidak menyesal di kemudian hari. Anak. cucu, cicit ,piut kita akan teruskan kehidupan diatas negara MALAYSIA ini jadi ambillah langak yg paling terbaik. Buat org MELAYU andaikata negara ini tergadai kita tidak ada tempat untuk pergi lagi berbeza dengan bangsa lain dimana mereka ada negara asal mereka untuk pergi.
Oleh itu wahai saudara-saudara seagama dan sebangsa dgn ku sedarlah, bangunlah dari mimpi-mimpi yg indah yg sedang di layari itu. Pulanglah ke alam nyata dimana alam yg dapat menyelamat agama, bangsa dan negara.
Jadi fikir-fikir kan lah ............
T.AZIZ,KAMU JELAH KAMI WAKILKAN AHLI DAP UTK ORG MELAYU-SELAMAT BERSERONOK
CUMA KAMI PESAN PD T.AZIZ BILA DUDUK BERSEORANGAN CUBA LIHAT 2 GAMBAR
1 GAMBAR KUBUR ORG ISLAM
1 GAMBAR KUBUR ORG CINA
KEMUDIAN TANYA DIRI KEMANA TEMPAT AKU ?
KUBUR ISLAM KAH,,,,TAPI HAYAT AKU CHINA
INSAF SUPYA KAMU TINGGALKN HIDUP MUNAFIKIN MOGA ALLAH-ISLAM TEMPATKN KITA BERSAMA PARA SOLEHIN
PK T.AZIZ DAP TK ADA DALAM SENARAI PARA SOLEHIN
manusia hampeh..penjahanam melayu..
ala pangkat senator mane ade power...
jadi supervisor majlis je...
tak silap aku setakat senator kuat sangat ke power dia?...
dapat title sikit dan dan jadi jaguh
memang nilah penjahanam melayu cara moden, hampeh punya melayu.
Catat Ulasan