Isnin, 20 September 2010

UTUSAN AKHBAR UMNO?? APA UMNO BUAT UNTUK BANTU UTUSAN?? MESTI BACA!!


Pada umumnya rakyat Malaysia mengetahui bahawa Utusan Malaysia adalah akhbar milik UMNO. Malah ramai juga yang tahu bahawa UMNO mempunyai pegangan saham melebihi 50% didalam Kumpulan Utusan (Utusan Melayu M Berhad). Ini bermakna setiap langkah dari Utusan, perlu meminta izin dan sentiasa dipantau oleh UMNO. Malah setiap artikel dan laporan yang diterbitkan didalam Utusan hendaklah berpandukan garis panduan yang telah ditetapkan oleh UMNO.

Itu cuma andaian semata...

Memang benar UMNO mempunyai saham dan lembaga pengarah didalam Utusan Melayu, tetapi mereka yang dilantik mewakili UMNO didalam Utusan ini diibaratkan 'sekadar ada' sahaja. Memang ada garis panduan dalam penerbitan artikel, tetapi ia hanya untuk mengawasi dan memantau takut ada artikel yang tidak sesuai dibaca oleh rakyat Malaysia.

Akhbar Utusan Malaysia hanyalah untuk menyampai hasrat kerajaan dan pemimpinnya kepada rakyat. Malah fungsi Utusan Malaysia selama 72 tahun (dari akhbar Utusan Melayu tulisan jawi) sehingga kini dilihat amat berjaya. Malah Utusan Malaysia juga digelar sebagai mata dan telinga kerajaan Malaysia yang didukung oleh UMNO.

Utusan Malaysia amat digeruni oleh pihak pembangkang, ini kerana laporan berita dan artikelnya yang sentiasa membuka mata dan menyebar buah fikiran rakyat, untuk tidak terpedaya dengan hasutan jahat puak pembangkang yang sering mencari peluang untuk memporak perandakan negara.

Mc bukan nak memuji-muji akhbar Utusan, tujuan Mc menulis artikel ni hanyalah untuk memperlihatkan dunia sebenar disebalik nama GAH Utusan Malaysia.

Utusan Melayu melalui Kumpulan Utusan telah diperbadankan pada tahun 1938 di Singapura sebagai Utusan Melayu Press Limited. Akhbar sulungnya, Utusan Melayu, telah dilancarkan pada 29 Mei 1939. Dengan menggunakan Jawi, iaitu tulisan Arab, akhbar tersebut dicetak di Singapura dan memenuhi kehendak para pembaca yang celik Jawi di Tanah Melayu jajahan British.

Pada bulan Februari 1958, lima bulan selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, ibu pejabat Utusan Melayu telah dipindahkan ke ibu negara Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Utusan Melayu telah memperkukuhkan kedudukannya dan terus memainkan peranan utama sebagai penyumbang aktif dalam pembangunan ekonomi, sosial dan politik Tanah Melayu, yang pada tahun 1963 diperluaskan untuk merangkumi wilayah yang lebih besar untuk menubuhkan negara Malaysia.

Itu sejarah awal terbitnya Utusan di muka bumi Malaysia. Akhbar ini amat berjasa kepada rakyat dan negara, malah peranannya amat besar untuk menyampaikan 'suara rasmi kerajaan' dan membela bangsa melayu amnya.

Tentu diantara kita fikir bahawa syarikat sepenting Utusan Melayu ni merupakan anak emas kepada kerajaan Malaysia? Malah kita juga akan fikir bahawa Utusan Melayu ni merupakan syarikat milik Kerajaan.

Tahukah pembaca semua bahawa Utusan Melayu (M) Berhad ini hanyalah sebuah syarikat swasta yang terbiar sepi tanpa sebarang pembelaan. Walaupun UMNO mempunyai pegangan saham melebihi 50% didalam kumpulan Utusan, tetapi apa yang UMNO buat untuk bantu Utusan? Ada UMNO kisah dan ambil peduli tentang jualan akhbar Utusan merudum dari 256,247 (2004) hingga kini hanya 100,000 lebih sehari.

Tuntutan kenaikkan gaji sebanyak 10% (syarikat bagi 7%) warga Utusan sehingga kini masih belum selesai dan masih lagi dibicarakan di mahkamah. Ada UMNO hantar wakil untuk bantu Utusan mengenai kes ini? Sebelum ini presiden NUJ-UM Amaran Ahmad ada memperjuangkan kenaikkan gaji para wartawan dan pemberita. Malah beliau turut dihentam dikatakan talibarut Dap, disebabkan beliau meminta bantuan dari Tian Chua dan Jeff Oii.

Sebelum si Amran ni didatangi oleh puak Dap, beliau sudah pun meminta bantuan kepada pihak UMNO/BN untuk membantu beliau memperjuangkan nasib ahli NUJ-UM yang meminta kenaikkan gaji melebihi 7% daripada syarikat. Disebabkan layanan hambar yang beliau dapat dari pihak UMNO/BN, beliau berpaling untuk mencari saluran dan bantuan lain yang sudi membantu beliau meneruskan perjuanganya.

