Khamis, 17 Februari 2011

TERGOLEK!! KERDAU PUN PAS SAPU JUGAK!!

adakah ini bakal calon kerdau?? heh

PKR melepas lagi peluang bertanding kerusi DUN Kerdau beb. Tuan Ibrahim Tuan Man telah menghantar senarai lima calon Pas bertanding diKerdau kepada pucuk pimpinan Pas.

PKR tidak berkata apa kerana 1. PKR tidak ada telor 2. PKR Kuala Krau hanya ada rangka, isi tak ada beb !. mereka tak ada ahli. PKR Kuala Krau hanya satu cabang yang hanya aktif ketika ada PRU jer beb !. Mereka hanya menumpang ehsan Pas jer.

Itulah sebenarnya gambaran PKR dimana-mana diseluruh negara. Belum sempat buka mulut, Pas dah singkeh kepala hahahaha.. ek.

Suhaimi Said yang berdegar-degar peringkat awal, sekarang sudah kencing dalam seluar bila Tuan Ibrahim keluar kenyataan calon Pas sudah siap, tanpa rujuk pada PKR pun beb !. ek..

Apa yang PKR bole buat sekarang letak juga calon, lawan tiga penjuru PAS, PKR dan BN. Jika tidak, tak merasa. Pas pun bole baca kekuatan PKR sebab itu mereka tidak hormat langsung PKR..ek

Rumah Kaca

P/s: takkan PKR nak tengok saja kot??

Mctheory:
Awat Anwar diam saja ni..

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.