Jumaat, 17 September 2010

APABILA ANWAR MULA MERAPU MERABAN BERSAMA PENGIKUTNYA.


MENGIKUT Kamus Dewan, ‘merepek’ bermaksud ‘bercakap terus-menerus dan yang bukan-bukan’ atau ‘meracau’. Sementera perkataan ‘meraban’ bermaksud ‘bercakap dalam bahasa yang bercampur aduk’, ‘mengigau’ yang sama juga maksudnya dengan ‘merepek’. Menakala perkataan ‘teben’ itu pula menggambar kehebatannya. Bila di sebut ‘meraban teben’, bermaksud tersangatlah hebat atau kuat sasaunya.

Perkataan ini penulis gunakan bagi menggambarkan apa yang sedang berlaku dalam Parti Kedailan Rakyat (PKR) menjelang pemilihan pucuk pimpinan parti itu November ini. Oleh kerana pemimpin agung mereka merepek, maka para ahli yang dibawah pun meraban teben. Berkecamuk atau kalut.

Apa tidaknya, ketika para ahli bawahan berura-ura mahu mencalonkan Sheikh Anwar Ibrahim sebagai Presiden parti, siang-siang idola yang menyesatkan mereka itu membuat kenyataan akan menolak pencalonannya ke jawatan nombor satu itu. Kenapa dan mengapa menimbulkan pelbagai persepsi.

Anehnya, dalam pada itu perkhabaran dari PKR Perak mengatakan bahawa kesemua cabang PKR di negeri itu tetap akan mencalonkan Anwar sebagai Presiden. Selain dari Perak ada banyak lagi cabang akan bertindak serupa. Tak tahulah sama ada betul atau tidak. Kata-kata mereka tu bukannya boleh dipakai sangat.

Justeru. Atas dasar inilah keadaan mereka dalam PKR sekarang berada di tahap meraban kerana idola yang disanjung tinggi merepek.

Kesian ahli-ahli PKR yang berada di bawah. Mereka tersepit dengan kenyataan Anwar yang jelas merepek. Pada satu ketika dia kata PKR telah menyediakan saluran demokrasi yang terbaik. Tetapi pada ketika lain dia melarang ahli-ahli mencalonkannya sebagai Presiden. Mana satu yang mereka nak ikut?

Kalau ikutkan demokrasi, mereka bebas mencalonkan tokoh mereka ke jawatan nombor satu parti. Tapi bila ikutkan naluri kecintaan dan ketatan membabi-buta mereka terhadap Anwar, demokrasi itu tidak boleh diguna-pakai pulak. Fenin.... fenin....

Selain itu, para pemimpin bawahan yang ada otak sedikit mahukan supaya Anwar jadi Presiden, sementara Wan Azizah beralah dengan menjadi timbalan. Kepada mereka, jika itu berjaya dilakukan maka krisis kerana perebutan jawatan nombor dua antara Azmin dan Zaid Ibrahim dapat dielakkan. Apabila Anwar tak mahu dan Wan Azizah pula tidak memberikan sebarang komen mengenainya, maka merabanlah mereka.

Ayat biasa Anwar yang mengatakan: "Saya tidak berhasrat untuk memegang apa-apa jawatan dalam parti buat masa ini atas beberapa pertimbangan yang saya fikir baik untuk parti, namun saya menyerahkan kepada budibicara ahli untuk mencalonkan sesiapa yang mereka hasratkan bagi memimpin parti.”

Silat ini juga membuatkan orang bawahan tambah keliru. Dia kata dia tak mahukan sebarang jawatan dalam parti atas beberapa pertimbangan mengikut apa yang dia fikirkan tetapi, dihujungnya dia menyerahkan pula perkara itu kepada budibicara ahli untuk mencalonkan sesiapa yang mereka hasratkan. Mana satu nak ikut?

Persoalannya, apakah Anwar takut untuk menentang Wan Azizah atau Wan Azizah memang tidak mahu berganjak daripada kedudukannya sekarang. Dia tak mahu bagi muka kepada anak emas Anwar – Azmin Ali, bermaharajalela dalam parti.

Adalah tidak pernah dibuat orang dalam mana-mana organisasi politik, suami jadi presiden parti sementara isterinya menjadi timbalan. Nak buat salah tak buat pun salah. Takkan Anwar nak duduk di kerusi nombor dua pulak. Maka terkedulah Anwar dengan permainannya sendiri.

Sebagai seorang manusia yang bersifat ‘talam banyak muka’ sudah tentu Anwar Ibrahim berkata lain kepada Wan Azizah dan lain pulak kepada Azmin. Dengan Wan Azizah begitu dan dengan Azmin begini.

Mahu tak mahu, terpaksalah Azmin Ali membuat keputusan sendiri. Biar dia sahaja yang duduk di kerusi nombor dua itu. Macam mana dia pujuk Syed Husin supaya berundur adalah soal lain. Yang penting pemilihan kali ini menyaksikan ada kekosongan di kerusi timbalan.

Semua ahli-ahli PKR tahu Wan Azizah tak berapa berkenan dengan Azmin. Kalau boleh dia mahu insan kesayangan suaminya itu dinyahkan saja dari PKR. Kalau dahulu ada Ezam untuk Wan Azizah mengadu hal, kini nampaknya Zaid saja yang boleh beliau rundingi. Maka berentapkan Azmin dengan Zaid, walaupun bekas menteri UMNO yang tak berapa betul itu dianggap baru dalam PKR. Kalau dah tak ada rotan, maka akar pun berguna.

Kesimpulannya, kekalutan yang berlaku dalam PKR menjelang pemilihan kali ini berpunca daripada pendirian berbeza antara Anwar dan Wan Azizah. Ianya jadi bertambah rumit apabila Azmin Ali mencelah mengambil kesempatan sebagai hero penyelamat Anwar. Segalanya memang benar-benar berlaku. Bukannya suatu permainan ciptaan Anwar sebagaimana yang desas-desuskan orang. Anwar dah lembek dan terkebil-kebil. Dah macam ‘slop kera’, kata orang utara.

Anwar telah cuba menyelamatkan krisis dinginnya dengan Wan Azizah melalui anak sulung mereka, tetapi nampaknya tak berapa jalan. Walaupun Wan Azizah nampak lembut, sebenarnya hatinya agak keras membatu.

Anwar tidak berani berkeras dengan Wan Azizah. Begitu juga dengan Azmin. Kedua-duanya adalah nadi yang masih ada baginya. Kalau mereka inipun cabut lari sebagaimana Ezam dan lain-lain, Anwar mampos.... Terlalu banyak rahsia yang tersimpan pada mereka.

Hakikatnya, kecelaruan inilah yang menyebabkan Anwar Ibrahim jadi merepek dan merebak pula kepada penyokong-penyokong. Mereka jadi keliru dan meraban teben....

Sumber Satu Melayu

MctHeory:
Dah lama puak-puak ni merapu. Mereka memang suka buat kerja bodoh-bodoh macam tu.

Tiada ulasan: