Rabu, 29 September 2010

PANAS! DR ASRI DIUPAH UNTUK MENYEBELAHI UMNO??

Ramai rakyat Malaysia termasuk Ustaz Dr Asri Zainul Abidin tidak bersetuju dengan tindakan Lim Guan Eng dan kerajaan negeri menggunakan wang judi untuk membasmi kemiskinan di Pulau Pinang kecuali puak-puak PAS dan PKR. Mereka mengambil langkah berdiam diri kerana mereka mengetahui perkara yang dilakukan oleh Guan Eng salah tetapi demi kepentingan politik Pakatan Rakyat. Sila rujuk di bawah :-
KUALA LUMPUR 27 Sept. – Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan di negeri itu sama ada untuk masyarakat bukan Islam dan Islam adalah tidak wajar.Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (gambar) berkata, walaupun miskin, golongan tersebut mempunyai maruah dan seharusnya bantuan untuk membasmi kemiskinan itu diperoleh daripada sumber yang halal.
“Jangan kita menjadikan sumber kewangan daripada aktiviti judi sebagai amalan untuk membantu masyarakat miskin kerana dibimbangi ia menimbulkan suasana kebanggaan di kalangan syarikat judi kelak.
“Kita tidak mahu suatu hari nanti, masyarakat pun ‘terdidik’ dengan pandangan bahawa judi pun halal kerana sudah terbiasa mendapat bantuan daripada sumber judi,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengenai kenyataannya dalam sebuah akhbar tabloid bahawa bantuan daripada sumber judi yang diterima rakyat miskin sebagai tidak haram, Mohd. Asri menjelaskan, beliau tidak mahu golongan berkenaan gusar.
Katanya, memang benar rakyat yang menerima bantuan tersebut tidak berdosa kerana yang menanggung dosa berkenaan adalah kerajaan negeri dan dalam konteks Pulau Pinang, exconya yang beragama Islam.
“Rakyat tidak mengetahui daripada sumber mana sumbangan itu diperoleh jadi mereka tidak berdosa, pihak yang berdosa adalah kerajaan negeri kerana mereka mengetahui daripada mana duit tersebut diperoleh,” jelasnya.

Ditanya dalam aspek manakah hasil judi boleh dimanfaatkan oleh kerajaan, beliau berkata, sumber daripada cukai judi boleh digunakan untuk tujuan pembangunan fizikal.
Menurutnya, bagi negara berbilang agama seperti Malaysia, aktiviti judi hanya boleh dibenarkan dalam jumlah kecil dan terkawal kerana aktiviti tersebut tidak berdosa ke atas penganut bukan Islam.
“Jangan pula kita terlalu ghairah untuk mendapat hasil daripada aktiviti judi.Judi tetap haram kepada umat Islam tetapi dalam sebuah negara berbilang bangsa seperti Malaysia, ia dibolehkan secara bersyarat,” katanya.

Persoalannya, Dimanakah suara-suara PAS Pulau Pinang ? Di manakah hilangnya orang Islam di dalam PKR dan Pakatan Rakyat?


**Dengar Cerita Lim Guan Eng, TKM 1 (Mansor Othman), TKM2 (Ramasamy a/l Palanisamy) dan beberapa Exco Pulau Pinang dengar-dengarnya berada di luar negara. Apa nak jadi dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Kalau nak pergi bercuti pun jangan la sampai KM, TKM1, TKM2 semua pergi..siapa yang nak buat keputusan sekiranya berlaku apa-apa. Macam-macam hal yang berlaku dengan kerajaan negeri Pulau Pinang. 

Sumber Empayar Pemuda

Laa.. biasa la Pas, kalau salah itu datangnya dari mereka, mana mereka nak mengaku salah. Alah bisa tegal biasa.

Mctheory:
Jangan ada fatwa halalkan judi sudah laaa...

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku nak dengar ape komen nik aziz..
adekah ...dia hanya akan kata..."err ambo x tau.. no komen.." ??