Selasa, 13 Mei 2014

HOT!! Punca Mat Said Keluar UMNO di Dedahkan!! #KrisisBNTrganu


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said ketika dihubungi awal pagi ini mengesahkan beliau bersama ADUN Ajil Ghazali Taib mengisytihar keluar Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ahmad yang juga ADUN Kijal berkata beliau telah memohon kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menangguhkan pertukarannya selepas majlis perkahwinan anaknya pada 17 Mei ini.

"Saya sudah lama bekerja dengan Umno. Saya sudah beritahu PM bahawa anak saya kenduri saya kahwin pada 17 Mei dan tukar selesai selesai kenduri.

"PM kata itu soal peribadi. Jadi saya beritahu, kalau saya keluar (parti), jangan salahkan saya," katanya bagi menjawab soalan mengapa beliau bertindak keluar daripada Umno dan menjadi ADUN Bebas.

Ditanya mengapa mengheret soal perkahwinan anaknya sehingga berbuat demikian, Ahmad berkata:

"Saya ada prinsip. Anak saya nak kenduri, kalau boleh bagi kenduri selesai. Tapi jadi begini. Saya tidak ada masalah, saya boleh terima (pertukaran MB)," katanya.

Menurutnya lagi, Ahmad berkata beberapa ADUN lagi dijangka akan mengambil langkah yang sama sepertinya.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut jumlah dan siapa yang terlibat untuk berbuat demikian.

"Insya-Allah ada lagi," katanya ketika dihubungi sebentar tadi. - Mkini

P/s: Cerita ni tak berapa nak betul yang betuinya, boleh baca kat SINI


McTheory:
Kes anak nak kawin boleh jual parti dan negeri? Tapi siapa yang salah sebenarnya? hmm..

31 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Budak mar said bagi alasan bodoh anak nk kenduri....nnti sponsor tak masyuk....kata kan saja begitu.....kata kan la...kata kan la....

Tanpa Nama berkata...

Kita tenguk bila tiada kuasa, siapa kawan kita..................

Tanpa Nama berkata...

Mat said yg penting diri ?
Atau
Tok najib yg gelojoh ?

Padan muka hang toknajib oi

Tanpa Nama berkata...

Tok jib x sabar nak bg makan kt anjing2 belaan dia mcm pak lah bodowi dulu. Pakat nak sapu duit royalti. Ada mat said mgkn susah sikit. Ada balaci anjing suruhan mcm idris senang cerita. Atas nama projek, buat jalanraya dlm hutan pun jadi. Janji poket masyuk

Sbg ahli umno aku rasa x gamakg tp pg ni. Aku nak gelak puas2 kt tok jib. Bodoh !!!

AnaQarbana berkata...

Najib gelojoh dan pentingkan kroni....UMNO yang rugi......tiga negeri diperintah oleh pembangkang....ataupun kerajaan pusat juga akan tergugat jika ahli parlimen terengganu yang akan ikut jejak Md Said.....yang bersimpati dengannya...

Tanpa Nama berkata...

Elok lah mat said berambos...
ada kuasa kawan..
tak ada kuasa lawan..keluar parti...
umno tak perlukan manusia mcm ni...
sila berambos...

Tanpa Nama berkata...

Sila berambos masuk pkr...
parti samseng rakyat...
baru pemilihan parti dah mcm perang dunia..

Tanpa Nama berkata...

Najib memang bangang. Bye2 tganu. Hahaha

Tanpa Nama berkata...

najib mungkin patut buang punaisihat-punaisihat die tu dlu...puihhh

Tanpa Nama berkata...

Kalau perjuangan IKHLAS DEMI ALLAH ! Dimana jua kita samada PEMIMPIN atau RAKYAT , ALLAH tetap SATU .....Berjuanglah MENEGAKKAN AGAMA , BANGSA dan TANAHAIR........

Tanpa Nama berkata...

Jadi pemimpin ni kena ada kebijaksanaan sendiri jangan jadi tukang rasmi saja semua hal serah kat penasihat....agaknya inilah jadinya.

Tanpa Nama berkata...

Pd aku tindakan DSN mmg tak berhemah, samada BN bakal hilang kuasa atau pilihanraya DUN baru, itu je yg aku nampak skrg.

Tanpa Nama berkata...

Biaq pi la lpas anak kawen tukar la...bila dia masih MB maka jemputan kahwin ke istana mesti dah dibuat..banyak jentera2 kerajaan akan turun bantu kenduri sebab akan ada kehadiran pihak istana...bila dah tak jadi MB habis lari la plan dia...xkan tu pun najib xleh faham...ku nan ngan raof yang bertanggungjawab.

Tanpa Nama berkata...

Patutlah serang Pakatan kemain. Dalam parti porak peranda. Ini lagi dahasyat dari ciptaan pergaduhan pemilihan pkr.


Pengundi muda boleh lihat betapa kuasa, kemewahan dan kesombongan yang timbul dari barisan ni.

