Khamis, 5 Mei 2011

PETUNJUK DARI SOLAT HAJAT PUAK PAKATAN!!



KUALA LUMPUR Mei – Solat hajat penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim selama ini dilihat memberi pelbagai petunjuk bagi menggambarkan wajah sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari berkata, walaupun perilaku buruk Anwar semakin jelas kelihatan namun masih ada yang tidak mahu menerima hakikat sebenar terutama mengenai moral Anwar yang ketagihan seks.

“Kita lihat, Raja Petra Kamaruddin telah membongkarkan mengenai penglibatan Anwar dalam kes fitnah pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dan sumpah laknat Mohd. Saiful Bukhari Azlan dan Datuk Shazryl Eskay Abdullah terhadap Anwar.

“Dan kita juga dapat lihat mengenai kebiadaban ‘gundik-gundik’ Angkatan Muda Keadilan (AMK) Anwar yang membuat pencemaran dan kekecohan di ruang solat Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul, lokasi Shazryl Eskay melafazkan sumpah laknat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai pelbagai isu yang timbul melibatkan Anwar seperti kes liwat, pendedahan Raja Petra dan isu video seks.

Anuar berkata, selaku isteri kepada Anwar, Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu dipersalahkan kerana gagal memenuhi tanggungjawabnya.

“Wan Azizah, Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Taharin seharusnya membawa Anwar pergi berubat pada awal 1990-an lagi.

“Namun, mereka bukan saja gagal membantu Anwar menangani masalah seksnya, sebaliknya berusaha membendung orang ramai daripada mengetahui kerakusan nafsu seks Anwar,” katanya. - Utusan Online

Tiada ulasan: