Sabtu, 2 Oktober 2010

PAS PENDANG TUMBANG??!! AJK DAH SETIAUSAHA LETAK JAWATAN??


Berita ni dah lama, tapi Mc tunggu kesahihannya dulu,


Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.


Menurutnya, pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.


“Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri.


“Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang,” katanya.


Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka. .


“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.


Sumber itu berkata AJK yang terlibat bertindak sedemikian selepas berjumpa dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang dikatakan gagal menyelesaikan masalah yang diutarakan oleh mereka. .


“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan,” katanya.


Disamping itu, Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.


“Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam (kelmarin) kepada Datuk Taulan.


“Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain,” katanya.


Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian. 

Bukan nak menyebok, cuma terkejut la. Kawasan Pendang ni, tempat kubu kuat Pas ni. Kawasan Allahyarham Ustaz Fadzil Noor. Dulu UMNO nak masuk kawasan ni, bukan main payah. Salah masuk kampung, boleh kena halau dengan parang. Tapi bila Mc baca berita ni, Mc memang terkejut. Awat boleh jadi macam ni? Hujan takdak ribut takdak tiba-tiba Pas rebah sendiri. he he he.. ini dipanggil kuasa Tuhan.

UMNO Pendang tengok saja ka? Dah lama hangpa dok tunggu masa nak bangkit. Sekarang 'lubuk' dah ada, tunggu apa lagi? hentam laa..

Bukan senang nak dapat peluang macam ni, masa zaman Mc dulu, Berperang kami kat Pendang ni, Pas kat sini kuat sungguh. Lani dah jadi macam ni, tiba masa UMNO ambil kesempatan atas kelemahan Pas kat sana.

Sumber Sinar yang dieditkan oleh Mc.

P/s: Ustaz Azizan pun 'loqlaq' Pas Pendang dah merajuk. Ayaq naik pun kira loqlaq jugak, nanti kita sembang bab ayaq pulak noo..

Mctheory:
Buat selalu Ustaz.. kami suka..

1 ulasan:

tananaklaha berkata...

tak semua org PASembor bodoh. Yg sedaq dah mengorak langkah.Yg tak mau sedaq TUNGGU la TUNGGU. MB depa tengah sibok la ni dok arah orang pasang gambar dia diserata simpang jalan di Kedah