
Mc sebenarnya tertarik dengan blog Azli Shukri yang mengulas pendirian Dap dan PKR mengenai isu Palestin. Dap seperti kita tahu pendirian mereka berbeza walaupun terpaksa bersetuju bersama Pakatan Rakyat mengenai isu Palestin akan tetapi mereka tak kisah sangat pun. Kita baca tulisan Azli Shukri serta ulasannya.
KUALA LUMPUR, 1 Jun: PAS hari ini meyerahkan satu memorandum ke Kedutaan Amerika Syarikat bagi mendesak negara itu menghentikan bantuan askar mereka kepada Israel untuk mencabul hak dan menzalimi rakyat Palestin. Penyerahan memorandum tersebut diketuai Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa bagi mewakili Presiden, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.
Turut serta pada penyerahan itu termasuk Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub, AJK PAS Pusat, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi, Dr. Dzulkifli Ahmad serta Dr. Lo' Lo' Ghazali.
Memorandum serupa turut diserahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diwakili Naib Presidennya Mustafa Kamil Ayub, R.Sivarasa Rasiah dan disertai Pengarah Strategik Tian Chua, Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin. Manakala memorandum dari Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) diserahkan oleh Setiausaha Agungnya, Mohd Azmi Abdul Hamid.
Lebih 200 warga perihatin turut berhimpun menyatakan bantahan di hadapan bangunan kedutaan tersebut dengan membawa sepanduk bantahan dan poster mengecam tindakan biadab rejim Zionis Israel. Penyerahan hari ini ekoran serangan berdarah tentera rejim Zionis Israel terhadap kapal Konvoi Bantuan Antarabangsa ke Gaza pagi semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 20 orang sukarelawan yang menyertainya.
Memorandum itu juga turut mendesak Amerika supaya memaksa sekutu kuat mereka Israel meletakkan senjata dari terus meratah nyawa dan darah umat Islam Palestin. Nasharuddin sewaktu bercakap kepada media mengecam sikap Amerika yang dilihat merestui tindakan Israel apabila hanya diam membisu biarpun askar-askar sekutu mereka itu melakukan pembunuhan kejam terhadap peserta konvoi tersebut. Selain itu Israel dan Amerika, kerajaan Mesir juga ujar Nasharuddin, perlu dikutuk oleh seluruh negara di dunia ini kerana menjadi penyebab bantuan terpaksa diserah melalui jalan laut setelah negara itu menutup laluan darat di sempadan Rafah.
Sebagai tanda bantahan, Malaysia digesa memutuskan hubungan dengan Mesir serta-merta demi nyawa dan darah rakyat Palestin serta aktivis yang menjadi mangsa serangan tentera Israel.
"Kita mahu kerajaan Malaysia menyatakan sikap dan pendirian dan memberikan tekanan kepada kerajaan Mesir yang merupakan penyebab utama kegagalan masuknya barang-barang bantuan ke Gasa setelah sempadan Rafah ditutup oleh Mesir," katanya. Selain itu juga kerajaan Malaysia perlu proaktif menggesa Persidangan Negara-negara Islam (OIC) dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) agar segera bersidang.
Sementara itu lebih 50 ahli Pemuda Barisan Nasional berkumpul di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Jalan Dungun, Kuala Lumpur menyatakan kemarahan mereka. Mereka juga memijak sebelum membakar bendera Israel sebelum menyerahkan memorandum yang mengecam tindakan Yahudi itu kepada penyelaras PBB di Malaysia, Kamal Malholtra.
Pada serangan ke atas kapal Mavi Marmara yang turut membawa 12 rakyat Malaysia pagi semalam, sekurang-kurangnya 20 aktivitis pro Palestin dibunuh manakala puluhan lagi cedera.
Kapal itu dan penumpangnya yang ditawan itu kemudiannya dibawa ke Haifa untuk dipenjarakan.
Sementara itu AFP yang memetik laporan radio awam Israel hari ini melaporkan sekurang-kurangnya 480 aktivis pro-palestin ditawan dan dihumban ke penjara Ashdod di selatan Israel.
Ini adalah petikan berita! Baca ulasan beliau dibawah.
1. Saya masih menanti dan menunggu pendirian DAP dan PKR berhubung isu Palestin - Israel ini. Pendirian "keadilan" mereka dalam hal ini masih samar dan berpura-pura.
2. Jika isu Judi Bola Sepak sangat riuh diperkatakan oleh DAP, mengapa dalam isu keganasan Israel terhadap umat Islam Palestin parti tersebut berdiam diri? Kononnya DAP memperjuangkan keadilan sejagat, tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Ke mana perginya semua prinsip itu?
3. PAS telah salah memilih kawan dalam perjuangan. DAP tidak sedikit pun bersimpati dengan rakyat Palestin - jauh sekali untuk memberikan bantuan. Tetapi - inilah kawan karip PAS, yang sangat dipercayai.