Patutlah hari tu siap tahan lori gardenia kasi orang makan. Dah terdesak nak buat baik. Terdedah satu lagi cerita.

Kesian pun ada gak. Kawan pun nak merasa kenduri mewah macam kat Melaka juge.

Kalaupun Najib kasi peluang balik, rasanya MB ni takkan menambahkan ketebalan mukanya menerima tawaran Najib.

Percayalah mungkin Pakatan susah nak jatuhkan barisn.


Tapi barisana akan jatuh dengan sendirinya bersama sestengah pengikut yang gilanyer menyokong tapi tak sedar perangai pemimpin mereka.

Tanpa Nama berkata...

Sebab terminate Mat Said kerana gagal mengekalkan majority 2/3 PRU 13. Siapa pulak nak hukum najib kerana gagal kekalkan 2/3 majoriti Pusat.

zailan berkata...

Aku hilang percaya dgn politik melayu keluar pati. Ali Rostam, Rahim tambychik yg ke caya dgn pergikut2 tak keluar pati pun. Hanya politik BANGSA sahaja bertindak balas seperti mat said

brotherhood berkata...

najib patut letak jawatan. kenapa nak usik trengganu yg memang dah dlm genggaman bn. najib ni mamai . najib tak fit to sit kerusi pm. najib dengar cakap rosmah cakap bini dan punahsihat nya. najib lebih teruk dr pak lah. nak ukur kekuatan orang..ukur kekuatan diri sendiri.. masih ku ingat..@ saya presiden umno..saya org melayu..takkan saya nak rosakkan bangsa melayu' pokewak kau lah najib… ko lah perosak.. ko patut lucut jawatan ..sebelum malaysia ini jahanam.. syabas mat said.. kalau kena kat diri hanagpa mcm mana? toksah la takde hal buat hal.. apa ke jadahnya nak diusik trenganu yang takde apa masalah dr segi pegangan negeri bn.. najib lu kena jahanam.. baru malaysia ok

Tanpa Nama berkata...

Bkn kira ma said berambus• tp pr yg dpt trgnu padan muka najib elok bawah bn buat taik . xde akai ikut penasihat yg memecahkan lg parti.mat said leh ckp dr aku xdpt baik mu pun x dopat hihihi.kalah kalah bkn menang menang.

Tanpa Nama berkata...

Mmgla najib yg patut undur sbb menang tipis . prestasi rendah duit byk habis tp bn ttp x dpt 2/3 .undi popularpn pr lg byk.bodooh najib ni org bwh jg dia,dia buang . skang xkan nk jilat ludah. G jilat penasihat bodoh ko tu .1 negeri bakal hilang sblm pru

Tanpa Nama berkata...

http://tranungkite.net/v10/modules.php?name=News&file=article&sid=7351

Ini punca sebenar.wahai rakyat jelata. biar yang ada mata dapat melihat kebenaran

Tanpa Nama berkata...

ini hadiah perpisaha bukannya pembaziran. bukankah dengan duit gitu bagi yang miskin dan daif lebih berbakti?
http://www.sinarharian.com.my/nasional/kos-ke-antartika-cecah-rm800-000-1.261098

Tanpa Nama berkata...

Pening aku baco ayt mu ni. Bm fail ko?

Tanpa Nama berkata...

Itu le reformasi namanya.dulu ajar pengikut buat.la ni?

Tanpa Nama berkata...

Baguslah letak jawatan sebelum majlis kahwin anak..kalo x nnt x abis2 ada yg memekak MB membazir duit rakyat kahwinkan anak..

Tanpa Nama berkata...

Kenduri nanti makang kepok losong je ..

Unknown berkata...

Tak puas2 lg ke kaut harta rakyat.....nak kaya tahap apa lg ko ni ....tahap si karun zaman firaun tu ker

Tanpa Nama berkata...

Walau siapa pun mat said... Dia adalah hang jebat.... Sanggup keluar parti bila tak puas hati tapi yang lain tetap angguk kepala.walaupun tak puas hati

Tanpa Nama berkata...

Banyak lagilah rakyat kena tanggung bayaran pujuk adun yang letak jawatan. Minyak pasti.naik lagi.

Tanpa Nama berkata...

Dun trg mungkin bubar.... Kalau boleh sekali dengan parlimen. Pakat sama sama pergi cari MH 370. Baru nampak hebat MALAYSIA BOLEH

Tanpa Nama berkata...

Mana ada ikhlas... Cuba Jawatan PM tak ada gaji macam tok guru ajar ngaji confirm tak ada ahli dalam UMNO.

Tanpa Nama berkata...

Di negara barat Pemimpin dipilih oleh rakyat untuk berkhidmat kepada rakyat tetapi di Malaysia pemimpin dipilih oleh rakyat untuk menyiksa rakyat. Kan unik demokrasi ala Malaysia.