Mungkin akibat tersalah pilih bantuan, beliau menerima padah kerana cuba berbaik-baik dengan Dap hinggakan beliau dianggap sebagai talibarut Dap didalam Utusan Malaysia.

Mc pun tak kisah sangat pasal Amran Ahmad ni, siapa Amran, apa Amran buat, bukanlah topik utama dalam artikel ini. Mc cuma fokus kepada perjuanganya yang menuntut kenaikkan gaji, itu saja. Mc cuma nak tunjukkan bahawa layanan UMNO kepada Utusan selama ini amat teruk dan langsung tidak kisah tentang kebajikan pekerja yang bekerja di Utusan Melayu. Hinggakan untuk kenaikkan gaji pekerja pun kena bersusah payah berjuang bermati-matian. Tiada yang istimewa. Tiada yang lebih.

Sebab itu topik pada artikel ini mempersoalkan 'Apa UMNO buat untuk bantu Utusan?'

Jika benar Utusan ni UMNO yang punya, takkanlah UMNO nak biar selama 53 tahun Ibu pejabat Utusan kat Chan Sow Lin tu dah macam kilang besi buruk. Walaupun sudah dilancarkan bangunan baru untuk Utusan, tetapi bangunan itu hanya siap dalam masa dua tahun lagi. Andai kata PRU ke 13 nanti BN tewas di Pusat. Apa akan jadi kepada Utusan? Bangunan yang baru tu pun rasanya tak sempat nak guna kot.

Jika benar UMNO ni masih 'tuan' kepada akhbar Utusan Malaysia (kata-kata ni dari KJ) dan masih ingat Utusan Malaysia ni yang banyak berjasa kepada UMNO dan rakyat Malaysia, silalah ambil berat mengenai pekerja dan kebajikan pekerja di Utusan Melayu Berhad. Jangan hanya ambil berat tentang hal ketua pengarang, ketua editor sahaja, yang lainnya pun perlu sama diambil tahu.
Bangunan baru Ibu Pejabat Utusan yang baru dilancarkan, menelan belanja rm90 juta

Setahu Mc, Syarikat Utusan ni sudah lama tak mengaut keuntungan, rugi je memanjang. Mungkin disebabkan wujudnya media baru, menyebabkan jualan akhbar Utusan merosot. Tapi jika disebabkan media baru, jualan akhbar Utusan merosot, bagaimana pula dengan Harian Metro? Kenapa jualan akhbar Harian Metro semakin meningkat?

Apa yang tak kena dengan Utusan Malaysia sekarang? Adakah rakyat sudah bosan dengan berita-berita yang dilapor dan ditulis dalam akhbar Utusan? Atau Utusan sudah hilang kepercayaan dari rakyat Malaysia?
UMNO kena tahu semua ini, jangan hanya mengaku tapi tiada tindakan.

Sekali lagi Mc nak tanya.. apa UMNO buat untuk bantu Utusan Malaysia??

Juga kepada KJ, Apa ko buat untuk bantu Utusan Malaysia?? Jangan hanya pandai cakap.

Seorang Bapa pun perlu ada tanggungjawab pada anak, takkan hanya pandai pancut je kot..

P/s: Untuk makluman semua, Mc bukan wartawan atau ada kena mengena dengan syarikat Utusan. Mc hanyalah penyampai suara wartawan dan jurufoto yang bertugas di syarikat Utusan.

MctHeory:
Orang cuma tahu nama BESAR Utusan Malaysia, tapi orang tak tahu, disebalik Utusan Malaysia.

6 ulasan:

azlishukri berkata...

salam tahniah bro..tulisan yang mantap..

udanggalah berkata...

UMNO hampir tak upaya menjaga dirinya macamana nak jaga utusan..perlu ada daya usaha memperbaiki keadaan.

Tanpa Nama berkata...

good job bro
kasi UMNO bukak mata mata sikit mengaku depa punya tapi biaq main tepi longkang

Wake UP! berkata...

Contoh paling dekat ialah bapak yang tak bertanggungjawab. Tau buat anak, tapi lepas dah puas ceraikan bini dan tinggalkan anak.

Tanpa Nama berkata...

Kes buang bayi dikalangan gadis melayu sebenarnya depa tiru UMNO pandai buat anak tapi bila dah beranak buang anak tepi longkang

Tanpa Nama berkata...

bro harian metro laku pasal cerita gempar.cerita seks menjadi tajuk utama.


akhbar harian metro akhbar tabloid yg tak menyumbang kepada pengembangan minda...

malangnya rakyat Malaysia lebih suka pada harian metro mangga dan lain lain.


Utusan not bad...compared to bharian dan nst yg dah merudum kaw kaw..


Utusan terutamnya Mingguan Malaysia masih mengancam,,,,,

drmuzi