4. PAS harus segera sedar dengan tipu-muslihat DAP. Segera berdakwah kepada ahli-ahli DAP agar mereka masuk Islam dan bukan masuk sayap baru PAS. Islamkan segera ahli-ahli DAP, jika tidak, PAS hanya menunggu bencana!
5. Sangat jelas dalam isu Palestin - Israel ini, PAS bersendirian! Hanya UMNO sahaja yang begitu komited menghentam rejim Ziones. Seharusnya dalam keadaan sekarang - PAS sudah boleh membaca dan menilai, siapakah kawan dan siapa pula musuh dalam lipatan. Jika PAS gagal menghidu masalah ini dan masih bertegas untuk mempercayai Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang - maka lupakan sahaja negara Islam yang tuan-tuan perjuangkan selama ini. Wallahualam.
Dari Blog Azli Shukri
MctHeory:
Bersetuju dengan ulasan Azli, Pas yang terhegeh-hegeh lebih. PKR dan DAP hanya berlakon aje lebih.
Kempen Selamatkan Kedah!!
Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!
Rabu, 9 Jun 2010
ISU PALESTIN APA PENDIRIAN DAP!
Kempen Selamatkan Kedah!!
Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!
Popular Posts
-
Siapa Exco kita yang cute ni?? Nama beliau YB Nor Sabrina Mohd Nor, ADUN Bandar Baharu, Kulim. Beliau juga dilantik sebagai EXCO Keraja...
-
Mesti Nurul Izzah termalu kan? Tu la, lain kali jangan suka memfitnah orang. Lebih banyak penipuan, cybertoorpers, jentera d...
-
Taktau pula MB kita ni ada bakat terpendam? Ceritanya macam ni, pakcik dalam gambar kat atas ni nak bayar nazar. Dulu pakcik ni nazar s...
-
Video kat bawah ni memang menunjukan Anwar Ibrahim manusia yang tak berapa waras. Sebelum mengundi dah istihar menang. Lepas kalah pun di...
-
Siapa si Botak ni sebenarnya?? Mamat melayu yang tak rasis ni rupanya... Siapa dia disebalik CEO Air Asia X? Apa perangai seben...
-
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan senarai anggota jemaah menterinya, yang disifatkannya sebagai “kabinet berimb...
-
Alhamdulillah..berakhir sudah majlis mengangkat sumpah bagi Exco2 Kerajaan Negeri Kedah bagi penggal 2013-2014 di Balai Penghadapan Ista...
-
Mengikut maklumat terkini yang Mc dapat tentang kesihatan bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak dilaporkan beransur bai...
-
Ustaz Azizan dalam ICU Kisah benar yang Mc petik dari blog Sanusi Setpol Ustaz Azizan Mantan Menteri Besar Kedah. Walaupun Mc dan Sanus...
-
Ish.. dah lama tak sentuh pasal masalah dalaman Pas Kedah ni. Semua orang tahu, sekarang ni Mahfuz Omar dilantik sebagai Pesuruhjaya Pas ...
Arkib Blog
-
▼
2010
(1058)
-
▼
Jun
(64)
- SIFAT TERSOHOR ANWAR! BILA BUAT SALAH TAK NAK MENG...
- NIK AZIZ SINDIR ULAMA UMNO!
- KANDANG BABI MEGA SELANGOR TETAP DITERUSKAN!
- ANJING UPAHAN ANWAR SUDAH KENA HENTAM! HE HE
- KENANGAN: TUN DR MAHATHIR HENTAM ANWAR!
- KENAPA TUN DR MAHATHIR TOLAK HUKUM HUDUD PAS?!
- UMNO TIPU ULAMA? SIAPA YANG TIPU SIAPA NI?
- GOSTAN: KALIMAH ALLAH HAK KRISTIAN - ANWAR IBRAHIM...
- UMNO KELANTAN DEKATI ULAMA MUDA!
- HARAMKAN KARTUN ZUNAR! JIJIK DAN HINA!
- BENARKAH JUDI HAK BUKAN ISLAM?! - DR. RIDHUAN TEE
- AZMIN TERAJU PKR SELANGOR GANTI KHALID!
- KISAH SEBENAR TANAH KTMB DI SINGAPURA!
- TAKUTKAH UMNO KEPADA PAS?!
- ANWAR KINI MEMINTA BELAS EHSAN YAHUDI DI WASHINGTO...
- LAGI ULAMA DIJANGKA MASUK UMNO DALAM TEMPOH TERDEK...
- SIAPA SEBENARNYA NIK AZIZ DAN HADI AWANG?
- DR ASRI SERAH BORANG UMNO KEPADA PRESIDEN UMNO! BE...
- CERITA KERAJAAN SELANGOR SEKARANG!
