Selasa, 28 September 2010

LAGI REMAJA DI TANGKAP KHALWAT DI KEDAH!!! Rosak akhlak remaja sekarang!!

Lari pada politik sat naa.. Kita tengok akhlak budak-budak zaman sekarang. Makin lama makin teruk. Kena tangkap pat lima kali pun jadi benda yang sama jugak. Apa nak jadi ni??? Nak salah mak bapak? Umoq dah besaq, bulu pun dah tumbuh habih. Otak takdak ka?

KULIM - Dua beradik berusia 21 dan 23 tahun ditangkap di sebuah rumah teres satu tingkat sekitar jam 11.30 malam di Taman Selasih kerana bersekedudukan dengan seorang lelaki berusia 25tahun dipercayai teman lelaki kepada kakaknya.


Jurucakap Pejabat Agama Daerah Kulim Kedah (PADK) berkata, mereka menerima maklumat daripada orang ramai sekitar jam 10.30 malam dan melakukan pemantauan di sekitar kawasan rumah berkenaan sebelum membuat serbuan.


"Ketika sampai di rumah pasangan terlibat, PADK menemui dua motosikal terletak di bahagian luar rumah teres di Taman Selasih. Hasil pemantauan, mendapati kesemua pasangan tidur di ruang tamu.


"Pasangan lelaki yang menyedari kehadiran PADK mengintai dari tingkap dan cuba melarikan diri melalui pintu belakang rumah tetapi gagal berbuat demikian kerana rumah mereka sudah dikepung. Pasangan lelaki terbabit kemudiannya masuk ke bilik hadapan dan berpura-pura tidur.


"PADK terpaksa menunggu kira-kira 10 minit sebelum pintu rumah dibuka untuk membolehkan kami membuat pemeriksaan,” katanya.


Menurutnya, hasil pemeriksaan awal dijalankan kesemua pasangan terlibat iaitu lelaki berusia 25 tahun dan kekasihnya berusia 23 tahun pernah ditangkap dan disiasat di bawah Seksyen 9 (khalwat) sebelum ini oleh PADK dan sedang menunggu untuk didakwa di mahkamah. Mereka kemudiannya dibawa ke Balai Polis Kulim untuk membuat laporan.


Pasangan itu pernah ditahan lokap sebelum ini atas kesalahan sama tetapi masih tidak serik melakukan maksiat. Daripada maklumat jiran berdekatan, pasangan lelaki sering datang ke rumah kekasihnya dan mereka berlakon seperti suami isteri untuk memperdaya penduduk di sekitar kawasan itu.


“Hasil siasatan dijalankan PADK, pasangan terbabit tidak mempunyai hubungan mahram. Selain itu, lelaki berkenaan tidak mempunyai pekerjaan tetap, manakala kekasihnya bekerja di kaunter menjual tiket bas di sini.


Mereka yang terlibat akan disiasat di bawah Seksyen 9 (2) (3) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kedah 1988. Jika sabit kesalahan mereka boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya sekali.


"Pendakwaan terhadap mereka akan dibuat satu persatu. Kesemua pasangan terlibat kemudiannya dibebaskan setelah waris diarahkan membayar ikat jamin RM1,000 setiap seorang. Mereka akan diarahkan untuk hadir ke Mahkamah Syariah Rendah Kulim dalam masa terdekat untuk tujuan pendakwaan terhadap kesalahan yang mereka lakukan. Sekiranya gagal berbuat demikian, waran tangkap akan dikeluarkan kepada mereka,” katanya. - Sinar


Sepatutnya tindakan undang-undang bagi kesalahan yang diulang untuk kali kedua, kena lebih keras lagi. Kalau tak, beruk-beruk maksiat ni takkan sedar diri. Orang macam depa ni, tak takut Allah tapi takut denda. aduhh laa..

P/s: puak parti bulan kat Kedah takdak usaha ka?? Takkan nak tengok saja??

MctHeory:
Pas sebuk berkempen dengan ceramah, mana sempat nak jaga moral rakyat!!

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

are you sure kat kedah? kat border dah masuk belah perlis kot..! kedah mana ada semua ni.. kedah kan negeri islam pas, lebih kurang macam islam pas kelantan la.. mana ada semua yang tak elok nih.. molek sokmo!

mokmek

Tanpa Nama berkata...

Kulim bang.. mesti la kedah hehe.. sejak bila kulim kena jajah negeri lain?? hehe

Tanpa Nama berkata...

tu silapnya orang yang menguatkuasa undang-undang kat negeri mana-mana pun, sepatut mandatori, tangkap, nikahkan je habis satu masalah, nak masuk mahkamah ke apa ke tu kemudian punya pasal, yang penting nikah....

kalau dah nikah takde problem kena tangkap kali ke dua. kalau mengandung pun dah tau bapak budak tu.

ni kalau masuk mahkamah kena penjara tak tentu dia bertobat, kalau kena nikah dah tentu tak perlu masuk mahkamah dan kena penjara kali kedua. kurang sikit masalah.

Tanpa Nama berkata...

salam, betui tu mokmek. rasa2 depa silap ni. mana boleh negeri kedah sebab tu negeri PAS. negeri PAS mana boleh jadi camtu. kalau penang pun rasa2nya tak mungkin sebab tu negeri khalifah umar. tak mungkin tu.

Tapi kedua2 negeri tu hamPAS.

-art-

Ush berkata...

Sebenarnye salah kite gak...
Zaman dulu, umur 18 tu dah beranak anak dah sebab nikah awal.
Zaman sekarang susah nak kawin...