Rabu, 10 November 2010

TEORI: INIKAH DEMOKRASI ALA PKR YANG ANWAR AGUNGKAN SELAMA INI??


Selepas kita lihat cara baru PKR memilih pemimpin dicabang masing2, yang dikatakan lebih terbuka dan demokrasi pada semua ahlinya. Akhirnya semua pemilihan berakhir dengan pergaduhan, penipuan dan salah guna kuasa. Tidakkah kita takut jikalau apa saja cara baru yang cuba Anwar ketengahkan akan menjadi satu masalah besar pada kita?

Dulu Anwar selalu mengatakan negara kita tidak bersifat demokrasi. Pemimpin negara ini tidak bersifat telus dalam kepimpinan. Maknanya, kepimpinan negara ini masih lagi mengamalkan prinsip 'menjaga' rakyat. Anwar tidak mahu prinsip ini, beliau lebih suka demokrasi berselerak dan kebebasan seratus peratus untuk rakyat. Maknanya rakyat bebas buat apa yang mereka hendak lakukan, selagi tidak menyalahi undang2 negara.

Kadang2 dengar macam bagus, tapi kita perlu ingat bahawa rakyat dinegara kita ni berbilang kaum. Banyak perkara sensitif yang tidak boleh dimainkan dikhalayak ramai. Banyak isu yang perlu kita bincang cara tertutup dan ada juga isu yang langsung tak boleh disebut, jikalau sebut, nescaya akan mempercepatkan kemusnahan keharmonian negara.

Sebab itu kepimpinan negara ini masih lagi tidak mengamalkan demokrasi seratus peratus. Kerana prinsip itu tidak boleh dilaksanakan dinegara berbilang kaum seperti Malaysia, takut disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggung jawab.

Anwar tahu semua ini, beliau sengaja besar2kan perkara tersebut untuk kepentingan dirinya. Beliau sengaja besarkan perkara tersebut untuk menunjukkan kelemahan kepimpinan negara. Sedangkan beliau juga tahu, bahawa demokrasi seratus peratus tidak boleh dilaksanakan dinegara ini. Jika dilaksanakan, bakal lingkuplah negara. Kucar kacir.

Kita sendiri telah lihat bagaimana PKR cuba untuk menjadi 'hero' dalam perlaksanaan demokrasi memilih ketua cabangnya, akhirnya pemilihanan tersebut huru-hara dan menjadi medan pergaduhan. Malah pemilihan dalam memilih pucuk pimpinan mereka pulak ditengelami dengan kontroversi rasuah, penipuan kertas undi dan pelbagai lagi.

Kiranya PKR berjaya menghuru-harakan Malaysia semasa pemilihan parti mereka diadakan. Bayangkanlah 162 aduan dalam masa 13 hari pemilihan pusat PKR berlangsung, ia merupakan satu rekod baru di Malaysia. Ada boleh bayangkan betapa kecohnya semasa pemilihan tersebut.

Malah Zaid Ibrahim yang dulu Anwar panggil sebegai panglima perang beliau, pun tak boleh tahan dengan pemilihan kali ini.

Malah Zaid pun sudah mendedahkan bahawa PKR jauh lebih teruk dari UMNO. PKR jauh lebih buruk berbanding dengan UMNO.

Cuba anda bayangkan jikalau PKR berjaya menguasai Malaysia, dan mereka amalkan konsep apa yang mereka amalkan sekarang, agak2nya apa yang akan berlaku pada negara ini?

Dan

Mahukah anda dengan pemimpin ala2 gengster seperti mereka?

Hanya anda yang mampu menjawabnya.

P/s: Hidup bagai undang2 hutan, siapa kuat dia menang.

Mctheory:
Inilah demokrasi terpimpin.. he he he.. teringat cerita tiga Abdul..

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

PKR tak ubah macam Filem Tamil...he! he!

hanizam berkata...

parti sendirian berhad...yang lain tengok jelah ye...

ISAC berkata...

Senjata dah makan "tuan"...

Keadilan untuk semua... Transpirasi... dah jadi conspirasi!!!