Sabtu, 16 Oktober 2010

PANAS! GOBALA DEDAHKAN 'KEBURUKAN' DALAMAN PKR!



KENYATAAN Ahli Parlimen Padang Serai, N.Gobalakrishnan bahawa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Azmin Ali merupakan dalang kepada kekusutan yang melanda parti itu menjelang pemilihan 16 November depan bukanlah satu kejutan.

Apa yang mengejutkan hanya keberanian Gobalakrishnan membuat kenyataan terbuka tetapi dari segi fakta tiada mana-mana pun pemimpin di dalam PKR yang boleh menafikan apa yang beliau katakan.

Ia kerana sebelum ini, calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim pun sudah mendedahkan bagaimana berlakunya pelbagai taktik untuk menghalang beliau mendapat pencalonan dan secara tidak langsung kenyataan yang dibuat banyak menjurus kepada penyokong Azmin.

Namun begitu pendedahan Gobalakrishnan boleh dianggap kemarahan dan rasa tidak puas hati yang tidak mampu dibendung lagi.

Sebenarnya, bukan sahaja Gobalakrishnan malahan sentimen seumpama itu sudah begitu ketara di peringkat akar umbi.

Walaupun dikatakan menjadi calon pilihan untuk memenangi jawatan Timbalan Presiden berikutan sokongan kuat Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadapnya namun hari ke hari kedudukan Azmin semakin tergugat.

Apa pun dari sudut lain, pendedahan Gobalakrishnan boleh dianggap satu lagi petaka kepada PKR yang sebelum ini cuba digambarkan oleh gandingan Anwar-Azmin sebagai cukup sempurna.

Selepas berlaku kekecohan ketika proses pencalonan di peringkat cabang, ia berterusan pula dengan dakwaan berlaku pelbagai penyelewengan ketika pengundian dijalankan dan perebutan kuasa.

Justeru apabila Gobalakrishnan membuat pendedahan maka lengkaplah sudah kepincangan di dalam PKR.

Anwar yang kini sedang berhadapan dengan kes liwat di mahkamah, seolah-olah tidak mampu lagi mengawal situasi di dalam PKR manakala Wan Azizah pula sebagai Presiden hanya menjadi pemerhati.

PKR kini bagaikan parti tunggang terbalik, segala kepincangan dan keburukannya semakin terdedah dari semasa ke semasa.

Dalam soal pendedahan, Gobalakrishnan itu, ia sudah tentulah menggembirakan penyokong-penyokong anti-Anwar-Azmin yang sememangnya ingin melihat gabungan itu berakhir.

Ia kerana gabungan itu sudah banyak mendatangkan masalah kepada PKR sehingga dianggap telah menghuru-harakan parti tersebut.

Tetapi apa yang jelas, PKR kini bagaikan sebuah kapal yang semakin bocor sana-sini akibat dihentam pelbagai masalah dan semakin menjauhkannya daripada ‘pelabuhan’ tampuk pemerintahan negara yang menjadi matlamat utama kenapa parti itu ditubuhkan.

Seharusnya semua ini akan memberi isyarat kepada rakyat bahawa sesebuah parti yang ditubuhkan hanya semata-mata untuk merebut kuasa dan memenuhi impian politik seorang insan tidak akan ke mana. - Utusan Malaysia

P/s: PKR hanyalah untuk Anwar, keluarga dan kroni.

Mctheory:
Dasar utama hanyalah untuk Anwar jadi PM.

1 ulasan:

Mat Jeng berkata...

kalau kau cerdik..Keluar partilah! Ramai dah geng kau keluar. Kalau masih menunggu di situ lepas tu membebel tak tentu pasal, BODOH n BONGOK namanya! Orang panggil PARIA pun tak kisah. Cuba kalau yang sebut tu orang UMNO/BN, dah past..RRAACCCIIIIISTTTTTT!!!!!!!!
Kalau u gentlement, keluar PKR la woiii!!!!!