Selasa, 12 April 2011

ANTARA MARUAH ANWAR, JAM OMEGA DAN TAIB MAHMUD!!


Mc baru lepas membaca Malaysiakini, portal pembangkang yang sememangnya penyokong setia Anwar. Artikel terbaru MK ni mengenai Jam Tangan Omega dan Taib Mahmud di Sarawak. Si penulis nak mencari idea baru untuk tengelamkan isu Jam Omega hinggakan sanggup samakan janji Taib Mahmud nak undur diri dengan Anwar nak tunjukkan Jam Omeganya.

Jangan jadi bodoh la. Anwar wajib tunjukkan jam Omega kesayangannya tu untuk membersih semula maruahnya yang sedang tercemar. Manakala Taib Mahmud berjanji akan undur diri setelah BN menang di Sarawak. Apakah Taib Mahmud sekarang merupakan 'beban' kepada rakyat Sarawak? Apakah maruah Taib Mahmud tercemar? Kalau ikutkan track record politik, Taib Mahmud sebagai Ketua Menteri Sarawak, beliau jauh lebih mulia dan terhormat berbanding Anwar yang mempunyai rekod politik yang sungguh busuk.

Kemajuan Sarawak tidak diukur sepenuhnya. Kalau kita lihat bandar-bandar besar di Sarawak, ia lebih maju dari bandar di Semenanjung. Cuma Sarawak ni besar, tidak dapat dimajukan sepenuhnya. Masih banyak tanah hutan belantara dan kawasan pendalaman tempat tinggal suku-suku kaum yang tidak boleh di ganggu. Kalau mau kena 'potong' cuba la ganggu.

Taib Mahmud merupakan orang terhormat dan pemimpin tersohor di Sarawak. Bagi Mc jika beliau mahu teruskan pentadbirannya di Sarawak pun tak apa. Cuma puak Pakatan yang dengki dan iri hati melihat Taib Mahmud begitu selesa, hingga menyebabkan fitnah terhadap beliau berleluasa. Sedangkan orang Sarawak sendiri pun tak kisah.

Cara Taib Mahmud menjaga Sarawak, lebih bagus dari N.ajis di Kelantan, lagi bagus dari Guan Eng di Penang, lebih mulia dari Khalid Gagap di Selangor dan lebih hebat dari Azizan MB Kedah yang taktau apa-apa tu.

Jadi, soal untuk Taib Mahmud mahu meletakkan jawatan atau tidak, itu tak penting. Yang paling penting sekarang, kenapa Anwar berdolak dalik dalam soal JAM OMEGAnya? Anwar kata polis tak minta, sebab tu dia tak bagi. Memangla polis tak minta jam tu, sebab jam tu sudah pun berada ditangan polis. Ingat polis bodoh macam puak Pakatan ka?

Soal DS Najib mahu Taib Mahmud undur diri, atau Taib Mahmud mahu meletakkan jawatan, itu bukan soal maruah. Itu soal kepimpinan. Soal JAM OMEGA Anwar ni, adalah soal maruah diri seorang ketua pemimpin parti pembangkang Malaysia. Apakah Anwar suka apabila maruah dirinya, keluarganya dan sahabat-sahabatnya dipersendakan? Kalau tak suka, tunjukkanlah jam Omega yang ko simpan tu.. habis cerita, tutup buku!

P/s: bukan taknak tunjuk, tapi memang tak ada pun..

Mctheory:
Kalau tak ada, itu maknanya?? apa??.. he he he..

Tiada ulasan: