Selasa, 16 November 2010

ADUH! SI NASUTION BUAT LAWAK LAGI!!

INDAH tak mukanya ini??

Tak payah la kita komen mengenai Zaid yang mengundurkan diri dari PKR. Walaupun beliau sudah mengumumkan untuk berundur, tapi melihat pada gaya beliau, beliau seakan berat hati untuk meninggalkan PKR, mungkin kerana PKR sebelum ini menjanjikan sandaran besar kepada beliau, akhirnya musnah begitu sahaja.

Tapi apa yang lebih menarik perhatian Mc ialah kata2 hikmat si Pak Nasution, yang mengucapkan selamat tinggal kepada Zaid. Baca petikan dibawah.

Saifuddin berkata, keadaan ini terbukti melalui sokongan rakyat terhadap parti itu dalam tiga pilihan raya umum sebelum ini.


Katanya, pada tahun 1999, parti itu mendapat 789 ribu undi, manakala 2004 memperolehi lebih 400 ribu undi, sementara pada 2008, PKR mendapat 1.5 juta undi.


"(Oleh itu) tanpa atau dengan Datuk Zaid Ibrahim, rekod kita itu menceritakan tentang keindahan parti (ini)...Sila daftar (menjadi) ahli parti kami," kata Saifuddin yang disambut dengan ketawa kecil kira-kira 20 pemberita.


Bercakap kepada pemberita selepas sidang medianya di ibu pejabat parti di Petaling Jaya petang ini, Saifuddin berkata, tindakan Zaid untuk berundur daripada PKR juga tidak akan memberikan impak negatif kepada parti itu.


"Anggota akan terus berjuang dengan PKR. Saya ucapkan selamat berjaya (kepada Zaid). Sambung baca SINI

Ayat yang Mc besarkan dan tulisan yang Mc gariskan itu, amat menarik hati. Sejujurnyan Mc amat tertarik dengan KEINDAHAN parti PKR. Tambahan pula diserikan lagi dengan pemilihan cabang dan pusat dengan penuh KEINDAHAN serta PENIPUAN. Mungkin KEINDAHAN parti PKR ini ditokok tambah dengan kerusi2 terbang, meja2 yang bertaburan membuatkan Zaid teruja lalu meninggalkan parti yang serba INDAH ini.

Sesungguhnya KEINDAHAN parti PKR tidak dapat digambarkan, apabila semakin hari, semakin kurang ahlinya. Jika diambil kira jumlah ahli berdasarkan undian semasa pemilihan, maka sudah tentu undian itu sudah termasuk jumlah pengundi hantu yang sudah dicampurkan bagi kemenangan kroni Anwar.

Sememangnya benar kata Pak Nasution, PKR memang penuh dengan KEINDAHAN. Dari pucuk hingga keakar, semuanya INDAH belaka. Tak terucap KEINDAHAN yang terserlah.

Ya betul! INDAHNYA parti PKR ye....

P/s: Sama INDAH apabila melihat muka Saifudin Nasution! kah kah kah...

Mctheory:
INDAH sampai rasa nak terbang2 ja ni...

Tiada ulasan: