Apa dah jadi pada BN menang Kedah senang? ishh laa.. |
Kisah UMNO Kedah yang berantakan dan ditegur berkali-kali oleh Dato' Najib membawa makna apa kepada kita? Ketua-ketua bahagian di Kedah seperti tak tercubit, terpanas atau terangkat punggong pun. Sebab apa gamaknya?
Pertama sebab kalau Dato Najib kata UMNO Kedah, secara langsung pergi kepada Datuk Shafie Afdal. Mana ada Ketua di dalam Kedah kecuali Pengerusi Badan Perhubungan negeri. Padahal dalam minda masing-masing faham bahawa perlantikan Datuk Shafie itu adalah kerana memudahkan UMNO Pusat melakukan kawalan dan arahan kepada UMNO Kedah.
Tetapi perlu diingat. Faktor perlantikan di atas adalah faktor yang berkata lembut atau isyarat lembut tetapi jelas. UMNO Kedah tidak mempunyai calon-calon yang layak sebabnya Ketua-Ketua Bahagian mereka semuanya bermasalah dan sebahagian besar rakyat dah tak hendak tetapi ahli-ahli yang memilih mereka hendakkan atas sebab not-not yang bernilai.
Tak payah untuk kita senaraikan Ketua-ketua Bahagian ini. Siapa yang layak? Adakah selama ini wujud satu suara di kalangan mereka yang menyeru untuk bersatu dan berjuang untuk membelasah PAS? Adakah selama ini seruan dan bantuan yang Dato Najib minta pada mereka dilayan? Tidak sama sekali.
Jadi mengapa mereka tidak pernah mahu bersuara sebagai satu pasukan?
Sebabnya, masalah demi masalah dalaman yang media dan Dato Najib bangkitkan bagi mereka adalah satu pernyataan selamat dan bela diri terhadap kesemua mereka sebagai 15 Ketua Bahagian mengapa UMNO kalah dan Kerajaan Negeri bertukar tangan.
Rakyat tak perlu bertanya banyak sebab satu Kedah bermasalah. Dalaman mereka punyai masalah-masalah ahli dan ahli-ahli yang tak puas hati inilah yang mengundi parti lain. Jadi mereka punyai sebab mengapa UMNO kalah. Sedangkan hakikat selama mereka berkuasa, rakyat melihat bagaimana mereka mewah, elit, memilih waktu untuk bersuara dan melawat kawasan dan berlagak itu, mereka tolak ke tepi.
Bila sudah bertukar kuasa, peranan sebagai pembangkang kelam di atas 3 faktor. Petama, kerana tidak tahu menjadi pembangkang. Kedua, kerana pembangkang yang menjadi pemerintah mempunyai bukti-bukti kerja melampaui batas dan ketiga, masalah dalaman.
Ada seorang rakan berkata, barisan kepimpinan yang diketuai oleh Mahadir Khalid sehingga kini adalah kebal dan Maha Berkuasa. Benarkah? Hanya Allah Yang Maha Berkuasa. Bukan wang atau manusia yang berkuasa.
Benarkah UMNO Kedah sudah ketandusan pemimpin? Siapakah yang memegang jawatan Ketua Bahagian? Jumlahnya berapa orang dibanding ahli-ahli UMNO satu Kedah?
Hairan kerana dalam kesemua Ketua Bahagian, seorang pun tak berketrampilan untuk menjadi Ketua di kalangan Ketua. Itu baru nak memimpin negeri bukan negara lagi.
Harapan untuk melihat UMNO Kedah kembali garang mungkin sukar. Sebabnya mereka tidak langsung mempunyai satu matlamat yang sama dalam erti kata sebenarnya. Mereka hanya punyai matlamat untuk kekal sebagai pemimpin walaupun diterima atau ditolak rakyat.
Pengertian yang cukup mudah. UMNO Kedah kena ditukar. Pemilihan perlu diadakan kerana bila tertukarnya keseluruhan kepimpinan maka barulah rakyat Kedah terutamanya ahli-ahli UMNO akan kembali yakin bahawa UMNO Kedah akan memenangi PRU13. Jika tidak, keadaan akan sama seperti hari ini.
Mereka tidak pernah menampilkan diri mengutamakan rakyat tetapi lebih kepada mengutamakan diri dan kroni. Syok sendiri dan yakin dengan kemampuan wang yang ada, satu Kedah boleh ditutup mulut.
Jika mereka layak untuk dikekalkan, jawap dahulu soalan ini. Apakah yang mereka telah lakukan supaya UMNO Kedah terus kuat sejak PRU12 sehingga kini? Jika tiada jawapan maka lebih baik kita bersedia untuk melihat Kedah terus pasif seperti sekarang.
Sumber Kedah Times
MctHeory:
Kenapa la UMNO Kedah tak mahu berubah? Buat la sesuatu, jangan sampai Kedah jadi Kelantan. Bila dah jadi macam Kelantan, amat susah nak 'tawan' balik. adehh..
4 ulasan:
Semuanya bermula di zaman Tun Dollah apabila mereka dah tak hormat kepada Negarawan Malaysia Tun Dr. Mahathir....
La nie pulak..masing2 dok lobi dah nak jadi MP..!!dok pakat2 dah..dengan kroni2..abih macam mana..tepuk dada tanya selera..!!sedaq la..wahai pak lawak pak lawak semua...!!
tuan...UMNO Kedah ni patut dh lama dibuat pemilihan baru. yg sedia ada skrg ni semuanya dh 'OBSOLETE' dh. tak boleh pakai lg bak besi karat lg reput sbb dok sibuk kira poket dan dok mimpi indah lg. serabai sungguh.
A'kum...bro...spt yg di ketahui...BN di Kedah khas nya UMNO masih lagi lena d buai mimpi...mereka merasakan mereka masih memerintah dan PR kekal sebagai pembangkang...tak banyak yang dilakukan olih Umno Kedah...tak banyak isu yang dimainkan sedangkan PR sentiasa membuat ceramah dan sebagainya...tapi malang bagi Umno...jika berkeadaan begini nescaya PR akan kekal dalam pilihan raya akan datang...
Catat Ulasan