Sabtu, 19 Mac 2011

BENDA PELIK YANG ADA DI JOHOR TAPI JARANG ADA DI TEMPAT LAIN!!



Dua tiga hari ni Mc selalu bawa cerita panas dari Johor. He he.. bukannya apa Mc menegur untuk kebaikkan, Mc berniat baik. Sebelum ni Mc pernah bagi pesanan awal pada kerajaan Johor, Mc akan mengkritik dan menegur hinggalah mereka sedar dan berubah. Almaklumlah, kat Johor ni pembangkang tak kuat, rakyat Johor pula ramai yang masih setia dengan BN, alhamdullilah.. tapi kelekaan dan alpa boleh membuatkan kerajaan Johor rebah tanpa disedari.

Artikel mengenai UMNO Kota Tinggi patutnya ada sambungan tapi Mc hentikan dulu disebabkan memberi peluang kepada UMNO Kota Tinggi menyelesaikan masalah dalaman mereka. Memang benar UMNO masih kuat disana, tapi suara rakyat juga perlu didengar, suara akar umni perlu diambil kira. Pertelingkahan sesama sendiri kerana berebutkan peruntukkan membuatkan rakyat yang melihat merasa meluat dan bosan dengan kepimpinan bawahan.

Melalut jauh pulak Mc, kalau mengikut tajuk, Mc sebenarnya nak cerita tentang pandangan Mc mengenai cerita orang Johor. Betapa sebatinya kehidupan orang Johor dengan lambang BN (Barisan Nasional). Pada pembaca baru di blog Mc. Mc ni sebenarnya merantau, dari Kedah ke Perlis, ke Penang, ke Putrajaya kemudian ke Kuala Lumpur lepas tu ke Selangor, Shah Alam dan Petaling Jaya, dan kini ke JB, Johor (lepas ni taktau ke mana pulak). Seronok merantau kenegeri-negeri orang ni, bermacam-macam ragam dan pengalaman yang boleh kita dapat.

Sambung cerita mengenai orang Johor dan lambang BN. Kalau semasa Mc dinegeri-negeri lain, jarang benar Mc nampak orang pakai baju BN, payung BN, topi BN dalam kehidupan harian mereka. Kalau ada pun hanyalah semasa Pilihanraya, tidak kira kecil ataupun besar, ketika tu memang ramaila pakai lambang-lambang BN ni, tapi untuk kehidupan harian, memangla takdak, susah nak jumpa. Tapi di Johor lain ceritanya, jikalau hujan, ramai yang mengunakan payung BN untuk memayung mereka. Kalau anda orang Pas, Dap ataupun Keadilan, sanggupkan anda mengunakan payung lambang BN? Tentunya tidak, tapi di Johor suasana seperti ini adalah biasa, seronok pulak Mc tengok.

Bila pergi kedai runcit, kadang-kadang peniaganya memakai T-Shirt lambang BN sambil berniaga, pakcik-pakcik kedai kopi tepi jalan memakai baju BN tanpa rasa risau, seperti biasa-biasa. Topi lambang BN? Selalu Mc nampak, tak kira tua atau muda semua memakainya tak kira masa, tak kira tempat. Mungkin ada sesetengah orang menganggapkan perkara ini adalah biasa, tapi bagi Mc, ini luar biasa, kalau di negeri lain, mana mungkin anda memakai T-Shirt BN ketika berniaga, tentunya pelanggan yang berlainan parti akan memulaukan perniagaan anda.

Ketika ini selain dari negeri Johor, Mc percaya tidak ramai yang berani keluar berniaga, bekerja ataupun bersiar-siar dengan memakai pakaian atau topi yang berlambang BN. Tetapi itulah yang uniknya di Johor tidak kira Bandar JB ataupun di kampung-kampung pasti anda akan nampak semua ini. Betapa lambang BN telah sebati dengan kehidupan orang Johor, kalau dulu 1Malaysia kita akan nampak gaya hidup yang sebegini, kenapa sekarang tidak lagi? Tepuk dada tanya la diri.

P/s: berbulu orang Pas kalau nampak lambang BN.. heh..

Mctheory:
moral dalam story ni, BN masih kuat di Johor!..

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

LAMBANG DACING DAH SINONIM DGN WARGA JOHOR BROO. SEMCM SATU TRADISI. JADI MMG ORG JOHOR CUKUP BANGGA DGN LAMBANG BN. SEMANGAT BERSATU SESAMA KAUM BROO HUHUHU

PUTRA MERDEKA berkata...

STEADY JOHOR...ORANG SARAWAK PON GITU..

Tanpa Nama berkata...

Saya bangga jadi anak johor

Tanpa Nama berkata...

Org Swak lg lah dahsyat, pendayung sampan, pilot bot ekspres,suku2 kaum iban, bidayuh, org ulu menamam padi huma dan menjual durian pun pakai t shirt lambang BN..BN dah sebati, tak kira musim p.raya atau tidak. Nak pakai t shirt PKR / PAS pun malu. D kpg2 melayu d Kuching, rumah semuanya ditampal lambang BN di dinding luar rumah.

Tanpa Nama berkata...

Dua Kampung bersebelahan dengan fahaman politik yang berbeza boleh REWANG bersama tanpa gangguan !

Kompang BN.
Kuda Kepang BN.
Berzanzi PAS.
Menghidang PAS.
Masak PAS n BN.............

ALLAH SELAMATKAN JOHOR

McTheory berkata...

Kan bagus begitu.. politik tu politik la.. tapi bila masanya bersama, kita Islam yang satu, tetap sama.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama 19 mac :

terbaik la bro..perpaduan gtu la yang sebaiknya untuk kita...

ni tak, asyik bergaduh jek...kadang2 tu, da tak ingat keluarga ke, sedara mara sebab politik...

alangkah indahnya keadaan malaysia, kalau sentiasa cam gtu..

harap2 la kan...

-sh-

Tanpa Nama berkata...

wong jowo (orang java) dominen dijohor, semangat yg kental dan jiwa yg bersatu mengikat kekuatan bn sehingga kini.

tapi, kesetiaan mereka jgn dipandang sebelah mata, banyak lagi keperluan harus disalurkan, terutama kpd warga emas yg telah bertahun pangkah bn.

esok lusa belum tahu, kesetiaan akan tergugat juga, bila banyak sumbangan diberi pada negeri2 yg tak menyokong bn sentiasa didahulukan, sedang penyokong tegar bn menanti bertahun2 gula-gula ta sampai juga........
adun dan mp dijohor cukup selesa, dpt tidur nenyak, kerja lebih sikitlah jenguk warga tua, rakyaat dikampong, jgn dah nak p/raya baru tayang dada.

McTheory berkata...

Usah risau.. Mc akan cuba kejutkan mereka ini dari tidur. Cegah sebelum rebah..

jongos berkata...

org Johor dan Sarawak mmg sama2 totok BN. Dlm kepala mereka, kerajaan itu BN, BN itu kerajaan. Buat apapun, BN tetap dipangkah. Wp ada yg benci BN, tp tidak berani buat perubahan.

Sahrizan (Botak) berkata...

sy bgga jd rkyt jhor.kt ngr ln xde yg mcm jhr.lg2 kt slngr ni xde kmjn lgsg.