Khamis, 12 Ogos 2010

PANAS! PAKATAN HARAM MERANCANG UNTUK LAGAKAN DS NAJIB DAN TS MUHYIDDIN!


Panas beb! Puak Pakatan Haram kini planning nak laga-lagakan Ds Najib dan Ts Muhyiddin. Mereka kata Ds Najib dan Ts Muhyiddin sekarang tengah tak sefahaman dan berlawan arus. Baca kenyataan pat lima ekor pencacai Pakatan Haram mengapi-apikan cerita ni,

Zaid Ibrahim berkata, walaupun Muhyiddin menjelaskan panjang lebar bahawa kedua-dua mereka mempunyai hubungan baik sehingga kini, memang wujud keretakan dalam gandingan Najib dan Muhyiddin. Malah kata beliau, keadaan itu sudah tentu akan memberi kesan besar kepada BN untuk mendapatkan balik sokongan dan memulihkan kedudukannya selepas prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke-12.

Itu baru Zaid Mabuk cakap, bukan Tony Puaka yang anti melayu ni pulak cakap.

“Mengapa timbalan perdana menteri kelihatan berbeza dalam memahami konsep 1 Malaysia? Ini kerana bagi beliau konsep 1 Malaysia sudah gagal,” katanya. Pua menambah, Muhyiddin cuba menafikan dakwaan keretakan antara beliau dan Najib kemungkinan kerana perdana menteri sudah tidak gembira dengan timbalannya.

Malah Ketua Pemuda Sosialis DAP Anthony Loke pun tambah cili lagi, nak menyampuk juga,

Dia kata tindakan Muhyiddin menunjukkan yang timbalan perdana menteri sudah bimbang dengan apa yang diperkatakan oleh rakyat mengenai dirinya. “Beliau mula bimbang dengan tanggapan tentang diri beliau, tentang tindakan-tindakannya. “Jika tiada masalah mengapa hendak membuat penjelasan,”.

Sesudah pencacai Pakatan Haram buat kenyataan, maka muncullah hero paling terer dalam Pakatan iaitu Mahfuz Omar. Serba pandai, serba bijak.

Mahfuz Omar kata tindakan Muhyiddin tidak mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritik menunjukkan sikap ‘membelakangi’ kepimpinan negara. “Muhyiddin seharusnya telah mempertahankan konsep 1 Malaysia apabila Dr Mahathir mengkritiknya berbanding bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh bekas perdana menteri. “Orang boleh melihat bahawa dengan menyokong Dr Mahathir dan bukannya mempertahankan Najib, konsep 1 Malaysia sebenarnya telah gagal,” - sumber Kedahlanie.blogspot

Ini semua kenyataan terdesak yang diajar hidup untuk terus berbohong. Semua muka-muka yang buat kenyataan tu, semuanya muka terdesak dan IQnya pun hanya setaraf dengan kambing kat belakang rumah. Setahu Mc, Ts Muhyiddin dalam sejarah politiknya, beliau tidak pernah belot kepada ketuanya. Malah jalan politiknya bersih dan kemas. Bodek pun takdak, rasuah pun takdak, belot pun takdak. Cuma masa zaman Tun Lah Bodowi je beliau menentang keras suruh Pak Lah turun, sebab beliau sayangkan UMNO dan tidak mahu melihat UMNO rebah sebab Pak Lah.

Disebabkan beliau bersependapat dengan Tun Dr Mahathir (dalam isu Pak Lah), beliau dilihat sebagai pro-Mahathir dalam UMNO. Sebenarnya bukan beliau saja yang pro (sayangkan) Mahathir, ramai ahli UMNO yang masih mengharap Tun Dr Mahathir membantu UMNO terutamanya Ds Najib dalam memerintah negara dan menjaga keharmonian parti. Sebenarnya takdak isu pro-Mahathir ni, puak Pakatan Haram saja yang wujudkan isu bodoh macam ni.

Semasa beliau dilantik oleh Ds Najib sebagai TPM, beliau bersumpah dan berjanji akan taat setia kepada Ds Najib dan membantu beliau dimasa susah dan senang. Menjadi timbalan yang setia. Malah beliau sekali lagi mengulangi kata-kata setianya semasa ditemubual semalam, nak baca klik sini.

Soo.. tak payah la beruk pencacai Pakatan nak racun dan api lagi isu ni. Carilah isu lain pulak nak buat modal. Isu ni tak best la.. atau korang dah takde isu lain nak spin?

MctHeory:
Bosan betul dengan puak Pakatan ni.. bosan!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Yang cakap tu zaib ibrahim atau botol jack daniels?