Isnin, 4 Oktober 2010

CONFIRM!! KU LI AKAN MAIN TARIK TALI DENGAN UMNO/BN!!


Tengku Razaleigh, satu nama besar dalam arena politik, satu ketika dahulu. Beliau hampir menduduki jawatan Presiden UMNO (jadi presiden, mesti jadi PM) semasa beliau mencabar Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Mahathir hanya memepertahankan jawatan teringginya  dengan kelebihan majoriti 4 undian sahaja. Tergempar juga Malaysia pada ketika itu.

Beliau juga diantara punca yang menyebabkan UMNO dibatalkan pendaftaran, hinggakan Tun Dr Mahathir terpaksa naik turun mahkamah untuk mendaftarkan UMNO baru ketika itu. Tapi itu dulu, sekarang ni Ku Li pun dah masuk UMNO balik. Ramai orang kuatnya contohnya seperti Rais Yatim (ketika dulu sanggup bakar jambatan dengan UMNO) sekarang ni Rais pun sudah jadi menteri penerangan.

Kiranya hidup Ku Li ni sentiasa berwarna-warni, beliau tidak cuma mengambil jalan lurus tapi sering kali bengkak bengkok. Cuba kita lihat hal beliau mengenai royalti minyak, siapa sangka Ku Li akan sertai bersama-sama puak Pakatan diatas satu platform untuk menekan kerajaan pusat memberikan royalti minyak.

Sebab itu Mc kata Ku Li sentiasa berwarna warni, dalam umur beliau yang sebegini pun, beliau masih lagi ada sikap memberontaknya. Tiada siapa akan faham, tentang perangai Ku Li yang sememangnya dari dulu hingga sekarang jarang mengikut kehendak parti.

Disebabkan sekarang beliau aktif menceburkan diri berkempen untuk royalti minyak. Mungkin sekarang peluang beliau meneruskan hasratnya untuk terus menekan kerajaan pusat memberikan royalti minyak kepada kerajaan Pas Kelantan. Mc tak rasa Ku Li akan setuju menjadi pengarah jentera PRK kali ini dengan tanpa bermain tarik tali dengan UMNO.

Pasti akan ada sesuatu yang cuba beliau lakukan. Kenapa Mc kata macam tu? sebabnya, Ku Li berani membantah kenyataan TPM yang mahukan beliau uruskan jentera, dan sanggup memberitahu media, bahawa beliau masih lagi belum bersetuju untuk mengepalai jentera. Sedangkan sebelum tu, kita ingat bahawa Ku Li sudah pun setuju menjadi panglima perang PRK Galas itu nanti.

Mc percaya Ku Li akan bermain tarik tali dengan UMNO. Tidak mudah Ku Li untuk mengangguk tanda setuju tanpa kepentingannya dipenuhi terlebih dahulu. Siapa kenal Ku Li akan tahu bagaimana dirinya. Mungkin beliau akan ambil langkah lain dengan 'langsung' tidak mencampuri urusan PRK kali ini, dan menyepikan diri. Maknanya, beliau biarkan UMNO dan Pas bertanding tanpa campur tangan dari beliau. Segalanya berkemungkinan.

Jika benar beliau sayang dan setia pada parti, beliau takkan naik pentas bersama pihak Pakatan untuk menghentam kerajaan pusat. Lagipun ini bukan kali pertama beliau bersikap curang terhadap parti.

Apa pun ini hanyalah salah satu buah fikiran dari Mc, yang cuba memberikan pandangan Mc mengenai sikap misteri Ku Li.

Mc harap penyokong dan ahli UMNO jangan terlalu harapkan Ku Li mahu menjadi Ketuai PRK di Galas, kerana peratus beliau untuk setuju sebenarnya agak sikit berbanding mengatakan tidak.

P/s: sama-sama kita tunggu apa keputusan beliau.

Mctheory:
Entah apa yang ada dalam otak beliau agaknya...

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku harap Umno kena bertegas sikit bagi kata dua dengan Ku Li nak atau tidak..Tak perlu nak rayu-rayu pujuk-pujuk..

Tanpa Nama berkata...

Tak Payah lah kalau org berbelah bagi untuk terima tawaran bagi saja pada org lain yg berkebolihan mentabir perjalanan P/Raya di galas walau pun dia org umno tak semasti nya dia taat pada UMNO dan perjuangkan UMNO kesan nya tetap ada semasa pembubaran UMNO dulu kepada pemimpin tertinggi UMNO jangan harap sangat pada KU LI maka akan hancur jadi nya kalah menang biasa lah dalam politik menang pun tak bolih merubah pentabiran Nik Aziz kalah pun tak apa kerana itu kerusi PAS.

Tanpa Nama berkata...

Salam

UMNO dari sudut strategi nampak macam positif menawarkan jawatan tersebut kepada Tungku Li. Tapi UMNO akan kalah lebih awal jika Ku Li tolak kerana ia akan beri kesan positif yang teramat sangat terhadap PAS. Dan satu lagi kita tak tahu dan berkemungkinan berlaku Ku Li akan istihar sokong PAS.

Tatkala ini semua jentera kempen UMNO bolehlah balik awal....