Selasa, 28 September 2010

GAMBAR KEKECOHAN OLEH BERUK-BERUK PKR!!

Dibawah adalah gambar-gambar dari keratan akhbar. Adakah ini yang dikatakan oleh Saifuddin 'orang luar'? Mc tak nampak macam orang, tapi macam beruk.

Sepertimana yang kita sedia maklum, Pemilihan PKR peringkat Cabang sedang berlangsung dan lebih separuh telah selesai. Dan kita dikejutkan dengan beberapa insiden yang amat memalukan apabila berlakunya kekecohan di beberapa PKR Cabang.

Sempat juga saya berborak dengan salah seorang AMK Cabang Gombak, Selangor sebentar tadi. Beliau memaklumkan bahawa mereka yang melakukan kekecohan itu bukan ahli PKR dan telah menjadi Ahli UMNO? Saya hanya membuat muka pelik.

Ianya mengesahkan bahawa PKR sememangnya tidak pernah mengaku kesilapan yang telah mereka lakukan. Semua yang buruk datangnya dari parti lawan walaupun berlaku di dalam parti sendiri. Mereka juga tidak pernah memikirkan punca kekecohan tersebut berlaku. Mudah sahaja. Apa yang buruk semuanya ditujukan ke parti lawan. Yang baik datang dari PKR.

Jika benar mereka telah menyertai UMNO, kenapa pula mereka dibenarkan untuk mengundi? Kenapa mereka dibenarkan berada di dalam perkarangan dewan. Saya pasti senarai nama ahli PKR telah dikemaskini sebelum Pemilihan PKR berlangsung? Kan?? Atau tidak??

Entahlah.. Inilah realiti politik kita. Kita seringkali memikirkan yang terbaik untuk parti yang kita dukung, tapi sebenarnya lebih kurang sama ja.. Tapi jika kesemua ahli PKR mempunyai pendirian dan pandangan seperti ahli AMK Cabang Gombak yang saya temui sebentar tadi, hancurlah PKR..

PANDANGAN ANDA?? SILA BERI PANDANGAN ANDA DENGAN MENGHANTAR KOMEN..

Sumber Gelombang Wangsa Maju

P/s: Gambar sudah dapat menceritakan segalanya.

MctHeory:
Apa akai puak-puak ni nak kelentong lagi agaknya??

1 ulasan:

JoN berkata...

Partai Kencing Rakyat bring you a greatest circus show on planet.. all kind wild animal will be present to "rakyat".. don't miss the show =)