- MENGAPA KITA PERLU MENCARI MAKANAN YANG HALAL?
- LOGO HALAL? YANG MANA BOLEH DIPERCAYAI?
- LETAK JAWATAN! SATIM DI TAWAR DUA JUTA?
- ULAMAK KASI PAS TINGGAL PAPAN TANDA SAHAJA!
- NIK AZIZ BERFAHAMAN WAHABI? DIPANGGIL PENYESAT!
- DISEBALIK KERUGIAN SIME DARBY!
- KERAJAAN NAK TANGKAP PENGANAS, KENAPA PAS YANG MEN...
- CHEE KEONG KASI PENAMPAR PADA LO' LO DAN KHALID GE...
- Islam tulen dan UMNO - Dr.MAZA
- KETIKA UMNO SELANGOR MASIH MERANGKAK, PAKATAN SUDA...
- PAKATAN RAKYAT PASTI AKAN MENANG PRU JIKA?.....
- ANWAR MAIN SESUMPAH LAGI! ANTARA JUDI DAN DUA JUTA...
- DUIT CERAMAH PAS DISALURKAN KEMANA AGAKNYA?
- KERAJAAN KELANTAN LANTIK TIMBALAN EXCO? FREE KE BE...
- GEMPAR!! NYAWA PENDUDUK TAMAN MEDAN DALAM BAHAYA!
- FIESTA KELANTAN: UMNO DERHAKA PADA PEMANGKU SULTAN...
- Nik Aziz Minta DS Najib Beri Notis 3 Bulan Sebelum...
- DISEBALIK PAS-RAEL SABOTAJ FIESTA KELANTAN!
- SIRI GAY DI MALAYSIA MENYOKONG ANWAR DAN PKR!
- USTAZ PAS USTAZ MEE SEGERA!
- ANWAR, GAY DAN LESBIAN MALAYSIA TUNTUT HAK KEBEBAS...
- 'THE MAKING OF' PERHIMPUNAN PALING TADAH DAP DAN P...
- ISU RUMAH HIJAU MAK MAIDIN: BUKTI KERAJAAN NEGERI ...
- CERAMAH MAHFUZ DI TAMAN MEDAN, PETALING JAYA, DAHS...
- ISU JUDI? ANWAR BUKA PEKUNG SENDIRI!
- ANWAR MAIN SESUMPAH LAGI! ANTARA JUDI DAN DUA JUTA...
- BOIKOT OLDTOWN RASIS!
- KERAJAAN DAP PUPUSKAN PANTAI PELANCONGAN DI PULAU ...
- MISTERI: VIDEO SKANDAL SEKS ANWAR YANG MASIH MENJA...
- INIKAH SEMANGAT PERJUANGAN ISLAM PAS!
- MUKTAMAR PAS PENTAS LAWAK KONGKANG!
- SOKONGAN RAKYAT MALAYSIA KEPADA DS NAJIB MENINGKAT...
- KEKEJAMAN ISRAEL TERHADAP PALESTIN! MEMBUAT PENJAR...
- TERKINI: AHLI PARLIMEN UMNO DAN PAKATAN BERGADUH!
- ISU PALESTIN APA PENDIRIAN DAP!
- PAKATAN TERDESAK! HAPRAK PAKATAN GELISAH!
- Perlunya ‘Kongres’ menyatupadukan ummah
- DAP SEDANG MELINGKUPKAN MELAYU DI PULAU PINANG!
- MUKTAMAR PAS KE 56! YANG LEPAS PUN MASIH BERHUTANG...
- MERAJUK TIDAK DAPAT JADI MENTERI KJ MAHU KE GAZA!
- LEBAI PAS DITIPU LAGI!
- ANWAR ANTI ZIONIS? FAKTA ATAU AUTA?
- APA PENTINGNYA PAS KEPADA MELAYU?
- MELAYU SEMAKIN MENOLAK PAS!
- AKIBAT PEPECAHAN! ISLAM DITINDAS! JIHAD TERHADAP K...
-
▼
Jun
(64)


9.6.10
McTheory
Posted in:


1 Komen Pembaca:
Salam Mctheory,
Jelas, nyata dan terang ulasan empunya blog itu. Cume beberapa perkara yang saya fikirkan:
1. Pas hadir dgn Presiden, Tmbln Presiden dan orang-orang nya, kenapa kepala PKR tak hadir sama? takut amerika marah ke? atau saja nak tunjukkan kat DAP bahawa Pas ialah yes sir; lembu cucuk idung? atau alliwati takut kene gelar anti yahudi ke?....
2. Mana wakil DAPig?
Namun begitu, PAS telah dibutakan hati, ditutupkan mata... masih tak tau menilai mana takbir dan mana take beer...
Hampeh!!!
-Melayu Bangkit!!!-
Catat Ulasan