Sabtu, 16 Oktober 2010

INTIPATI BAJET 2011 SENARAI PENTING!


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri
Najib Razak membentangkan Bajet 2011 di Dewan
Rakyat.
Bajet 2011 bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju
Berpendapatan Tinggi" dengan empat strategi utama.


Jumlah bajet - RM212 bilion, 2.8
preratus lebih tinggi daripada Bajet 2010

Perbelanjaan kos operasi - RM162.8 bilion

Perbelanjaan kos pembangunan - RM49.2 bilion

Berikut petikan penting ucapannya:

  • Rizab negara RM310.8b = 8.5 bulan
    import tertangguh
  • Negara telah pulih dari kemelesetan
    ekonomi
    dunia dgn pertumbuhan KDNK 9.5% separuh
    pertama 2010
  • Defisit dijangka rendah pada 5.4
    peratus pada 2011
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka
    meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini
    berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Jumlah dagangan Malaysia dijangka
    meningkat 18.7 peratus kepada RM1.173 trilion tahun ini
    berbanding RM988.2 bilion tahun lalu
  • Sektor perkhidmatan diunjur berkembang
    5.3 peratus tahun hadapan dengan pelaksanaan program
    dan inisiatif di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama
    Negara (NKEA) berkaitan perkhidmatan.
Warisan Merdeka - Permodalan Nasional
Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion,
yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap
pada 2020
  • Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk
    kediaman mampu milik bernilai RM10
    bilion di Sungai Buloh.
  • Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu
    di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta
    di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan
    peruntukan RM252 juta.
  • Peruntukan RM135 juta bagi persediaan
    prasarana asas menggalakkan petani
    menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang
    burung walit.
  • Melanjutkan galakan potongan cukai
    pendapatan
    bagi pelabur dan pengecualian cukai
    pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan
    makanan sehingga 2015.
  • Syarikat pelaburan berkaitan kerajaan
    (GLIC)
    seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
    (KWSP), kini boleh melabur sehingga 20 peratus daripada
    jumlah aset yang diurus berbanding tujuh peratus
    sebelum ini.
  • Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan
    tiga lesen broker saham baharu kepada
    syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk
    meningkatkan penyertaan pasaran runcit.
  • Duti import kira-kira 300 barangan
    kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan
    5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga
    beli belah
  • Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan
    untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan
    mereka yang bekerja sendiri
  • Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum
    Diesel
    (Program B5) secara mandatori bermula di
    Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan
    Melaka
  • Pengecualian cukai jualan ke atas
    semua jenis telefon bimbit.
  • RM850 juta bagi menyediakan infrastruktur sokongan
    untuk mempercepatkan pembangunan koridor dan
    wilayah
    .
  • RM411 juta untuk melonjak ekonomi ke arah sebuah
    negara berpendapatan tinggi, aktiviti
    penyelidikan, pembangunan dan pengkomersilan sebagai
    landasan peningkatkan aktiviti nilai ditambah dalam
    setiap bidang ekonomi.

  • Penubuhan Unit Inovasi Khas (UNIK)
    di bawah Jabatan Perdana Menteri dengan peruntukan RM71
    juta bagi tahun depan untuk mengkomersilkan hasil
    penemuan R&D oleh universiti dan institusi
    penyelidikan.

  • RM200 juta untuk perolehan hasil
    kreatif
    seperti filem, drama dan dokumentari
    keluaran tempatan yang berkualiti tinggi.

  • Gaji pokok minimum pengawal
    keselamatan
    dinaikkan kepada RM500 hingga
    RM700 sebulan mengikut kawasan mulai Januari 2011
  • Penjawat awam wanita diberi pilihan tentukan sendiri
    tempoh cuti bersalin bergaji penuh tidak melebihi
    90 hari
    .
  • Skim Rumah Pertamaku bantu golongan
    muda yang baru bekerja dengan pendapatan kurang
    daripada RM3,000 sebulan untuk memiliki rumah
  • Kerajaan akan menaikkan kadar cukai
    perkhidmatan
    daripada 5 peratus kepada 6 peratus
  • Elaun untuk JKKK, JKKKP dinaikkan
    kepada RM800 sebulan
  • RM6.9 bilion pula diperuntuk untuk bina
    infrastruktur seperti membina jalan luar
    bandar dan untuk membina jalan luar bandar
  • RM2.1 bilion diperuntuk untuk bina dan menaik taraf
    jalan luar bandar di Sabah dan Sarawak,
    selain RM696 juta bagi tujuan sama di Semenanjung
    Malaysia
  • Sistem Penilaian Takap Kecekapan
    (PTK) dimansuh dan diganti dengan sistem
    penilaian lebih sesuai dan diterima baik penjawat awam
sumber M-Kini

Mctheory:
Menuju kearah negara maju.. bukannya janji kosong atau angan2 mat jenin.

Tiada ulasan: