sekadar hiasan |
Alahai la Mahfuz, kenapa la ko benci benor dengan saman ekor, bukankah saman ekor diwujudkan oleh kerajaan bagi mendidik rakyat Malaysia ketika memandu. Saman itu juga bertujuan menakutkan pemandu yang nakal dilebuhraya bagi mematuhi had laju yang telah ditetapkan. Mana yang lebih baik, kena saman, atau nyawa melayang.
Mungkin ada sikit kecacatan pada saman ekor, tapi kebanyakkannya kes terpencil, ataupun direka-reka sendiri untuk membusukkan nama kerajaan. Mc sendiri pernah kena saman ekor sebanyak dua kali, tapi Mc anggap itu pengajaran dari kesilapan yang Mc lakukan sendiri. Lepas kena saman ekor, Mc lebih berjaga-jaga semasa memandu dan lebih mematuhi had laju. Kalau tak, dulu, Mc main tekan je, lagi meter tak cecah 180, mana nak angkat pedal minyak tu.
Kerajaan mewujudkan saman ekor bukan untuk menzalimi rakyat, ianya hanya untuk mengawal lalu lintas di jalan raya supaya menjadi lebih selamat. Fungsi saman ekor sama juga seperti lampu isyarat, kalau anda ikut, anda selamat, anda ingkar, anda akan disaman (kemungkinan besar juga akan berlaku kemalangan). Kenapa Mahfuz tak suruh saja kerajaan buang lampu isyarat? Bukankah itu juga menyusahkan, kena jalan ikut lampu pulak, kan baik kalau boleh redah aje sesuka hati.
Mungkin Mahfuz boleh sarankan kerajaan supaya menukar denda kesalahan saman ekor dari saman berbayar ke denda atau hukuman yang lain. Contohnya, seperti ini, mana-mana pemandu yang kena saman ekor, dikehendaki mendengar ceramah undang-undang selama 48 jam. Jika tidak hadir, barulah tindakan sebenar akan diambil. Cuba la bagi cadangan yang bernas, gunakan otak tu sikit. Jangan la tunjuk yang ko tu belajar sampai SRP je, malu kat orang wehh..
Baik ko suruh je kerajaan hapuskan akta dadah, supaya senang anak ko yang penagih tu cari supplyer dadah. Susah jadi kerajaan ni, buat baik pun orang maki kata kejam. Nanti bila kerajaan tak peduli dikatakan kerajaan tak pedulikan nasib rakyat pulak. Inilah manusia, tak pernah cukup dengan apa yang ada, tak tahu bersyukur. Allah dah tunjukkan kepada kita betapa orang-orang seperti ini tidak mampu memerintah, mereka hanya pandai bercakap sahaja. Tengok apa jadi dengan Kedah, tempat Mahfuz sendiri, ada perubahan? Mana ada, cakap pandai la, buat kerja, langsung lingkup.
Mc menyokong saman ekor yang kerajaan buat ni, tapi soal bayarannya tu, kurang-kurangkan le. Atau tukar je jadi denda lain, mana tau nanti Mc kena saman lagi. heh! (takut nak bawak laju).
P/s: semua untuk mengajar, bukan menzalimi..
Mctheory:
Manusia lebih takut kurang duit, dari kurang Agama..
3 ulasan:
MATPUT SBNARNYE NK MNGALAKKN RAKYAT MSIA MATI KATAK BROO. KLU TAK NK TNGOK KAUM KRABAT DIA KNE SAMAN, JGN BWK KNDERAAN. SAMAN EKOR UTK KAKI REMPIT JEK HUHUHU
xkena ats kepala sendiri bolehla. dh kena ats kepala, ada org guna no kereta/motor hang, berleret saman sampai wp dh 5 tahun lps, apa kau rasa??
ooooooooooooo
Catat Ulasan