carton ni Mc paling suka tengok!! |
Oleh Tarmizi Md. Jam - Malaysia Instinct
Pertentangan pendapat antara PAS dan DAP tidak pernah selesai. Kalaupun ada isu yang selesai, pastinya setelah PAS akur dengan kehendak DAP. Tidak pernah sebaliknya. Jika tidak, ia pasti disenyapkan begitu saja menunggu masa yang ‘sesuai’ untuk dibangkitkan semula.
Terkini, isu judi loteri di Kelantan pula menjadi punca pertentangan pendapat antara PAS dan DAP.
DAP dan juga PKR tidak setuju dengan pengharaman judi di negeri itu.
Setakat ini, PAS masih tidak berganjak di mana Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata, kerajaan Kelantan tetap tidak berganjak dengan keputusan mengharamkan perjudian termasuk loteri kebajikan di negeri itu walaupun didesak supaya pengharamannya ditarik semula.
Dalam pada itu, Anwar pula dilaporkan berkata sepatutnya kerajaan Kelantan berbincang bersama dengan pemimpin parti lain sebelum melakukan sebarang perubahan dari segi undang-undang, peraturan atau pelaksanaan undang-undang di negeri itu.
Dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula bersetuju dengan Anwar.
Dalam hal ini, kita memilih untuk setuju dengan Hadi Awang.
Seeloknya PAS tunduk sajalah pada DAP seperti biasa. Tidak perlulah PAS berselindung di sebalik agama lagi. Keluarlah dan tunjukkanlah warna diri yang sebenar iaitu Islam PAS tidak sampai ke mana pun – tidak berakar dan tidak pernah tumbuh subur.
Penulis masih ingat bagaimana hebatnya isu kilang arak di Selangor digunakan untuk menghentam UMNO sebagai kafir, jahil dan sebagainya. Jenuh penulis berdebat dengan puak-puak tegar PAS menjelaskan bahawa arak tersebut hanyalah untuk orang bukan Islam sahaja. Masih terngiang kata-kata mereka bahawa mereka akan menutup kilang tersebut sebaik saja berkuasa.
Kini, rakan kongsi PAS iaitu PKR telah menawan Selangor dan secara tiba-tiba saja kilang arak bukan lagi masalah bagi PAS.
Inilah buktinya yang PAS hipokrit dan semua yang diperkatakan atau diperhujahkan mereka mengenai Islam hanyalah retorik politik, sekadar untuk meraih undi, mengalihkan perhatian dan mencari publisiti semata-mata.
Oleh itu, kita setuju sangat agar PAS tarik balik pengharaman judi di Kelantan kalau sekadar perlaksanaannya hanyalah kerana bimbang dengan trend kemerosotan sokongan dari pengundi Islam.
Mungkin Hadi juga sudah letih berpura-pura alim. Mungkin dia juga melihat sudah sampai masanya PAS mengakui secara terbuka dan lantang bahawa PAS bukan lagi parti yang mendokong perjuangan ke arah Negara Islam, PAS tidak mungkin akan melaksanakan hudud dan PAS tidak ada bezanya dengan DAP dan PKR.
Setakat ini PAS sudah menjadi juara pelacuran, zina, cabul dan juga membela peliwat. Rasuah dan samseng pun sudah menjadi perkara biasa bagi PAS. Mencarut juga adalah harus.
Jadi, apalah sangat judi loteri jika dibandingkan dengan semua itu. Apalah sangat berjudi berbanding dengan mengeluarkan fatwa sesat hingga memecahbelahkan ummah dan mempercayai yang Nik Aziz punya kuasa untuk mengampunkan manusia lain?
Benarlah peringatan AlQuran bahawa kemiskinan itu menghampirkan manusia kepada kekufuran. Akibat miskinlah maka Kelantan menjadi caca-marba, celaru dan buntu. Tiada siapa yang dapat membantu rakyat Kelantan melainkan rakyat Kelantan sendiri yang sedar dan membantu diri mereka membuat perubahan dalam kerajaan. Jika tidak, kita pasti yang Kelantan akan terus tenggelam dalam kekufuran.
P/s: macam tak biasa.. sembah je la.. Dap tu...
Mctheory:
Pas kan kuda, babi atau anjing puak pakatan, biasa la tu..
2 ulasan:
SIAPA ANWAR JIKA BUKAN DIA YG BUAT AZIZAH MENGANDUNG ANAK LUAR NIKAH YG BERNAMA IZZAH? (RUJUK TARIKH PERKAHWINAN ANWAR DI SIAM YG X CUKUP 6 BULAN BERKAHWIN DGN AZIZAH, DAH DPT ANAK)!!?
SIAPA NIK AZIZ JIKA TUAN SABARIAH(ISTERINYA+MUSLIMAT PAS) YG HARTAWAN DGN TANAH2 SMASA NIK AZIZ JADI MB??!!
MANA PENCEN NIK AZIZ YG LEBIH RM60,000 SETIAP BULAN, JIKA BUKAN IRU PEROLEHAN DARI KRJ BN 'DIDAKWA STS HARAM' ?
SUATU USAHA NIK AZIZ+ KGA MENJADI KAYA DGN MENCERCA UMNO/ BN?
NIK AZIZ YG X PERNAH LULUS BM DI MANA2 SEKOLAH RENDAH, MENENGAH, U - ITULAH DEWA BAGI AHLI2 PAS...TERUTAMA MUSLIMAT PAS YG MENCIUM TANGAN THERESA KOK RATAH KHINZIR PANGGANG!!
jika PEMIMPIN Atasan PAS dah patuh dan akur titah perintah Anwar @ LGE Porche Panamera cash...pengikut2 PAS yg kemaruk ke SYURGA pun akan sokong waima telan najis @ kepala khinzir, bro..itulah tahap mereka sekarang..x percaya, tengok kes Anwar sbg calon Di Kajang...
Catat Ulasan