Ahad, 17 Oktober 2010

GEGAR!! PEMBANGKANG SELUAR DALAM?? DAHSYAT!!


Oleh JEFRI ZACHARIAH

Saya berasa cukup hairan dan terkilan dengan sikap pemimpin pembangkang di negara ini yang hanya berminat untuk memperkatakan mengenai cadangan kerajaan memansuhkan duti import ke atas kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan dalam Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Barangan itu adalah seperti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, bola golf, barang kemas tiruan, bedak talkum, syampu, langsir, alas meja, selimut, cadar, kemeja, baju tidur, pakaian dan pakaian malam, seluar dan seluar dalam serta wangi-wangian, termasuklah
kelambu.

Dalam banyak-banyak barangan itu, yang paling hebat disebut dan diulang berkali- kali adalah SELUAR DALAM

Malah Mahfuz Omar yang bebal itu sempat melabelkan bajet tersebut sebagai bajet seluar dalam!

Saya tidak tahu kenapa pemimpin-pemimpin pembangkang begitu teruja memperkatakan mengenai seluar dalam, adakah kemaluan mereka akan terangsang setiap kali menyebut atau memperkatakan mengenai seluar dalam, saya pun tak tahu.

Mungkin hipotesis yang paling tepat boleh kita buat, mereka ini tidak suka harga seluar dalam turun harga...mungkin kerana mereka selama ini mereka tidak suka 'burung' atau 'apam' mereka disalut dengan kain kecil itu.

Jadi penurunan harga seluar dalam kelak dilihat tidak memberi kesan kepada mereka, sebab itu mereka cukup sinis bila Najib menyebut mengenai perkara itu, maklumlah, ia tidak DEKAT DI HATI mereka

Di sini kita boleh melihat betapa cetek dan dangkalnya pemikiran para pemimpin pembangkang ini.

Hanya kerana isu seluar dalam dikecualikan duti import, mereka lupa yang Bajet 2011 telah memperuntukkan banyak benda lain yang lebih hebat dan menarik untuk dinikmati oleh rakyat negara ini.

Antaranya,

* Peruntukan untuk Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebanyak RM9.5 bilion, RM6 bilion untuk 12 projek menerusi Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).


* Peruntukan RM22 bilion untuk menyiapkan projek dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10)


* Jumlah pembayaran subsidi sebanyak RM14.7 bilion.


* Keutamaan untuk melaksanakan NKRA berjumlah RM8.3 bilion dan inisiatif NKEA sebanyak RM5.5 bilion.


* Kerajaan akan membelanjakan RM24.933 juta ke atas semua jenis subsidi utama pada 2010.


* Cuti bersalin sehingga 90 hari untuk kakitangan awam wanita


* program Dasar Jaminan Bekalan Makanan Negara di mana RM190.8 juta sudah diperuntukkan dalam Bajet 2010 untuk menaiktaraf dan meningkatkan infrastruktur dalam sistem saliran dan pengairan bagi penanaman padi.


* Bagi meningkatkan mutu bekalan air pula, Skim Pengairan Padi di Besut dimulakan tahun ini dan dijangka siap menjelang 2014 melalui projek Empangan Paya Peda.


* Kakitangan Gred 54 ke bawah, pesara terima bantuan khas RM500


* Satu lagi pencakar langit, Warisan Merdeka di KL di mana Permodalan Nasional Bhd (PNB) akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020


* Dana Pencen Swasta ditubuh tahun depan di mana Kerajaan akan menubuhkan Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri


* Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011;

Mengapa ini tidak dibincang dan dibahaskan, tetapi yang asyik disebut tetap seluar dalam, seluar dalam, seluar dalam.

Yang betulnya, merekalah yang sepatutnya digelar PEMBANGKANG SELUAR DALAM. Noktah!

sumber Malaysia Instinct

Mctheory:
Sama macam anwar la, suka seluar dalam Levi's.. betul kan Anwar??

1 ulasan:

plain berkata...

pembangkang ni semuanya membazir, satu aje yg tak membazir, beli ubat kuat banyak2 ...