User Online

Politics Blogs

Seminar Autisme 2014

Post Terbaru!!

Kempen LIKE Page!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Ahad, 29 Mei 2011

PANAS! AHLI UMNO MASUK PKR DAN PAS, TAK DAK KA AHLI UMNO NAK MASUK DAP??..

Bila dah kata dekat dengan PRU, mulalah berpusu-pusu ahli UMNO tah dari mana tah masuk ke parti lawan.

Di Sabah!!


Seramai 103 orang lagi ahli UMNO Tenom telah mengucapkan ‘Selamat Tinggal Kepada UMNO’ kerana secara beramai-ramai menyertai PKR Cabang Tenom dengan kerelaan hati mereka sendiri sewaktu menyerahkan borang permohonan kepada Ketua Cabang PKR Tenom, Halik Zaman. Dalam ucapannya, Halik menyentuh beberapa isu semasa yang hangat dirasai oleh penduduk kampung daerah Tenom, antaranya isu kenaikan tariff elektrik, harga gula dan kos hidup yang melambung tinggi dan mencekik leher orang miskin di kampung.

Di Kelantan!!


Bekas Ketua Cawangan Umno Kampung Melayu Sri Kundang, Mat Senin Mat Lana mengetuai 111 ahli cawangan itu membuat keputusan meninggalkan Umno dan menyertai PAS.


Mat Senin bersama bekas ketua pemuda cawangan tersebut, Mohd Khairuddin Abu Bakar dan bekas ketua wanita, Kamariah Meor Baldin secara rasmi menyerahkan borang keahlian PAS kepada Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di majlis Ceramah Perdana PAS Ganti Umno di Dewan JKKK Kampung Setia, Tasik Biru, Kuang malam tadi.


Mc percaya lepas ni akan ada pulak ahli UMNO yang masuk Dap. Jangan tanya Mc macam mana boleh masuk Dap, tapi 'pasti akan ada' kerana perang pilihanraya kali ini amat berbeza dari yang lepas-lepas. Pakatan akan cuba sehabis mungkin untuk membuat lakonan menunjukkan ahli UMNO masuk ke parti mereka, sedangkan mereka itu hanya orang biasa yang menyamar dan kononnya jadi orang UMNO.

Mungkin ada dua-tiga orang yang masuk parti lawan disebabkan tak puas hati. Ala biasa la, masalah disiplin, parti kenakan tindakan, kemudian tak puas hati, keluar parti.

Nak kasi gempak, dua tiga orang tadi, pergi kutip mana-mana punya orang, suruh buat ramai, kemudian panggil media, kasi gempak buat tajuk '120 orang UMNO masuk Dap!'

Dey tambi.. taktik bodoh macam tu, masa zaman P. Ramlee dulu je orang pakai, lani orang dah tak pakai lagi dah.

Kalau ada benar-benar ahli UMNO yang nak masuk Pakatan, silakan, jangan buat semak dalam UMNO, ada 4 juta orang lagi yang sanggup menyokong perjuangan UMNO dinegara ini.

McTheory:
Bagus pembelot blah dulu sebelum perang!

3 Komen Pembaca:

Tanpa Nama berkata...

lebih baik diaorang masuk pas dari menjadi duri dalam daging

Tanpa Nama berkata...

Yang Dengar,Tahu dan Tengok (YDTT)kata... yang ramai2 kat Tenom tu bukan ahli UMNO tapi OMM ( Timorese / PATI )kena bagi tapai dah pening lalat mana tau parti PKR tu apa benda,kalau ada yang local pun itu semua wayang kot-kot dapat habuan ketua cabang...hahahaha..Apa yang ketua cabang boleh tolong bila harga gula naik..? Nanti dia suruh tanam tebu lah baru padan muka..
Adios luahan YDTT..

Tanpa Nama berkata...

Puak tu ibarat pengemis.. pura-pura untuk dpt simpati

Kempen LIKE!!

Mari Kita Terus Selamatkan KEDAH Dari Tangan Puak PAKATAN !! Sila Nyatakan Sokongan Dengan LIKE Button Ni -->
P/s: Setiap LIKE Anda Amat Berharga Kepada Kami!

Anda Sokong UMNO? Sila LIKE kat Sini!
P/s: Perkasakan UMNO di Alam Maya!

Popular Posts

Arkib Blog

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Design by Free WordPress Themes | Bloggerized by Lasantha - Premium Blogger Themes | GreenGeeks Review