Ahad, 22 Ogos 2010

KETUA PENGARANG AKHBAR INDIA TERIMA UGUTAN BUNUH!


Ketua Pengarang harian Malaysia Nanban, M.S Maryanandy hari ini membuat laporan polis mendakwa beliau menerima ugutan bunuh daripada seorang individu yang tidak dikenali.

Maryanandy berkata beliau menerima panggilan ugutan itu daripada seorang pemuda India kira-kira pukul 9 malam tadi yang turut melemparkan kata-kata kesat kepadanya.

"Orang itu bercakap dalam bahasa Tamil mengugut akan bunuh saya dan akan menyerang pejabat akhbar Malaysia Nanban jika terus menulis berita-berita mengenai masalah kaum India," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul di sini, hari ini.

Maryanandy berkata pada malam semalam ketuanya, Shafee Zaman Sikandar Batcha, yang merupakan pengarah akhbar itu, turut menerima panggilan ugutan yang sama melalui telefon bimbitnya 10 minit lebih awal daripada panggilan ugutan yang diterima beliau. - Bernama

P/s: Akhbar ni banyak mendedahkan permasalah kaum india di Malaysia.

MctHeory:
Ayoyo.. tambhi.. jangan marah la, sampai bunuh-bunuh.. ayo yo kadawale..

2 ulasan:

C L J berkata...

Nampaknya semua pihak kena bersedia untuk menghadapi keganasan. Pihak pihak tertentu kini sudah jadi terlalu gasang (aggressive) dan pantang ditegor. Dah parah kita niiii....

Bingai @ Bangang berkata...

Orang Melayu masih lena lagi ke?

Aku Yang Bingai
Cina Mulakan Perdagangan Dengan Yuan Berbanding Ringgit di Tendang Terajang